Dikampong kami direlong dan sekitarnya, malahan sampai keLipis semua orang tahu Abdu Hadi tukang urut dan memulihkan orang patah.Kami seperti kaki bola seperti Buhan Daud, Abang Nor dan saya sendiri kalau terseliuh atau terkehel akan berjumpa dengan tukang urut atau kami panggil dikampong bergosok dengan Abdu Hadilah. Saya sendiri kalau musim buah selalu duduk atas pokok sekali tu telah jatuh dari pokok manggis jadi terseliuh kaki, maka kenalah bergosok dengan Abdu Hadi.Dua kali gosok dan baik.Selain mengurut dia juga mengubati orang patah.banyak orang patah dari Hospital Lipis datang berubat dengan dia dan banyak yang baik.Hari ini nak cari bomoh patah memang susah, dulu selain dari dia saya dengar ada dijeram landak,Jerantut tapi sejak akhir-akhir ni dah tidak kedengaran lagi.Tukang urut ini mengikut ayah telah menunaikan haji bersama-sama ayah saya.Masa nak pergi haji ayah agak tidak sihat ,Abdu Hadi sihat bogar, bila sampai diMekah ayah jadi sihat amat ,manakala Abdu Hadi jadi taksihat maka ayahlah yang tolong dia disana masa mengerjakan haji.
Anak- Anak Abdu Hadi kebanyakan tidak mahu mewarisi kepakarannya, saya berpendapat zaman sekarang kerjaya berkaitan kesihatan ini amat baik, dimana-mana bandar sekarang tumbuh macam cendawan pusat kesihatan atau spa yang menjalankan kerja mengurut, diKuantan saya tengok penuh orang berurut kami dekat taman kerang depan masjid besar waktu pagi,malahan perempuan pulak tukang urutnya.Jadi anak dia seperti Mat Leper patut mewarisi kemahiran ini.Saya pun taktahu kenapa dia mendapat nama Mat Leper, setahu saya kalau tin digelek oleh tayar lori ia jadi leper.Mat Leper ini mempunyai skill bermain bola yang baik iaitu dia boleh mengambil tendangan sudut yang selalunya menghasilkan gol, mungkin tendangan yang macam meleper ini Matmendapat nama.Selain dari itu kaki dia boleh kembang bila menyepak bola atau menahan bola, inilah keistimewaan beliau.
Dr Aminudin (berurut diBeserah dengan Pakhin)
Sunday, February 22, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment