Saturday, December 12, 2009

Pengenalan Teori Raut Wajah@Muka Dari Perspektif Islam : Satu Penerokaan Bab XI

Abu Bakar as-Siddiq, adalah Khalifah Islam yang Pertama.Beliau dilahirkan diKota Mekah pada Tahun Gajah yang ke2, dan beliau muda 2 tahun dari Nabi Muhammad S.A.W.Abu Bakar as-Siddiq adalah berketurunan dari Bani Taim yang merupakan juga dari suku kaum Arab Quraisy.Salasilah beliau ialah Abu Bakar bin Abu Quhafah bin Amir bin Amru bin Kaab bin Saad bin Taim bin Murrah bin Kaab bin Luai bin Ghalib bin Fihr.Ibu beliau ialah Salmah binti Sakhar bin Amru bin Khaab bin Saad bin Taim.Wajah Abu Bakar as-Siddiq mengikut kebanyakan buku sejarah Islam adalah sangat menarik,janggutnya agak jarang tetapi panjang,kulitnya putih kekuningan, manakala badannya sederhana besar dan serdahana tinggi.Tentang keelokan wajahnya inilah ungkapan oleh seorang sahabat Nabi Muhammad S.A.W iaitu Abdullah bin Amru yang katanya " Tiga orang Quraisy yang paling tampan dan segak iaitu Abu Bakar as-Siddiq,Uthman bin Affan dan Abu Ubaidah bin al-Jarrah ".Kekacakan dan ketampanan Abu Bakar as-Siddiq dapat dibuktikan oleh kenyataan-kenyataan berikut :-

i.Puteri Abu Bakar as-Siddiq iaitu Ummul Muminim Siti Aisyah RHA adalah seorang gadis yang amat cantik menawan dan Rasulullah memanggilya dengan sebutan "al-Humaira " yang bererti bunga mawar.Kalau gadis yang sebegitu cantik tentulah ayahnya adalah seorang yang kacak dan segak.

ii.Putera Abu Bakar as-Siddiq pula bernama Abdullah telah berkahwin dengan Atikah binti Zainal.Ahli-ahli sejarah Islam menyebut rupa Atikah ini adalah wanita yang tiada tolok bandingnya ditanah Arab dalam aspek kecantikan dan sudah pasti Abdullah adalah seorang yang tampan dan cantik dan sudahlah pasti ayahnya juga semacam dia.

iii.Asma binti Abu Bakar as-Siddiq telah berkahwin dengan Zubir ibnu Awwam yang anak mereka bernama Musab bin Zubir telah menjadi Gabenor diKupah yang sangatlah tampan dan bernikah pula dengan puteri Talhah bin Ubaidullah iaitu Aisyah yang merupakan seorang perempuan yang tiada tolok banding catiknya dibumi Arab.Jadi kerana datuknya Abu Bakar as-Siddiq yang kacak sudah pastilah juga cucunya telah digilai oleh wanita yang paling cantik dibumi Arab ketika itu.

iv.Putera Abu Bakar as-Siddiq yang bernama Muhammad telah dikahwinkan dengan salah seorang puteri Kaisra Yezdajir III,Maharaja Farsi setelah Empayar itu kalah kepada kerajaan Islam dan puteri-puteri yang jelita itu menjadi rebutan tetapi Muhammad bin Abu Bakar as-Siddiq telah beruntung kerana kalaulah Muhammad bukan seorang yang kacak masakan beliau dapat menikah dengan salah seorang puteri tersebut dizaman pemerintah Khalifah Umar bin al-khattab itu.

Abu Bakar as-Siddiq dipanggil bermacam-macam gelaran yang dalam bahasa Arab digelar laqab.Manakala panggilan pula disebut kuniyyah.Diantara gelaran yang diberikan kepada beliau ialah as-Siddiq dan al-atiq.Manakala kuniyyah pula Abu Bakar dan Abdul Kaabah.Adapun beliau digelar al-Atiq adalah kerana amat kacak dan tampan yang al-Atiq itu bermakna "segala yang baik ".As-Siddiq pula adalah bermakna orang yang dibebankan atau ditugaskan memegang urusan diyat .Abu Bakar as-Siddiq juga seorang yang bijak dan genius,seorang lelaki yang berani,lemah lembut dan pengasih kepada orang yang dalam kesusahan.Rasulullah menyifatkan Abu Bakar as-Siddiq seperti Nabi Ibrahim AS dan Nabi Isa AS.

Abu Bakar as-Siddiq telah berkahwin dengan empat orang isteri dan mempunyai enam orang anak.Isteri beliau yang pertama ialah Qutailah binti Saad dengan isteri yang pertama ini beliau dikurniakan dua orang anak iaitu Abdullah dan Asma.Isteri beliau yang kedua ialah Ummu Ruman binti Amir dan telah dikurniakan anak bernama Abdul Rahman dan Aisyah Ummul Mumini.Isteri yang ketiga pula iaitu Asma binti Umais yang dengannya beliau memperolehi anak bernama Muhammad yang ternama juga.Akhirnya isteri yang keempat ialah Habibab binti Kharijah bin Zaid al-Ansari yang memperolehi seorang puteri bernama Ummu Khalthum.

Jasa-jasa Khalifah Abu as-Siddiq adalah mengumpulkan Al-Quran yang diserahkan tugas kepada Zaid bin Thabit dan usaha ini dipuji oleh Sayyidina Ali dengan katanya " Mudah-mudahan Allah mencucuri rahmat keatas Abu Bakar kerana dialah orang pertama mengumpul Kitab Allah diantara dua papan ".Dizaman Khalifah AbuBakar as-Siddiq banyak juga terjadi perperangan yang dilaksanakan oleh tentera Islam.Diantaranya adalah Perang dimedan Zatal Salasil yang diketuai oleh Khalid bin al-Walid menentang panglima Hurmuz dengan berkesudahan panglima Hurmuz terbunuh dan mahkotanya diserah oleh Khalifah Abu Bakar as-Siddiq kepada Khalid bin al-Walid.Peperangan yang berlaku di Medan Tsini juga telah dimenangi oleh tentera Islam dan terbunuhnya tentera musuh yang bernama Indrazaghur oleh Khalid bin al-Walid juga.Begitu juga dengan peperangan diMedan Allais yang dimenangi oleh tentera Islam.Dalam pepeangan di Allais ini penyair Abu Makram as-Aswad telah mengarang syairnya berbunyi demikian :-

Kami hadapi hari Allais dan gempita
Jerita singa-singa pertempuran
Belum pernah ku saksikan perang sedahsyat itu
Diantara tokoh-tokoh terbesar
Kami membunuh 70,000 (tujuh puluh ribu)
Sisa peperangan menjadi tawanan

Peperangan diKota al-Firadh dan seterusnya wilayah-wilayah takluk kerajaan Rom Timur dan Farsi telah mengwujudkan pasukan tentera Islam selain yang diketuai oleh Panglima Khalid bin al-Walid dan beliau telah dilantik menjadi Panglima Agong bagi peperangan di Tarmuk yang beliau dengan tentera Islam seramai 39,000 orang telah memenangi perang tersebut dan setelah itu jawatan beliau telah dilucutkan oleh Khalifah yang kedua iaitu Umar bin al-Khattab.Khalifah Abu Bakar as-Siddiq telah wafat pada tahun 13,Hijrah ketika berusia 63 tahun dengan digantikan oleh Sayyidina Umar bin al-Khattab.

Bersambung

Dr Aminudin

No comments: