Saturday, February 28, 2009

Slang Bebudak Sg.Batu,Relong II

Disini saya paparkan lagi slang atau perkataan-perkataan bebudak Sungaibatu yang biasa digunakan iaitu :-

1.Layor- meletak sesuatu subjek diatas api untuk memanaskannya atau mengeringkanya.Contoh ayat, Emak melayor mengkuang diatas api yang dihidupkan dengan kayu-kayu kering, Kakak Siti melayor daun pisang untuk dibuat pembungkus lepat pisang.

2.Berikan-menangkap ikan didalam gedong atau sungai.Contoh ayat, Ketua kampong kami membuat keputusan akan berikan disungai teris minggu depan, kami berikan sesama keluarga dalam gedung dihadapan rumah kami disungaibatu.

3.Gedong-payaluas atau tasik kecil semula jadi atau buatan.Contoh ayat, Gedong kami disungaibatu ,dikampong Relong memang dikenali sejak dahulu lagi, kami mandi digedong bersama kawan-kawan.

4.Padi kepit-padi yang tidak mempunyai isi, contoh ayat ,Emak menampi padi-padi tersebut untuk mengasingkan dari padi kepit, padi kepit biasanya dibuang saja.

5. Indek-sejenis alat yang dibuat untuk tujuan menumbuk padi, ia biasanya mengunakan kaki bagi membolehkan alunya jatuh dan menumbuk padi dalam lesungpadi.Contoh ayat, indek yang dulunya kami gunakan menumbuk padi tidaklagi kedapatan dihari ini dikampong kami.

1 comment:

Teo Wei Sing said...

Dr. Aminuddin,

Memang benar sekali pemilihan diksi amat penting dalam menjelaskan kepada para audien tentang amanat atau mesej yang ingin disampaikan dalam sesuatu karya kreatif seperti sajak. Sajak ini merupakan salah satu sajak dimuatkan dalam Antologi "Ekspresi" yang akan dibeli dan disokong orang ramai daripada pelbagai lapisan masyarakat sama ada tua muda, miskin kaya, atau taraf pendidikan yang berbeza-beza. Faktor ini penting untuk diambil kira sebelum saya mengarang sajak ini.

Kerelevenan dan kognitif juga merupakan suatu aspek yang subjektif untuk dinilai kerana masing-masing (para pembaca) memiliki taraf pendidikan, pengalaman hidup, pekerjaan, budaya dan cara hidup yang berbeza-beza. Di sini, kami boleh melihat perbezaan tafsiran yang bakal dibuat akan mengandungi jurang dan relatif.

Kelainan struktur sajak yang boleh dinilai melalui Teori Strukturalisme tidak menafikan kebebasan dalam mengarang sesebuah karya kreatif. Kebanyakan sajak adalah tidak terikat atau bebas. Gaya bahasa repitisi yang digunakan dalam beberapa baris yang dikatakan oleh Dr merupakan teknik perulangan yang digunakan oleh saya supaya dapat menimbulkan kesan simpati daripada para audien, Dr mengulas dengan tepat sekali. Ketika deklamasi saya semalam, jelas nada dan intonasi yang saya gunakan ketika melafazkan repitisi tersebut menimbulkan perhatian para audien termasuklah ......

Salam Berjuang

Teo