Kedai sederet dekat padang sekolah Relong dulu cukup popular.Kami mendapat makanan ringan dan minuman airbatu kepal.Masa itu kedai yang ada ialah kedai beh sitih,aki subuh dan beh sitih.Kedai ini menjadi tumpuan kami bila ada tayangan wayang gambar free oleh jabatan penerangan dalam tiga bulan sekali ataupun pesta lawan bola sepak antara kampong seperti yang saya ceritakan sedikit sebanyak dalam memori masa sekolah.Saya ingat dekat kedai ini banyak pokok buah pauh dan pokok kerekok yang selalu menjadi habuan kami bila berbuah.Biasanya kami akan pangkah dengan kayu atau lestik (peluru batu lada) dan tempat beli kicap dan juga gula dari dikedai sederet inilah.
Bila perlawanan bola sepak antara kampong Relong,Behrang dan Bapong kami sudah tentu jadi penyokong yang kuat.Banyak pemain hari ini dari kampong Relong yang telah meninggal dunia macam Pakeheh,Abang Nasir, AbangTamam,Borhan dan lain.Penjaga gol Abang Nor masih hiduplagi begitu juga Yusof Matawi dan Yusof JPS.Bola sepak jadi lebih meriah kalau lawan estet selborn sebab berlaga keting hingga terbit api.Tapi bebudak relong ada pakai jampi juga tok pawang Muhamad dari Bapong.Bagi perlawanan bola peringkat Daerah Pula dulu Pakandak Dahan memang handal tapi bila jadi orang penting kenduri kendara dia dah kurang aktif.
Hari ini kedai sederet tepi padang dah tak jadi popular sebab ada kedai baru tepi jalan menuju kePadang Tengku lagi pun kebanyakan dah diconverted jadi rumah tok imam dan rumah emak Aman anak tokeh Sood.Saya juga ingat dekat kedai ini juga ada tempat sembeliah kerbau atau lembu yang jalannya menuju rumah Pakandak Dahan.Mulanya bila petang hari saya nak kesitu jadi takut kalau-kalau ada hantu sebab tempat lubang darah tetapi apabila saya tengok se orang kampong pergi kesitu merendamkan jala dalam lubang tempat sembelih tersebut saya dah tak takut lagi sebab bila saya tanya kenapa rendam dalam darah kerbau,dia jawap supaya tahan dan mujur dapat ikan, hingga hari ini saya ingat petua itu.Disamping itu saya juga teringat kedai sederet inilah juga tempat syarikat minyak afiat membuat pertunjukan silat mata dan menjual ubat disamping pesta bercerita rakyat dirumah Toukeh Sood yang memanggil orang bercerita seperti yang dibuat oleh Zakaria Hitam seorang sejarawan Pahang yang telah meninggal.Jadi dikampong Relong event ini sudah lama wujud tetapi tak ada orang hendak warwarkan.Lagipun kedai sederet ini hampir dengan rumah Tokempat Uda yang anaknya Kama,Zaiton,Abang Din dan lain-lain tinggal ia amat strategik tetapi hari ini sepi dan nampak sunyi.
Dr Aminudin (Nampak rumah guru tepi padang yang terbiar)
Monday, February 16, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment