Tuesday, June 30, 2009

Busut Jin,Temerloh

Busut Jin adalah salah satu penempatan atau kawasan lot-lot perumahan yang diberi oleh Kerajaan Pahang kepada kakitangan perkhidmatan awam ditahun 60an atau tahun 70an yang mana dimasa saya bertugas diPejabat Daerah dan Tanah Temerloh ditahun 1990an ditugaskan memberikan geran atau hakmilik kepada mereka.Memanglah dikalangan kakitangan yang mendapat hakmilik ini merupakan satu anugerah kepada mereka kerana mendapat tanah kerajaan.Busut Jin mendapat namanya kerana terdapat banyak busut disitu dan dan dikatakan ada penghuninya iaitu jin.Jadi sejauh mana mereka ada bertemu dengan jin atau tidak , tidaklah saya ketahui.Namun apa yang pasti bagi saya iaitu ramai diantara kakitangan yang mendapat mendapat hakmilik itu telah uzur atau hampir bersara misalnya Haji Murtaza (So) dan lain-lain.Kebanyakan dari mereka telah pun memiliki rumah sendiri dan setengah telah bertukar jauh dari Temerloh.Namun begitu apa yang merunsingkan lagi ialah tidak ada infrastruktur bagi kawasan Busut Jin iaitu tiada jalan yang baik, api,dan air ketika itu.Jadi kalau nak membina rumah dilot-lot yang telah diberi itu kenalah mereka membuat jalan masuk,menarik kabel atau tiang atau paip bagi memasukan api dan air.Semua ini memerlu kos yang tidak mampu ditanggong oleh kakitangan kerajaan ketika itu.Justeru itu pembangunan perumahan diBusut Jin tidak dapat dilaksanakan kerana tiada infrastruktur.Sehingga hari saya tidaklah ketahui lagi sejauh mana lot-lot diBusut Jin itu dibangunkan tetapi yang pasti bagi saya sistem lot-lot yang sama diBatu Lima,Kuantan iaitu dibelakang Perumahan Guru masih terkial-kial pembangunannya kerana tiada infrastruktur seperti yang saya sebut diatas.Kesimpulannya ialah penyediaan infrastruktur oleh kerajaan amat penting bagi lot-lot perumahan yang hendak diberi kepada kakitangan kerajaan.Saya berkesempatan melawat Brunei DS pada tahun lepas dimana sistem lot-lot percuma turut diberi kepada kakitangan kerajaan disana untuk mendirikan rumah disamping menyediakan infrastruktur yang lengkap ,jadi mereka akan membina rumah mengikut kemampuan mereka serta diberi pinjaman pula.

Dr Aminudin

No comments: