Monday, December 7, 2009

Pengenalan Teori Raut Wajah@Muka Dari Perspektif Islam : Satu Penerokaan Bab VI

Nabi Harun AS dilantik Allah S.W.T adalah juga diatas permohonan Nabi Musa AS yang mana memohon saudaranya itu dilantik oleh Allah S.W.T sebagai nabi kerana Nabi Harun AS seorang yang amat fasih berkata-kata sedangkan Nabi Musa AS telah mengalami kecederaan pada lidah baginda akibat memakan bara api dizaman Firaun.Nabi Harun AS adalah anak kepada Imran bin Qahit bin Lawi bin Ya'qub AS.Mengikut riwayat Nabi Harun AS lebih tua dari Nabi Musa AS sebanyak 30 tahun dan ketika usia 122 tahun baginda telah wafat.Kalau kita rajin membaca kitab-kitab hadith Rasulullah S.A.W selalu menyebut-yebut Nabi Harun AS yang dikasihinya kerana sifat-sifat baginda yang lembut berbanding dengan Nabi Musa AS yang agak keras dan tegas.

Nabi Zulkifli AS pula adalah anak kepada Nabi Ayub AS yang asal baginda adalah dari Basyar dimana baginda merupakan seorang yang segak dan tampan dan sanggup berpuasa disiang hari dan beribadat dimalam hari.Sifat baginda yang tidak marah-marah itu akhirnya menjadi Raja Rom yang ketiga kerana sifat tidak suka marah baginda itu merupakan ciri yang membolehkan baginda dilantik menjadi Raja dan baginda telah wafat ketika berusia 75 tahun.

Manakala Nabi Daud AS pula adalah dari susurgalur dari keturunan Nabi Ya'qub AS.Baginda hidup ketika zaman Raja Talut memerintah, baginda merupakan seorang tentera yang baru berumur 14 tahun ketika itu.Oleh kerana masih muda baginda tidak membawa panah dan perang tetapi membawa lastik untuk melastik pihak musuh dengan batu-batu ketika berperang itu.Baginda telah dapat membunuh Raja Jalut yang kafir dengan lastiknya yang mengenai mata raja itu ketika berlawan dengan baginda dan mati jatuh dari kudanya akibat batu lastik yang mengenai mata lawannya itu.Nama Nabi Daud AS telah menjulang lantaran dari peristiwa berlawan menggunakan lastik baginda itu dan baginda telah dikahwinkan dengan puteri Raja Talut yang memerintah kerajaan Palestin ketika itu.Setelah Raja Talut insaf dari kesilapan untuk menghapuskan baginda Raja Talut telah meninggalkan tahta kerajan maka Nabi Daud AS telah menjadi Raja Palestin ketika berusia 30 tahun dan ketika itu Allah S.W.T telah melantik baginda menjadi nabi.Allah S.W.T telah memberi kelebihan kepada baginda iaitu kekuatan,ketaatan dan gunung serta burung bertasbih bersama-sama baginda dan baginda juga dikurniakan Kitab Zabur yang disebut didalam Al-Quran dalam surah an-Nisa, ayat 163 yang bermaksud "...dan Kami (Allah S.W.T)mengurniakan Kitab Zabur kepada (Nabi) Daud AS ".Baginda juga telah mendirikan Masjid al-Aqsa ditempat baginda berdoa untuk memghapuskan penyakit taun yang melanda Kota palestin ketika itu diatas sebuah batu besar yang berada diMasjid al-Aqsa, baginda membina masid tersebut bersama anaknya Nabi Sulaiman AS.

Sebagai Raja dan Nabi Daud AS membahagikan masa baginda kepada empat bahagian iaitu Pertama untuk beribadat dan bermunajat kepada Allah S.W.T,Kedua untuk memerintah negara dan mengadili persengketaan dikalangan rakyat,Ketiga untuk berdakwah dan mengajar persoalan agama kepada seluruh rakyat dan Keempat baginda khaskan untuk urusan diri dan keluarga baginda seperti baginda membuat baju besi dan perkakas dari besi untuk saraan hidup baginda,isteri dan anak-anak baginda.Dalam hal beribadat diriwayatkan Nabi Daud AS berpuasa selang hari.Nabi Muhammad S.A.W memuji cara berpuasa Nabi Daud AS ini yang mana baginda menganggap cara berpuasa yang sebaik-baik cara berpuasa adalah cara berpuasa Nabi Daud AS.Nabi Daud AS juga mempunyai mujizat iaitu suara baginda yang amat merdu terutama ketika membaca Kitab Zabur,malahan burung-burung akan berkumpul mendengar suara Nabi Daud AS dan sungai jadi terhenti mengalir ketika mendengar suara Nabi Daud AS bagi menikmati kemerduan suara baginda itu.Baginda juga dapat melembutkan besi apablia disentuhnya terutama untuk membuat barang-barang besi bagi kegunaannya dan rakyatnya.Baginda telah wafat ketika berusia 100 tahun dengan diganti oleh anak baginda Nabi Sulaiman AS.

Kerajaan Nabi Sulaiman AS meliputi seluruh dunia Arab,Israil,Farsi,Rom,Habsah dan kawasan-kawan pinggiranya.Baginda juga memerintah manusia,bintang,burung,awan,jin dan syaitan.Diantara mujizat baginda ialah boleh memerintahkan angin untuk menerbangkan baginda dimana telah disebut didalam Al-Quran,surah al-Anbia,ayat 81 yang bermaksud "...Dan kepada (Nabi) Sulaiman AS,Kami tundukkan angin yang menerbangkannya dengan perintah Kami, menuju kebumi yang Kami (Allah S.W.T) berkati padanya.Dan diatas segala sesuatu Kami mengetahui kesemuanya." Dalam satu kisah Nabi Sulaiman AS telah menyiasat kegiatan burung belatuk dimana dalam bahasa Arab dipanggil burung hud-hud yang kemudiannya burung belatuk membawa berita tentang seorang Ratu diNegeri Saba yang jelita bernama Balqis dan kisah ini ada diceritakan dalam Al-Quran surah al-Naml, ayat 22-26.Dimana dalam kisah ini berakhir dengan perkahwinan Nabi Sulaiman dengan Ratu Balqis yang turut diceritakan dalam Al-Quran dalam surah yang sama dalam ayat 38 hingga 44.Mengikut riwayat Nabi Sulaiman adalah yang paling ramai isterinya yang katakan ada kira-kira 600 orang dan baginda wafat pada usia 180 tahun diPalestin yang ketika itu baginda sedang menyelia rakyatnya bersama dengan jin membina Masjid al-Aqsa yang hampir siap.

Bersambung

Dr Aminudin

No comments: