Friday, June 26, 2009

Busut(small hill,ant hill)

Busut memang banyak dibawah pokok bidara dan durian dekat rumah kami ditepi Gua Bama dan juga dalam kebun getah kami dekat rumah Cikgu Bakar (kemudiannya kami pindah kesitu kerana lari dari hujan batu dari pecahan batu kuari) yang pernah saya cotetkan.Mengikut ayah saya busut ini asalnya ada kubu-kubu dizaman pemberontakan orang Melayu menentang British dahulu. Betullah apa yang diceritakan oleh penulis sejarah yang juga saya petik kajian mereka untuk menjadi rujukan saya bahawa Gua Bama adalah salah satu tempat Datok Bahaman bertapa dan kawasan rumah kami adalah kubu bagi rakan-rakannya berlindung yang mana Aki saya salah seorang darinya rakan-rakan beliau itu.Berbalik pada kubu atau busut ini tadi menjadikan target kami bebudak membongkornya dan memecah tanah-tanah busut tersebut.Kami bebudak mengerjakannya adalah kerana untuk mencari telor anai-anai untuk dijadikan umpan pancing.Selain dari itu memang menyeronokan kami bebudak meramas dan memecahkan sarang anai-anai ini.Saya ,Jefri dan Alim begitu seronok memecahkan sarang anai-anai yang gebu dan berwarna coklat muda itu, disamping mengumpulkan telor-telornya untuk dijadikan umpan ikan puyu,sebarau,kepor ataupun lampang.Selain dari itu busut-busut juga banyak terdapat dalam Padang Tanah Pakngah Man menuju kerumah Pakencik Akob.Dalam padang ini seperti yang pernah saya coretkan terdapat terowong yang kami cipta untuk menyorok dan bermain.Jadi selain dari terowong itu terdapat juga busut-busut ini yang menjadi kubu atau tempat kami berlindung bagi kami bermain perang bedil buah terong manggo.Busut ini juga tempat kami bersandar dan kadang-kadang tertidur diatasnya.Inilah kenangan yang sukup indah dan manis bagi kami bebudak masa itu.Hari ini banyak rumah kita dinaiki oleh anai-anai, begitu jugalah saya semasa bertugas diTemerloh yang mana saya menduduki rumah kerajaan habis koleksi buku-buku saya dimakan oleh anai-anai, jadi nakkata apa lagi, mungkin inilah balasan kerana saya telah memusnahkan generasi anai-anai disungaibatu dahulu.Jadi petua bagi mereka yang hendak membina rumah, sebelum dibangunkan binaan rumah tersebut hendaklah disiram tapak rumah itu dengan minyak diesel terlebih, lepas itu barulah dimulakan pembinaanya.

Dr Aminudin

No comments: