Tuesday, February 17, 2009

Main Bedil dan Senapang Terong Mango

Mainan tradisional yang kami selalu main masa kecil adalah juga bedil buluh berpelurukan buah beberas dan cenerai.Sebelum bermain kami seperti Abang Amit,Jefri ,Lalmi, Me dan lain-lain akan mempamirkan kemahiran membuat bedil dan senapang.Saya ingat kami akan masuk kebelukar terutama dekat ceruk membebek yang mana banyak buluh padi yang cantik dan sesuai untuk kami buat bedil.Buluh lemang atau buluh betong takjadi nak buat bedil kalau bebudak sekarang nak buat.Buat lemang atau tapak bakar pelita bolehlah diguna buluh ini.Bila dapat, kami akan memotongnya dengan mengambil ketong yang panjang dan lurus.Manakala penjolok atau pengantak pula adalah buluh betong yang diracik macam lidi penyapu dan pasangkan alu atau kepala.Kemudian kita mencari peluru dari buah beberas ,cenerai atau kertas surat khabar yang ditumbuk dengan air.Bila bedil dan peluru dah ada kami membuat undian siapa yang jadi musuh atau ashkar.Selepas itu bermulalah peperangan diantara kami dalam kebun getah We Muhammmad dekat rumah Pakencik Akob.Permainan ini memang menyeronokan hingga taksedar kemakan atau minum.Bila dah letih baru cari air kelapa muda atau suruh Akak milah buat air tu sebab masa dia baru bertunang dengan abang Mat sekuter.Kena peluru buah cenerai atau beberas jangan main kadang-kadang berbintik-bintik badan tapi peluru kertas takape bunyi aje kuat tapi tak sakit.

Bagi permainan senapang terung mango pula yang pandai buat adalah Jefri anak abang Man.senapang dia poi amatlah cantik,maklumlah ayah dia ada senapang jadi dia dapat modal tiru macam senapang ayah dia sebijik.Senapang terong mango ni diikat dengan peluru pada pemetik oleh getah gelong yang boleh dibeli dikedai.Cara perang pun sama dengan bedil buluh tapi biasanya kami main dekat padang yang banyak terong mango seperti dekat balai raya lama dan dekat kelinik Kak Zohura.Bila letih dan harus pergi dekat kelinik minta air dari Kak Zohura maklumlah dia baik, lagipun kalau kami luka-luka kena resam atau terguling dari bukit dekat balai raya tu kami minta ubat luka dari dia.

Hari ini jarang saya tengok bebudak main bedil atau senapang terong mango lagi kerana mereka dah canggih-canggih main video game perang dan kena bayar hingga lupa belajar.Malah main meriam kebait atau mercun.Masa kami dulu merecun ada tapi mahal , lagipun duit payah bukan macam hari ini duit macam air makbapak kasi anak-anak.

Dr Aminudin (Teringat Kak Zohura, orang kata dia diJengka ?)

2 comments:

Anonymous said...

pepaleh deme..keh dulu pun kecik2 main bedil ngn senapang terong mango jugak..hehe..

Hishamuddin Zainuddin said...

Ingat dah lupa terong mango, orang sini, selangor, panggil terong pipit.