Thursday, April 1, 2010

Pengenalan Terhadap Kajian Hikayat Seri Rama Sebagai Naskhah Tertua DiNusantara -Atipan XIV (Strategi Pemerintahan dan Perperangan Dalam Hikayat )


IV.Strategi Pemerintahan Dan Peperangan Dalam Hikayat Seri Rama

Saya telah menemui data-data yang cukup menarik dalam Hikayat Seri Rama yang merupakan Naskhah yang tertua diNusantara ini.Dalam buku saya bertajuk " Menyingkap Sejarah Lembah Bama DiNegeri Pahang Sebagai Pusat Perdagangan Terawal Bagi Asia Tenggara dan Mengesan Sultan Pemerintah Riau-Lingga-Johor Yang Menetap DiLembah Bama (Kg Relong)" dimana inilah merupakan satu-satunya naskhah Melayu lama yang mengariskan Strategi Pemerintah Kerajaan dan saya percaya isikandungan naskhah ini telah mendahului zamannya dari segi cetusan idea.Dalam buku kajian saya sebut diatas itu iaitu dimukasurat 65 ,dimana saya nukilkan pula dari Hikayat Seri Rama ,dimukasurat 9 tentang ciri-ciri menjadi seorang Raja iaitu :-

" Pertama raja itu hendaklah berilmu membedzakan baik dan jahat,benar dan salah.Kedua perkara hendaklah akil baligh,budiman,mengasehi segala rakyatnya.Ketiga perkara hendaklah baik rupa kerana raja akan ganti Dewata Mulia Raya, hendaklah baik daripada segala rakyatnya sekelian dan memberi anugerah akan segala rakyat kechil besar dan tegor sapanya dengan manis mukanya maka sempurna nama rajanya.Keempat perkara hendaklah berani daripada segala lawan supaya dimalui segala raja lain.Kelima perkara hendaklah dia tahu pada bermain senjata.Keenam perkara hendaklah dermawan lagi adil akan segala orang kaya-kaya dan miskin dan mengasihi hulubalang supaya sempurna namanya raja.Ketujuh perkara hendaklah banyak jaga daripada tidur,kerana kata hokum tujuh perkara rahsia membukakan dirinya pada segala orang pertama yang sedia-kala jaga"

Oleh yang demikian jelas sekali strategi pemerintahan yang digariskan didalam Hikayat Seri Rama memperlihatkan ketajaman idea penulisnya tentang keunggulan Raja dari aspek fizikal dan rohaninya.Perkara seumpama ini tidak dihuraikan dalam kebanyakan naskhah berkaitan pemerintahan dalam naskhah-naskhah berkaitan sejarah Alam Melayu.

Bersambung.Dipaparan diatas saya tunjukan situasi Raja Lembah Bama dimana dikunjungi oleh wakil Dinasti Sui,Cina pada tahun 607-610 Masehi.Dalam Laporan Kerajaan Cina, Negeri ini digelar Chi Tu, yang negeri ini mengeluar banyak emas dan barang perhiasaan emas.Ahli sejarah tidak begitu jelas lokasi negeri ini.Saya yakin ia Lembah Bama kerana Chi Tu ,amat sesuai dengan Kechau Tui,Kuala Lipis.Lagipun kebanyakan sungai dalam Parameter kajian saya diLembah Bama telah mengambil sempena nama orang Cina.Contohnya Sungai Kay,Sungai Lar,Sungai May,Sungai Wong,Sungai Lah, Sungai Yai,Sungai Wah,Sungai Wi,Sungai Cai dan sebagainya.Justeru itu Sites memain peranan dalam sejarah seperti pernah saya huraikan dalam blog ini.


Dr Aminudin

No comments: