Saturday, December 6, 2008

Salaamah Mutaqaaid Ustaz Zahari Uda

Sahabat saya Ustaz Zahari Uda dari KgRelong,Kuala Lipis telah bersara beberapa bualan yang lalu.Apa yang ingin saya perkatakan ialah tentang perspektif saya terhadap profession bidang perguruan dari sudut cost and benefit.Pandangan saya dari bidang profession lain adalah tidak sama dengan mereka yang datang dari bidang perguruan seperti Cikgu Yusof,Adnan,Rahman dan Sarifuddin.Saya mengenali beliau sejak dikampong lagi kemudian sama-sama belajar diUKM walaupun dia senior kami duduk sekali diYPM dan kemudian beliau bertugas diPoliteknik Temerloh ,saya diPejabat Daerah Temerloh dan ini menjadi parameter persahabatan kami.Profession perguruan adalah bidang yang sudah lama usianya dan sering mendapat pengiktirafan dimasa lampau, namun ternyata sekarang mengalami perubahan dan kadang-kadangterhakis oleh arus permodenan.Kalau dahulu profession ini menjadi begitu ketara sebagai batu loncatan dalam dunia politik tetapi sudah menjadi lumarah alam hiraki ini telah didominasi oleh para peniaga dan ahli koprat.Apa yang vital saya katakan cost menghasilkan para guru kebelakangan ini meningkat dengan banyaknya bilangan guru dan pusat-pusat pengeluaran guru.Hari ini profession perguruan menjadi kerjaya graduan untuk menentukan masa depan mereka terjamin dan perkhidmatan kerajaan dan terikat dengan general order.Jadi sebab itu bila tiba masa pencen kita kena pencen dan kalau tidak mahu pencen juga masuklah politik dimana umur pencen tiada hadnya.Jadi dengan itu ada guru masuk politik kerana tidak mahu pencen bukannya seperti Ustaz kita ni yang mahu pencen.Menyentuh tentang teori cost and benefit bidang perguruan telah menjadi kewajaran selari dengan teori ini.Dimana kalau dilihat pada pendapatan dan kos perbelanjaan peribadi guru meningkat sedangkan benefit telah menurun.Umpamanya guru dizaman saya bersekolah dulu tidak mengenakan bayaran apabila memberikan tution bila diperlukan,kualiti displin menjaga guru adalah tinggi,gayahidup yang penuh tatasusila,berjimat dalam perbelanjaan dan tidak menunjuk-nunjuk dalam pembelian barangan material.Dengan kata lain begitu dedikasi dan memberi sumbangan bererti kepada masyarakat.Justeru itu sahabat saya telah bersara ada justify dari segi cost and benefit kepada masyarakat kampong kami khasnya dan Kuala Lipis amnya kerana ia memiliki asas pendidikan pondok dan pendidikan moden.Beliau mendapat pendidikan pondok diBukit Berangan,Kampong Relong dan pendidikan moden diUKM.Natijahnya ialah pendidikan sekolah pondok dan pendidikan moden adalah respsi bagi model pendidikan yang unggul.Teori cost and benefit dalam methodologi ini harus dipakai bagi merancang secara strategik bagi sietem pendidikan kita akan datang.Akhirnya kepada Ustaz zahari yang telah bersara diucapkan sekamat bersara dan kalau nak berpolitik selepas bersara ikutlah rentak Pakngah Hashim yang masih tidak bersara dalam politik.Bagi menutup tulisan ini kita renungi perumpaan Arab yang berbunyi "lakukan segera apa yang mengembirakan anda dan tangguhkan apa yang mendatangkan feadah kepada anda".Sekian wassalam

Dr Aminudin

No comments: