Thursday, December 10, 2009

Pengenalan Teori Raut Wajah @Muka Dari Perspektif Islam : Satu Penerokaan Bab VIII

Nabi Muhammad S.A.W adalah dari susurgalur keturunan dari Nabi Ibrahim AS dimana salasilah baginda adalah seperti ini Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hasyim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Kaab bin Luai bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin an-Hadhir bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Maad bin Adnan.Datuk Nabi Muhammad S.A.W ialah Fihr bin Malik merupakan seorang dermawan yang digelar Quraisy yang bererti pembahagi roti ,dimana memberi makanan kepada jemaah haji bila tiba musim haji.Ibu baginda ialah Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf bin Zurah bin Kilab.Nabi Muhammad S.A.W lahir dikota Mekah pada hari isnin bulan Ribulawal tahun Gajah yang bersamaan dengan tahun Masehi 570, dimana pada tahun itu gabenor Abrahah telah menyerang kota Mekah dengan bala tentera gajah.Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W menjadikan rumah Abdul Muttalib terang benderang dan dinegeri Farsi pula api berhala yang tidakpernah padam menjadi padam dan diwaktu Nabi Muhammad S.A.W lahir diMekah itu pula semua berhala dikeliling kaabah semua tumbang.Nama Nabi Muhammad S.A.W pula bermakna Orang Yang Terpuji.

Ketika berusia 6 tahun Nabi Muhammad S.A.W telah pergi kekota Yathrib (Madinah) bersama ibu baginda dan ibu baginda meninggal didalam perjalanan pulang iaitu disatu tempat bernama Abwa dan baginda telah dibesarkan pula oleh datuknya Abdul Muttalib dan pada usia 8 tahun datuk baginda pula meninggal dunia dan baginda dibesar dan dijaga oleh bapa saudaranya Abu Talib bin Abdul Muttalib.Ketika pada usia 15 tahun Nabi Muhammad S.A.W telah mengikuti perang iaitu Perang Fijar yang mana berlarutan sehingga 4 tahun yang kemudiannya dimenangi oleh kaum Quraisy.Manakala pada usia 25 tahun Nabi Muhammad S.A.W telah berkerja dengan Siti Khadijah binti Khuwailid dengan berniaga diSyam dan baginda berkahwin dengan Siti Khadijah kemudiannya.Baginda telah dikurniakan 6 orang anak iaitu al-Qasim,Abdullah,Zainab,Ruqaiyyah,Ummu Kalthum dan Fatimah.Ketika baginda berusia 40 tahun anak-anak lelaki baginda telah meninggal dunia dan yang tinggal hanyalah anak-anak perempuan.Ketika baginda berusia 35 tahun baginda selalu beribadat diGua Hira dengan berpandukan ajaran Nabi Ibrahim AS.Pada usia 40 tahun baginda telah didatangi oleh lelaki kacak menawan yang berpakaian putih memeluk baginda serta membaca Surah al-Iqra, ayat 1-5 yang bermaksud " Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan.Yang Mencipta manusia dari segumpal darah yang beku.Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang Maha Mulia.Yang Mengajar manusia menulis dengan qalam, Yang mengajar manusia apa-apa yang belum mereka ketahui ".

Nabi Muhammad S.A.W berdakwah pada peringkat awalnya secara rahsia.Orang pertama yang beriman ialah isteri baginda,anak-anak baginda dan anak-anak peliharaan baginda iaitu Sayyidina Ali dan Zaid bin Harithah dan setelah itu Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq.Nabi Muhammad S.A.W telah menjadikan rumah Arqam bin Abu Arqam sebagai markas penyibaran Islam dan setelah 3 tahun usaha ini dilakukan maka Allah S.W.T telah memerintahkan cara ini dilakukan secara terbuka seperti yang disebut dalam Al-Quran ,Surah al-Hijr, ayat 94 yang berbunyi " Maka siarkanlah apa yang diperintahkan kepada engkau, dan jangan engkau memperdulikan orang musyrikin ".

Bersambung

Dr Aminudin

No comments: