Friday, December 5, 2008

Sungaibatuderelong


Sungai Batu De Relong diujudkan untuk membangunkan database bagi penduduk atau personaliti yang dilahirkan diKampong Relong,Kuala Lipis,Pahang.Selama ini banyak website hanya dimuatkan dengan pelbagai maklumat dengan tidak mencermin identiti Kampong Relong.Dari analisis saya kepada kebanyakan web site yang ada content Kampong Relong, malahan Sejarah Dato Linggi atau Sultan Ahmad dari Kerajaan Riau-Lingga disalah muatkan dalam website yang tiada ada kaitan dengan orang Kampong Relong.Diatas kesedaran itu website khas ini dan mendapat perhatian orang Kampong Relong.Web ini juga akan memuatkan finding kajian saya berjudul Menyingkap Lembah Bama sebagai Pusat Perdagangan terawal DiAsia Tenggara dan Mengesan Sejarah Sultan Ahmad Shah Sultan Riau-Lingga Yang membuka Penempatan Di Kampong Relong.Saya mengalu-alukan graduan yang lahir diKampong Relong memberikan atau mengemukan (sinopsis) kajian mereka ditahun akhir untuk dimuatkan dalam web ini untuk saya ulas atau dikomen.Sekian,terima kasih

Dr Aminudin

13 comments:

Hanya untuk aku said...

Pada hemat saya byk lagi kampung2 di persekitaran dengan Relong seperti
" Ulu Teris, Bapong,Gua,Ulu Telang, dan Suak sebuah kampung yang telah di telan zaman..pernah sdr dengar nama sebuah kampung SUAK ??

Musbri Mohamed said...

Salam Abg Amin

Saya amat tertarik dengan halehwal Tuk Linggi.Saya pernah dengar kisah ini daripada arwah Pendekar Wahab pada tahun 1997 di mana kami telah memasuki pertandingan silat di Melaka.Beliau menyatakan bahawa Tuk Linggi ini ada kaitan dengan keluarga kita di Relong.

Dr. Aminudin Abdul Karim said...

Mus, yang dihormati, Kajian berjudul Menyingkap Sejarah Lembah bama dinegeri pahang Sebagai Pusat perdagangan terawal bagi Asia Tenggara dan Mengesan Sultan Pemerintah Riau Lingga Yang Menetap diLembah Bama(Kg Relong) telah abang siapakan dan menunggu untuk dicetap kod buku antarabangsa telah ada.Kesimpulan kajian sebahagianya ialah Dato Ahmad yang dikenali Dato linggi adalah Paduka Sri Sultan Ahmad I Riayat Shah ibni AlMarhum Paduka Sri Abdul Jalil V Muadzam Shah, Sultan Negeri Johor-Riau yang ditabal pada tahun 1761 dan dimakam dibawah pohon kundang diKuala Relong,Kg.Relong,Kuala Lipis.(Hj Mazelan,2003)Baginda adalah Moyot kepada Abang.

Abang Aminudin

fairuz_dpim said...

salam abg min..
saya betul2 nak tahu lebih lanjut tentang tuk linggi kerana melalui dialah saya boleh mengetahui asal-usul saya..nenek saya pernah bercerita tentang tuk lingi atau lebih nama sebernarnya raja ahmadyse

Dr. Aminudin Abdul Karim said...

Firuz, Kajian Lembah Bama sudah siap, ia akan menceritakan Lembah itu adalah lembah tertua diTanah Melayu,ada pusat pemerintahan Pahang purba,bukannya diPekan,Pahang.Sejarah Tok Lingga yang juga Sultan Ahmad yang dikata meninggal pada tahun 1761 sebenarnya berhijrah keRelong dan kemudian menetap disitu kerana "permainan " Bendahara yang menguasai Kerjaan Riau-Lingga-Johor.Salsilah Tok Linggi telah dibuat/disalin oleh ayah saya dan kalau keluarga Firuz adalah orang Relong bermakna Firuz adalah waris kepada Sultan itu dan waris kami juga.Saya berdasarkan cerita ayah saya Tok Linggi telah berkawin dengan Puteri dari Cina ,macam Puteri Hang Li Po, Melaka jadi kajian genetik boleh dibuat, namun secara fizikal sebelah ayah saya, Cu Husin,sebelah We Kadir,Mokde,Makandak Minah saya adalah berkulit cerah dan ujian DNA boleh dibuat sekiranya diragui keturunan kami dengan Tok Linggi.

Jangan lupa ikuti Kajian ini hingga tamat.Wassalam

Abang Minum Air (Abang Umar Memberinya)

Unknown said...

salam dr..baru2 nei saya balik kg,saya tanya nenek saya..dia dah cerita semuanya..dia suruh saya bertanya kat dr..ayah dr berbin kan apa dan apa nama moyang dr..kalau dr tak keberatan boleh dr ceritakan tak?lau buku dr dah siap saya nak beli satu.hehehe..nak simpan..insyaalah cuti nei saya dan nenek nak gi rumah waris kita yang ada buku salasilah keturunan.wan cakap masa arwah moyang rawa ada,moyang suruh wan ambik asal-usul tue..tapi wan tak pandai tulis,jadi anak dia yang pegang sekarang.saya panggil dia tuk de samsul.dr knal tak dia?

Unknown said...

salam dr,comment dr yongasmahani tue dari saya fairuz..saya guna akaun dia..tak nak dr keliru lak nanti..sory...

Dr. Aminudin Abdul Karim said...

Pedigree(salasilah)waris Datuk Linggi @ Sultan Ahmad Shah (Tahun1761)saya seperti berikut :-

Aminudin bin Hj Abdul Karim,
Hj Abdul Karim bin Ali,
Ali bin Imam Musa,
Imam Musa bin Ismail,
Ismail bin Jinan.
Jinan bin Mamat,
Mamat ibni AlMarhum Linggi @ Sultan Ahmad.

Datuk Linggi adalah moyot saya kerana We saya(Anak lelaki tertua, We Idin saya telah meninggal, lagipun anaknya perempuan) Jadi ayah saya masih ada.

Dr Aminuidn

OrgUluPahang said...

Assalamualaikum Dr. Aminuddin,

Salam kenal dari saya orang kampung Durian Sebatang, Raub..bersaudara kita tetapi tak pernah bersua...saya cucunda Tengku Seti anak Wan Sabun anak Mandak anak Majid anak Imam Munah anak Dato Linggi. Kena buat majlis perhimpunan keluarga Dato Linggi nih !

Dr. Aminudin Abdul Karim said...

Sdr Marisma, seingat saya perjumpaan keluarga besar Datok Linggi ada dahulu diadakan semusim Raya Puasa ,lepas itu dah tidak aktif lagi, saudara mungkin pernah jumpa saya sebab saya selalu bermain diDong dirumah Ayah saudara saya Ciku Husin bin Ali, juga saya bermain dirumah Utazah Sepiah disekolah ugama Dong, kawan sekolah saya diDong bernama Zamani dan Cikgu Shamsiah(pelajar UKM) dan sedara saya Cikgu M.z.Alias ada juga tinggal dekat masjid Dong tepi jalan itu.Saya masa kecil bermain dengan Huziabidi bin Husin orang UMNO Raub sekarang dan juga Kadir Kiram sekelas saya.Jadi Dong bukan tempat asing bagi saya.

Dr Aminudin

OrgUluPahang said...

Ooo..kalau gitu mungkin kita pernah bersua masa kecik2 dulu...sape tak kenal cikgu Husin, Pen.Guru Besar Sek. Men.Keb. Dong pada masa saya sekolah kat situ tahun 1972-1974.. Dr nanti tanya gan cikgu Husin kenal tak Maria anak T. Mariam cucu T. Seti? Lagipun Cikgu Husin yg bagi saya silsilah Dato Linggi nih pada tahun 2003...
Terima kasih menghubungkan semula semua waris Dato Linggi.

Dr. Aminudin Abdul Karim said...

Marisma, Cu Husin ada menceritakan kepada saya tentang seorang Tengku diRaub yang mengajaknya keMinangkabau untuk menuntut hartapusaka disana tetapi sejauh mana benar tidaklah saya ketahui, Cu Husin mendapat Salasilah yang ada padanya pada Abang Dia (ayah saya)jadi semasa dia tinggal dengan saya diPutrajaya dan Kuantan ,saya telah mengingat apa yang dia ceritakan (termasuklah tentang isteri Tok Linggi dan lain-lain).Sekarang Cu Husin agak uzur dan selalu dengan Tini (anak dia seorang guru diRaub) dan tinggal dibandar Raub.Rasanya rumahnya sebelah rumah Ciku Amin (Bekas Guru Besar Sek Men R Dong).

Aminudin

Anonymous said...

Salam Dr,

sy nak gelak tgk posting abg sy kat sini, dulu dia suka gelakkan saya sebab sibuk nak tahu pasal silsilah sekrg nampaknya dia pulak beria-ia nak tahu.

Harap abg sy baca...dan lepas ini contact sy, ye Tn Mus.

Sorry pinjam ruang ini utk mgusik abg sy.

Utk abg Angah Mus, sila ke blog http://rajaahmad.blogspot.com