Wednesday, June 24, 2009

Batu(Stone)

Tempat saya dilahirkan adalah dekat rumah kami tepi GuaBama, Sungai batu,Kampong Relong,Kuala Lipis,Pahang.Sungai Batu mengambil sempena banyaknya batu besar yang merupakan akar atau sebahagian dari Gua bama.Batu-batu yang besar dekat rumah kami itulah tempat kami bebudak bermain.Saya masih ingat batu-batu besar itu juga tempat emak menjemur padi yang sudah pasti cepat keringnya.Batu ini amat menarik pandangan saya dari jauh yang kelihat semacam warna perak bila dipancar oleh cahaya matahari.Pada bahagian yang menghadap kegedung wan batu-batu besar ini merupakan tempat kami duduk bermain dan memancing bersama Jefri dan Alim.Kalau hari cuti sekolah bebudak lain anak Pak Encik Akob seperti Lalmi,Miah dan Meah ada datang sama bermain.Saya juga ingat dekat batu-batu itu tumbuh banyak pokok kelat dan ara yang banyak burung datang memakan buah.Disamping itu banyak pula pokok rembia tumbuh yang membolehkan isinya diberi makan itek dan kadang-kadang emak membuat sagu dari rembia tersebut.Bila musim kering pula seperti yang pernah saya coretkan ialah gedong wan akan dikeringkan dan membolehkan kami berikan dalam gedung tersebut dan ikan selalunya banyak duduk dicelah batu-batu besar yang terdapat dalam gedung itu.Dari kajian saya juga, saya percaya batu-batu dari Lembah bama inilah diangkut atau dikirimkan keMesir untuk membuat sebahgian dari Piramid itu.Hanya saya belum kesempatan untuk meneliti dan menguji kesahihan batu-batu tersebut.Hingga sekarang didapati pembinaan piramid menjadi misteri bahawa dari mana datangnya batu-batu tersebut.Selain dari itu yang masih kekal hingga kehari ini ialah tentang perpindahan kami dari rumah lama dekat GuaBama itu adalah kerana pembinaan pecah kuari disitu yang membuatkan rumah kami sering dihujani batu kuari yang diletupkan setiap minggu oleh pengusaha kuari.Ada juga perkerja dari kuari pecah batu itu menjadi kawan kami sehingga kehari ini seperti Abang Gani dan adiknya Ngah yang hari ini telah kembali kekampong halaman mereka diTerengganu.Batu -batu halus sebesar jari kita pula kami jadikan batu telangkup sebagai permainan popular kami dimasa bebudak.Batu-batu sebesar jari ini kami pilih sebanyak 7 biji yang mana dilambungkan berpasang-pasang dengan sebiji batu sebagai pelambungnya untuk ditangkap dan kemudian apabila selesai dilambung bagi satu set akan ditimbang dibelakang tangan dengan dikira bilangan yang dapat ditangkap.Permainan ini adalah permainan bebudak perempuan tetapi kami memainkanya dan malahan bebudak lelaki lebih pandai dari bebudak perempuan seperti Lalmi dan Medagu.Batu lada pula menjadi kegunaan kami sebagai peluru bagi kami melastik burung dan bila musim buah ia menjadi peluru bagi kami menyetik buah pauh atau mempelam Pakngah Man.Hari ini saya dapati batu-batu sungai menjadi kesukaan peminat hiasan rumah bagi digunakan dalam hiasan halaman dalaman rumah mereka.Majlis Perbandaran Kuantan juga turut menyediakan satu laluan perjalan kaki diTaman Gelora bagi peminat urutkaki yang dibuat dari batu sungai dan ini adalah sebahagian dari kegunaan batu-batu dalam kehidupan kita.Akhirnya simpulan bahasa berkaitan dengan batu yang berbunyi batu air,batu ajuk,batu ambar,batu amzil,batu badar,batu buyung,batu kali,batu pualam dan lain-lain semenangnya anda mengerti maknanya.

Dr Aminudin

3 comments:

hai said...

Guabama!saya rasa cam ada sesuatu yang menarik di sana...masih adakah lagi daya penariknya kini..atau hanya kisah2 dulu je...sebelum semuanya telah ditelan zaman kemajuan.

Dr. Aminudin Abdul Karim said...

Sdri hai, ini kisah benar yang akan mengugat sejarah kesultanan Melayu Melaka, saya berdasarkan kajian geografi,geologi dan knowledge Management (ICT) yang akan saya terbitkan tidak lama lagi, harap sdri hai bersabar.

Dr Aminudin

hai said...

maaf!komen saya tidak langsung untuk memperkecilkan kajian Dr.saya merasakan ada sesuatu yang menarik di Guabama tu...saya tidak pernah ke sana.mungkin saya boleh tanya pendapat abah saya.Dia pernah bercerita sekitar tahun 60an dia selalu mengikuti kumpulan pancaragam yang menyanyi di majlis2 perkahwinan di daerah lipis dan raub...