Friday, December 12, 2008

Paksako Kawan Sama Kumpulan 3 PTD

Hari ini saya membaca akhbar berita harian mengatakan bahawa Paksako atau Dato' Ishak Muhamad bersara awal kerana tidak sama dengan prinsip beliau.Saya tabik Pakso yang merupakan kawan saya sama kedet PTD dalam kumpulan 3 bawah Penyeliaan Encik Halim.Kami dari kumpulan 3 bawah mentor Dato Sirajuddin memang berani dan bergitu ceria.Maklumlah Tok Penghulu kumpulan kami orang yang lemah lembut dan penyayang.Banyak diantara rakan-rakan kami ada doktor falsafah seperti Ramli,Badariah,Nazri dan lain-lain.Kepala semua bijak-bijak tapi tidak boleh dipermainkan prinsip kami.Paksako memang pandai main drum dan gitar.Bila dia bertugas diPerak saya bertugas diPahang.Dia menguatkuasakan akta imigeresen saya menguatkan akta tanah.Kami selalu berdepan dengan orang-orang yang hendak melanggar peraturan dan juga bos kami.Bila perkara seperti ini berlaku orang yang langgar peraturan selalu rujuk pada orang besar-besar atau orang politik jadi sebagai pegawai penguatkuasa terpaksa garu kepala.

Bila Paksako bersara awal saya ucapkan tahniah kerana ada prinsip, begitu juga saya berhenti kerana pertahankan prinsip yang kita pegang.Bukan semua wang menjadi hambatan dalam perkhidmatan PTD tetapi inilah menjadi hala tuju kebanyakan dari kita.Selain dari itu kalau sebut arahan bos semua akur dan setuju.Kadang-kadang ada juga bos saya dulu faham akan nasib pegawai bawahannya yang mendapat tekanan dari pihak tertentu dan dia simpati tapi biasanya jalan keluar adalah pertukaran yang dilakukan oleh JPA.Untuk jalan mudah JPA memasukan kita dalam pool atau kolam unit guna sama.Masa saya dalam pool dulu sebelum pencen pilihan banyak orang yang berpinsip duduk berenang dan tunggu masa untuk pencen atau tukar kesatu tempat yang kita taksuka.

Akhirnya banyak sabarlah Paksako dan kalau pencen buatlah program yang dapat membantu masyarakat atau kita kumpul balik kawan-kawan kita kumpulan 3 buat satu kooperasi yang berpotensi untuk besar.Allah Maha Mengetahui apa yang kita laksanakan untuk bangsa dan negara.Rezeki,Jodoh dan Maut Ditentukan oleh Allah, hari ini juga kawan saya Dato Abdullah setiusaha UMNO Pahang pulang kerahmatullah akibat langgar kerbau diTemerloh, jadi kita hadiahkah Al-Fatihah untuknya. Al-Fatihah.

Sekian wassalam Dr Aminudin

No comments: