Monday, December 28, 2009

Teori Raut Wajah @ Muka Dari Perspektif Islam: Satu Penerokaan Terhadap Wajah Kota-Kota Islam Sejak Tamadun Bab Ittihaad (Gabungan) III


Bandar ,Basrah yang terletak diselatan Iraq telah dibina oleh pengasasnya Utbah bin Ghazwan pada tahun 17,Hijrah atau 638 Masehi.Bandar ini merupakan garison tentera (misr) yang berkembang menjadi sebuah bandar yang ditadbir oleh gabenor yang bernama Ziyad bin Abi Sufyan.Beliau telah membina Masjid al-Jami.Zaman pemerintahan Abbasiyyah kota Basrah menjadi kota metropolis yang berperanan sebagai pusat intelektual,pusat perniagaan,tempat ahli ilmuan dan ahli tasawuf.Basrah juga merupakan sebuah bandar pelabuhan dimana para pedagang dari seluruh dunia berkumpul seperti dari Cina,India,Afrika dan Eropah.

Bandar Kupah,adalah bandar yang terletak ditebing Sungai Eupharates yang dibangunkan oleh Saad bin Abi Waqqas pada 17, Hijrah.Bandar ini juga merupakan bandar kem tentera yang ingin menawan Iraq dan Farsi.Menurut penulis Ibn Batutah, bandar Kupah adalah bandar yang terkenal diIraq dan menjadi bandar tumpuan sahabat-sahabat Nabi Muhammad S.A.W, ulama-ulama dan para salihin.Ketika zaman Khalifah Sayidina Ali, Kupah telah dijadikan pusat pentadbiran beliau, dimana telah dibina tembok-tembok kota dari batu-bata, juga terdapat pasar-pasar yang cantik bagi tempat orang berjual kurma dan ikan.Masjid Jami diKupah ada lagi kesan "mihrab ",Sayidina Ali dan juga kesan air banjir yang digelar "faratannur" ,Nabi Nuh AS dan juga "Ma'bad",Nabi Isa AS.Bandar Kufah terkenal dengan tulisan khatnya yang terkenal hingga kehari ini yang dikenali sebagai "khat kufi".Adapun perancangan bandar Kupah dibuat dengan begitu rapi dimana ada jalan raya,lorong-lorong,tempat mandi awam dan tanah-tanah perkuburan.Pada awalnya Kufah adalah tempat pengkalan Mazhab Syiah tetapi kemudiannya telah berpindah ke Qum dan Khurasan.

Bandar Damsyik adalah bandar penghubung diantara barat dengan timur.Damsyik adalah juga juga bandar tertua didunia.Bandar ini dikatakan bermula sejak 4000 tahun dahulu dan ianya jatuh ketangan kerajaan Arab mulai 85 SM dan dibuka oleh al-Harith pada tahun 30an Masehi.Sebelum jatuh ketangan Islam ianya adalah dibawah kerajaan Byzantine yang secara amnya selepas itu menamatkan penguasaan barat keatasnya.Bandar ini terkenal dengan kesan-kesan sejarah seperti terdapat gua Nabi Adam AS diJabal Kasiym,tempat lahir Nabi Ibrahim AS diBerze,Nisan Nabi Musa diKadam dan lain-lain lagi.Di zaman pemerintah Muawiyyah ,Damsyik telah dijadikan ibukota pemerintahannya.Keindahan wajah kota Damsyik terserlah pada Masjid Jami yang dibina oleh Abd al-Malik bin Marwan pada sekitar tahun 90an ,Hijrah dimana dibina dan dihiasi oleh Kubah al-Nasr dan Kubah Nabi Yahya AS.

Bandar Fustat pula terletak diMesir,ia adalah bandar Islam yang dibina oleh Amru bin al-As pada tahun 18,Hijrah.Bandar ini dibangunkan setelah tentera Islam menawan bandar Iskadariah.Bandar ini yang merupakan bandar kem tentera dimana ianya dibina dengan Masjid al-Atiq sebagai tempat ibadat dan juga tempat pengadilan.Dihampir masjid itu dibina khemah-khemah tentera,istana,pasar dan kediaman penduduk.Pembinaan bandar Fustat dirancang memanjang Sungai Nil sehingga panjangnya melebihi 3 batu.Sehinggakan perkembangannya yang begitu pesat ia telah mengalahkan bandar Basrah dan Kufah.Ini menjadikan bangunan dibandar tersebut terpaksa dibina tinggi yang melebihi 5 atau 6 tingkat.Dizaman Abd al-Aziz bin Marwan banyak lagi rumah-rumah dibina dibandar ini dan begitu juga pasar-pasar yang berbumbung turut dibina dan juga tempat mandi awam dan juga rumah-rumah kerajaan.Tidak lama setelah itu lahirlah pula bandar-bandar lain yang berhampiran dengan Fustat iaitu dikenali sebagai Qatai yang berhampiran Bukit Yashkur.Dibandar Fustat juga berkembang pusat kebudayaan Islam terutama ilmu-ilmu Al-Quran dan sekitar kurun ke2 dan ke3,Hijrah lahirlah para ilmuan dan ulama diFustat.

Bersambung

Dr Aminudin

No comments: