Thursday, December 3, 2009

Memperkenalkan Peribahasa Jepun Digandingkan Dengan Peribahasa Melayu Siri 9


42.Fufu wa isshin dotai ( Suami-isteri ibarat seketul daging)
Simpulan bahasa kita tentang suami-isteri ada juga iaitu Suami separuh masa bermakna suami kita berpoligami, manakala pepatah berbunyi Suami pulang kelaparan,dagang lalu ditanakkan,kera dihutan disusukan anak diriba diletakkan yang bermakna mementingkan urasan orang lain dari urusan sendiri.Bagi pepatah yang berbunyi Sayangkan kain buangkan baju,kerana baju panjang lima yang membawa makna suami yang sudah ada isteri hendak beristeri lagi.Sedangkan lidah lagi tergigit bererti lumrah bergaduh suami-isteri.

43.Fufu wa jinrin no hajime nari (Semua perhubungan manusia bermula dari perkahwinan)
Simpulan bahasa Melayu tentang kahwin ialah seperti kahwin naik basuh kaki saja bermakna kahwin percuma,Kahwin gantung pula ialah sudah bernikah tapi belum bersama,Kahwin lari pula ialah kahwin tanpa izin wali.

44.Fufugenka wa inu mo kuwanu (Jangan kita menganggu sepasang kekasih berkelahi)
Bidalan Melayu ada berbunyi Jangan buat kerbau tanduk panjang yang bermakna jangan terlibat dalam urusan atau pergaduhan orang.Manakala bidalan berikut yang berbunyi Jangan memijak benang arang orang yang bermakna jangan mengganggu rumah tangga orang lain.

45.Fugu wa kuitashi inochi wa oshishi (Madu itu manis tapi lebah bersengat)
Simpulan bahasa tentang lebah ialah Lebah bergatung bermakna dagu yang cantik,manakala Lebah menghimpun madu pula bermakna sangat rajin .Sedangkan pepatah yang berbunyi Laut madu berpantaikan gula bermakna sudahlah bahasanya lebut, orangnya pula cantik.

46.Fuki nareba hito atsumari hinkyu nareba hito sanzu (Semua orang mahu menjadi orang kaya raya)
Simpulan bahasa Melayu tentang kaya ialah Kaya melangit bermakna sangat kaya.Kaya-kaya bajau pula bermakna berbelanja sebanyak harta yang ada.Kaya angin adalah sejenis tumbuhan.Manakala harta karun,firaun punya pula membawa makna harta yang dihimpunkan oleh orang kecil bila dia mati diambil oleh orang jahat.Sedemikian juga harta orang hendak digalas yang membawa maksud hendak mengambil harta benda orang lain.


Dr Aminudin

No comments: