Kajian saya terhadap Lembah Bama ada membuktikan dan menonjolkan Sistem Radir yang mendahului zamannya iaitu zaman mendahului sejarah Melaka yang kita kenang dan wartakan sebagai warisan negara.Kita menghargai apa yang Melaka lakukan, tapi saya jadi terkilan dengan pucuk pimpinan kita tidak tergerak untuk menjadikan perkara yang sama terhadap artifak sejarah yang amat banyak diPahang terutama diLipis.Dulu saya masih ingat ada seorang dari Pahang jadi KSU diKementerian Kebudayaan dan Kesenian tidak ambil pusing tentang memetakan Pahang sebagai tapak warisan negara, saya dengar dia banyak terlibat dengan puisi dan lukisan sahaja.Takape kita lupakan saja dia lagipun dah pencen dan taktinggal diPahang lagi.Sistem Radir ini adalah sistem pengairan padi yang sistematik dan unik dikampong kami (RELONG).Ia akan membekalan air untuk sawah padi selepas pada ditanam.Sistem Radir ini unik kerana selain ia membekalkan air ia juga membolehkan kami mandi-manda, membasuh kain,air minuman dan ternakan ikan.
Saya masa kecil selalu keradir dekat rumah De Banun untuk bermain dan mandi yang terdiri dari Manan,Zahar,Samsudin dan lain-lain.Diradir ini ia semacam gedung juga tetapi airnya jarang keroh kerana asas binaan adalah dari batu-batu dan benteng yang kukuh, kami mandi dalam radir yang airnya sejok serta jernih.Sambil mandi kami berlawan menyelam lama dan kadangkadang melihat ikan-ikan yang hidup dalam radir itu.Saya memang minat ikan sebarau dan kaloi bila menyelam dalam radir ini.Air radir akan disalorkan kepaya atau sawah yang berdekatan melalui salor yang biasanya dibuat dari buluh-buluh besar dan kadang-kadang juga dibuat air pancor untuk budak-budak kecil untuk mandi, mereka tidak boleh mandi dalam radir takut cengkelek.
Sistem Radir mendalahului zamannya jadi bila sistem empangan dan perparitan oleh JPS diperkenalkan dekat Guabama ia telah fail (tak menjadi) kerana sistem yang dikatakan dibuat oleh jurutera JPS untuk membantu petani tetapi fail kerana mereka tidak mengkaji ciri-ciri geologi tempatan terlebih dahulu sebelum dibangunkan lagipun sistem aliran air dianggap macam menguruskan parit dibandar.
Dr Aminudin (memerhati banyak projek dibuat untuk kepentingan politik tanpa dikaji daya majunya)
Saturday, February 21, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment