Friday, June 19, 2009

Belalang

Cerita Nujum Pak Belalang yang selalu ditayangkan ditelevisyen kita mengingatkan saya zaman bebudak disungaibatu,kampong Relong.Seperti yang pernah saya coretkan dalam entry yang bertajuk Tiong ,merupakan burung yang ayah saya dapat dalam punggor kayu dekat Guabama telah kami pelihara dengan memberikan dia makan dengan berbagai serangga yang termasuklah belalang.Begitu jugalah saya dapati belalang hari ini ada dijual dikedai ikan peliharan untuk dijual bagi peminat ikan kelisa.Saya juga pernah membeli seekor ikan kelisa merah yang ada sijil beranaknya sekali turut diberikan, namun apabila kami pindah kekuantan dari Putrajaya ia telah mati.Jadi sejak itu saya tidak lagi membela ikan kelisa tetapi hanya ikan patin didalam kolam yang kami korek tanah dihujung rumah kami dan hanya diberi makan dengan dedak.Kesimpulannya ialah amat susah hendak mencari belalang sekarang.
Belalang dimasa kami bebudak memang banyak apabila padi telah ditanam, dimasa itu ia akan memakan daun-daun padi yang muda dan mungkin inilah kegemaraannya.Kami akan menangkap belalang itu dan apabila dapat akan kami buat main.Belalang ini kami buat perlawanan ia(belalang)memakan arang dimana belalang yang paling cepat memakan arang dikira pemenang.Selain dari itu kalau terlalu banyak belalang yang kami dapat tangkap ia boleh digoreng.Jadi makan belalang goreng bagi kami yang pernah merasanya amatlah enak. Bebudak sekarang saya rasa tidak pernah rasa belalang goreng, walaubagaimanapun diBangkok,Thailand belalang goreng ada dijual bagi peminat makanan disana.Zaman Rasulluah SAW mengikut Imam Bukhari dalam hadisnya telah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW dalam peperangannya telah memakan belalang, begitu jugalah keluarga Nabi SAW biasa memberikan belalang kepada para tetamu mereka.
Belalang juga mempunyai khasiat seperti dapat mengubati jerawat dimana kita hendaklah mengambil telor yang ada dalam badan belalang itu dan digosokan kepada tempat yang berjerawat.Belalang juga boleh menyembuhkan penyakit kuning dengan mengambil beberapa ekor dengan dipanggang dan asapkan kepada pesakit demam kuning tersebut.
Akhirnya saya hidangkan peribahasa yang berbunyi seperti berikut :-

Belalang dapat menuai dan belalang telah menjadi helang ,tahukah anda maknanya
dan pantun berbunyi

Cari umpan belalang dan cacing,
Isikan keduanya dalam tempurung,
Kalau tak kenal mata dacing,
Marilah kita janji borong.

Dr Aminudin

No comments: