Friday, February 20, 2009

Rumah Asap

Hari ini untuk melihat model rumah asap dikampong yang ada perkerjaan penoreh getah memang akan tak jumpa lagi.Dulu direlong ,rumah asap dibina dalam tanah arwah Pakbusu tepi paya jalan menuju tapak sekolah ugama menuju kebukit perupok.Disamping rumah asap ada juga tempat memesen getah keping.Saya dan ayah akan membawa getah susu yang telah diangkat dari kebun getah kami diTeha dekat rumah penghulu Wan Abdullah. Saya dan ayah akan bangun pagi biasanya lepas sembahyang subuh kami berjalan kaki kekebun kira-kira 3kilometer.Untuk menoreh kita perlukan pisau getah yang tajam supaya pokok getah tidak luka dan ini untuk menjamin banyak susu getah.Waktu pagi yang gelap untuk menoreh kami gunakan lampu kabait bagi menyuluhnya.Getah yang telah ditoreh akan kami tunggu dia habis tos dalam mangkok getah, sementara tunggu getah tos saya rihat dekat bangsal yang ayah buat, manakala ayah biasanya menebas semak yang ada dikebun itu.Ada juga ayah menanam pokok rotan manau ditanam dicelah pokok getah dimana dia dapat beneh dari jabatan pertanian.

Setelah getah habis tos kami akan mengangkatnya dan dimasuk kedalam baldi bila siap kami dan ayah membawa ketempat memesengetah dekat rumah asap.Disinilah kami membekukan getah yang dimasukan dalam takung getah dengan dicampur cuka getah.Cuka getah jangan dimakan kalau dimakan maut jadinya, macam peristiwa orang India diestet Selborn mati makan cuka getah, kerana ingatkan samsu.Getah yang telah beku kami akan meleceknya dengan tangan ,inilah yang paling menyeronokan saya dan ada trill, hari ini semua getah yang dipotong dibuat getah buku aje, dah tidak getah keping.Selepas dilecek kami akan memesen getah ini dengan mesen getah licin dulu kemudian baru getah itu digelek dengan mesen getah bunga.Lepas ini barulah getah tadi dijemor dan bila kering dibawa kerumah asap untuk disalai.Rumah asap ini mengunakan kayu api bagi mengasapi getah orang kampong.Bila siap diasap kami bolehlah jual kekedai Sood yang satu-satu pembeli getah dikampong kami, Sood sudah meninggal dia diwarisi oleh anaknya Aman (saya dengar dia aktif juga dalam politik, nak ikut jejak Pakangah Hashim kot).

Pantun 6 kerat buat para penoreh getah seperti berikut :

Rumah Asap dalam kenangan
Letaknya terletak dipaya pakya
Kelihatan indah dimata makwa
Jadi tumpuan orang sekelian
Penoreh juga tiada mendapat bantuan
Nelayan ramai ditempat pembangkang mendapatnya
Peneroka pula layanannya istemewa
Kuasa undi ditangan tuan

Dr Aminudin

2 comments:

kamal said...

Baru hari ini saya mula tengok blog abg Minun, lepas dapat sms. Tahniah atas inisiatif nak tulis pasal Relong.

Saya juga nak ucap terima kasih sebab ada mention nama kedua mak ayah saya dalam Memori Persekolahan I, ia itu Cikgu Hawa dan Uztaz Chu Mat. Untuk makluman visitors lain, (abg Minun tau)Kedua-dua orang tua saya sekarang berada di Bandar Pusat Jengka.

Dr. Aminudin Abdul Karim said...

Pada maklumbalas, saya ucapkan ribuan terima kasih.Abang buat ini untuk kenangan generasi kita akan datang mereka tidak lagi tahu pokok kerekok,pokok cenerai,beberas dan sebagainya begitu juga pelantar lelari,rumah asap, getah keping dan lain-lain.CatatanPeribadi ini memuatkan memori abang sebanyak 100 cerita bagi volumen pertama. Banyak akan menyusul terutama masa bertugas diTemerloh dan melawat restoran Cumat diJengka.Insyallah

Abang Minun