Wednesday, December 23, 2009
Kita Patut Menanam Atau Mengekalkan Pokok-Pokok Bagi Lebah Menghisap Nektar Dan Debunga
Dalam blog saya ini ,SungaibatudeRelong, saya telah banyak menulis tentang pokok-pokok dan bebunga yang mana diantaranya dibawah entry yang berjudul seperti berikut :-
1.Wangian dari Bunga dan Kayu Kesukaan Para Nabi.
2.Wangian Dari Lembah Bama Yang Dieksport KeArab.
3.Macang (Mangifera foetida)
4.Lempeng Bunga Durian Serta Buah Getah
5.Buah Kampung dan Hutan Saya Idamkan
6.Bebunga
7.Keduduk (Melastoma malabathricum
8.Cenerai (Grewia umbellata)
9.Beberas(Trigonochlamys griffithii)
10.Belimbing dan lain-lain artikel.
Semua pokok-pokok dan bebunga yang saya sebutkan diatas terdapat diKampung Relong,Kuala Lipis, Pahang.Oleh itu ia perlu dikekalkan atau ditanam bagi membolehkan sang Lebah mengisap atau memakannya.Kajian yang dibuat oleh para penyelidikan selain dari saya coretkan itu banyak lagi pokok-pokok atau bunga yang perlu kita tanam atau dipelihara supaya dia dapat hidup bagi membolehkan madu lebah terus diperolehi.
NEKTAR adalah manisan yang dikeluarkan oleh bebunga atau bahagian tertentu dari bunga atau pokok-pokok.Nektar mengandungi kira-kira 30% gula dan 70% adalah air.Nektar ini keluar dari kelopak bunga atau bahagian lain pokok seperti dari mata tunas,pucuk muda,tangkai,buah ,daun dan sebagainya.Diantara pokok-pokok yang terdapat diRelong yang banyak menjadi tempat lebah mendapat Nektar ialah seperti dari pokok Kelapa,Getah,belimbing,ubi kayu gajah,ubi kayu,kopi dan pisang.Waktu nektar ini dikeluarkan oleh pokok-pokok tersebut ialah dari waktu pagi hingga petang.Kandungan NEKTAR adalah larutan air gula disamping bahan lain iaitu asid amino,asid organik dan beberapa jenis minyak.Kandungan gula dalam NEKTAR ialah gula jenis sukrosa,glukosa dan fruktosa.Manakala DEBUNGA pula adalah debu halus yang menyerupai biji yang boleh didapati pada bahagian anter sekuntum bunga.Debunga amat kaya dengan sumber protein dan vitamin seperti Vitamin A,C,D,E,M,B1,B2,B3,B6 dan Debunga juga mengandungi bahan mineral seperti kalsium,fosforus,kalium,magnesium,besi,silikon,sulfur,klorin,kuprum dan juga asid amino dan minyak.Debunga ini diangkut oleh lebah melalui kaki belakangnya apabila dia pulang kesarangnya.
Inilah diantara NEKTAR dan DEBUNGA yang sering dihisap oleh sang lebah bagi dijadikan madu yang perlu kita pelihara atau tanam diKampung Relong dan juga seluruh Negeri Pahang bagi membolehkan madu lebah terus dapat dihasilkan bagi generasi yang akan datang ,diantara pokok-pokok yang dikenalpasti oleh para penyelidik ialah :-
1.Akasia (Acacia cincinnata)
2.Bunga Tahi Ayam (Ageratum conyzoides)
3.Bayam (Amaranthus spinosus)
4.Nanas (Ananas cosmosus)
5.Pinang (Areca catechu)
6.Belimbing (Averhoa curambola)
7.Herba itik (Borreria alata)
8.Rumput melala (Brachiaria mutica)
9.Ru (Casuarina equisetifolia)
10.Rumput lilit kain (Centottheca lappacea)
11.Kayu manis (Cinnamomum verum)
12.Limau (Citrus spp)
13.Maman (Cleome rutidosperma)
14.Kelapa (Cocos nucifera)
15.Kopi (Coffea liberica)
16.Durian (Durio zibethinus)
17.Kelapa sawit (Elaeis guineensis)
18.Jambu Mawar (Eugenia jambos)
19.Jambu air (Eugenia malaccesis)
20.Tembusu (Faqrea fragrans)
21.Getah (Hevea brasiliensis)
22.Lalang (Imperata cylindrica)
23.Petai jawa (Leucaena leucocephala)
24.Ubi kayu gajah (Manihot glaziovii)
25.Memalu (Mimosa invisa)
26.Pisang (Musa spp)
27.Rambutan (Nephelium lappaceum)
28.Pulasan (Nephelium mutabile)
29.Selasih (Ocimum basilium)
30.Angsana (Ptecarpus indius)
31.Bijan (Sesamun indium)
32.Lidah ular (Sida acuta)
33.Leban (Vitex pubescens)
34.Jagung (Zea mays)
35.Betik (Carica papaya)
36.Mangga (mangiferra spp) dan lain-lain
Dr Aminudin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment