Pokok macang atau nama saintifiknya mangifera foetida, banyak terdapat dikampong Relong, ia boleh dikatakan ditanam dikebanyakan rumah.Rumah lama kami dekat guabama ada pokok macang yang berbagai jenis ditanam disempadan tanah Pakangah Man dan Akak Siti.Pokok macang yang kami miliki ada buahnya besar dan ada buahnya sederhana besar.Bila musim macang berbunga macam sekarang ni amat cantik kelihatan dari jauh ia berbalam merah hijau, dimana hijau mewakili daunya dan merah adalah bunganya.Buah macang yang muda ini telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada saya kerana getahny, masa bebudak bila buah macam dah mula nak berisi kami selalu pangkah untuk dimakan dengan kicap, masa bebudak makan buah macam muda pun sedap.jadi tidak diketahui yang getah macang memang mengakibatkan kita berkudih ataupun kalau kulit kita kebal ia boleh jadi macam melepuh.Oleh kerana kulit saya tidak begitu tahan ada sesekali tu ,saya terduduk atas getah macang muda, apalagi melepuh dan berkudis punggung dibuatnya.
Bila musim macang gugur kami akan mengutipnya untuk dijual murah dipekan sari dikampong kami, memang menjadi rebutan orang pekan sari bila melihat macang kami dan juga Pakngah Man yang dibawa oleh Jefri kerana buahnya besar-besar dan manis pula.Macang selain dimakan begitu saja ia juga boleh dibuat sambal yang enak dimakan dengan ulaman terutama pucuk-pucuk kayu seperti seraikayu,mengkudu,jambu golok dan lain-lain.Teras pokok macang berwarna perang muda atau perang kelabu muda,iranya berpintal dan berombak dan teksturnya pula sederhana kasar atau kasar.
Dr Aminudin (gembira kerana masih dapat mencari buah macang)
Friday, February 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment