Wednesday, December 10, 2008

Wangian dari Lembah Bama dieksport KeArab

Bahan wangian dalam ugama Islam memang memainkan perana vital dalam kehidupan seorang Islam itu sendiri ianya sejak azali lagi .Ia berkaitan dengan Zat Allah juga,bahan wangian dari bunga dan tumbuhan mempuyai sifat fizikal dan zatnya atau rohnya.Setiap pokok mempunyai ciri yang tersendiri misalnya rambutan tidak sama dengan durian dari segi bunga dan buahnya.Bunga durian berbau wangi bila berbunga dan rambutan tidak.Begitu juga bila berbuah dan masak.Buah durian berbau buah rambutan tidak .Ini adalah keagungan ALLAH yang MAHA PENCIPTA. Kita kadang-kadang-kadang hanya tahu memakan buah-buahan tetapi tidak memikirkan kejadian yang dicipta Allah.Dari segi sains korelasi dari bunga hingga berbuah masak mempunyai signifikan yang 100% begitu juga ujian DNA bagi kes-kes yang mempunyai korelasi adalah 99.9%.

Dari segi kajian Lembah Bama saya dapati haruman dari pokok dan bunga telah didagangakan oleh penduduk Lembah Bama dengan Negara Aran sejak abad yang 3 atau 4 sebelum meshi lagi melalui pedagang Arab dan Cina.Dimasa itu satu terusan besar melalui Semenanjung Tanah Melayu terus keLaut Cina Selatan dan bukti geologi dan arkeologi yang saya paparkan dalam kajian itu menunjukan Lembah Bama sebagai Pusat Perdagagan yang lebih dahulu dari Melaka dan kajian ini disokong oleh Prof saya dari UKM yang membuat kajian diPulau Tioman dan Sdr Adi Talha diGua Bama.Diantara bahan yang didagangkan itu ialah kayu gaharu,cendana(sandalwood),kasturi,mawar,melur,getah perca,bungaan dan lain-lain.

Dalam artikel ini saya ingin mengariskan kegunaan beberapa jenis bunga yang istemewa dalam Islam. Bung a ros (mawar) adalah dianggap bunga paling sempura wangiannya dengan badan kita.Zat bunga ini samgat bernilai dengan keseimbangan badan kita.Bunga ini dianggap sebagai ibu segala bunga dalam Taman Ratu Bunga.Dalam kajian terhadap bungaan ada terdapat 300 jenis bunga ros didunia ini yang boleh dijadikan pemulihan dalam bidang aromatherapi.Yang paling baik adalah bunga ros yang dikeluarkan diBulgria ayang masa ini kira-kira USD $500 seauns.Bagi menghasilkan satu kilogram minyak ros kita memerlukan 60,000 paun kelopak bunga ros.DiIndia pemakaian wangi bunga ros adalah semasa perkahwinan Shah Jehan yang membina Taj Mahal yang agong itu.Maharaja Shah Jehan telah memenuhi kolam yang mengilingi istana tersebut dengan bunga ros.Sinaran panas matahari telah memanaskan kolam tersebut dan minyak telah naik keatas dan orang India menyauknya dan menyimpan utuk kegunaan wangian dan selepas itu mereka telah tahu bagaimana nak menghasilkannya.Bunga ros bertindak serentak dalam badan kita, perasaan kita dan kerohanian kita, minyak ini membersih dan meningkatkan fizikal dan mental dan rohani kita.Minyak ini paling kurang sekali toksidnya dan boleh kita minum dan setitik minyaknya boleh dicampuran untuk segelen air.

Itu sedikit sebanyak tentang ciri wangian bunga untu kali ini diartikel akan datang saya akan menghuraikan kegunaan bahan wangian yang lain dan cara menggunakannya.

Sekian dari Dr Aminudin

1 comment:

Md.Suak said...

Salam untuk Sdr, saya tertarik dengan catatan sdr..untuk akses my personal blog saya perlukan email sdr...Tkasih