Catatan peribadi ( Catperi) saya tentang zaman kanak,remaja dan dewasa ini nampak mendapat riaksi yang baik dikalangan bekas atau penduduk relong ,jadi akan saya terus menulis catperi hingga yang keseratus bagi menjadi volume pertama.Insyallah akan saya kumpulan menjadi koleksi catperi sungaibatu derelong yang pertama.Saya menerima maklumbalas dari Kamil yang dia excited dengan cerita kampong ni .Nama dia saya panggil Kamil tetapi dikalangan pihak bank, mereka panggil Mohd Kamal.Dia ni anak CuMat yang juga cikgu saya masa disekolah rendah Relong dulu.CuMat adalah suami kepada Ciku Hawa yang merupakan dua sejoli yang mengajar kami.Rumah mereka tidak jauh dari Kedai Sood yang membeli getah kami dan orang kampong.Saya bila kesekolah akan lalu belakang rumah mereka ini, bila jalan PLB dah siap menuju kesekolah kami.Kami tidaklah lagi mengikut jalan dalam paya ke Bukit Berangan seperti yang saya ceritakan dahulu.Anak-anak CuMat yang saya pernah berkawan adalah Fauzi dan Kamil.Bila saya menjadi PTD dan bertugas diTemerloh saya berjumpa balik mereka ini.Fauzi masa tu sedang menguruskan sekolah swasta dan Kamil seorang pegawai bank Simpanan Nasional, kemudian Maybank dan akhir-akhir ni di Affinbank pulak.
CuMat Kancil mendapat nama kerana dia cerdik mengikut pendapat kawan-kawannya , dia minat dalam perniagaan dan saya mendapat tahu dia menjualkan tanahnya (rumah ) dekat rumah Hassan Rela sekarang kepada Pakangah Hashim untuk perniagaannya diJengka.Sekarang CuMat memilik tanah yang strategik dibandar pusat dengan restoran terapung dan hidupan ikan dalam kolamnya.Tanah ini memang strategik lagipun bandar pusat Jengka pesat membangun ada UITM,Hospital,komplek perniagaan dan lain-lain.Jadi jangkaan CuMat memang tepat, inilah yang membuat kawan-kawan dia mengelarnya CuMat kancil, memang tetap.
Dr Aminudin (melalui jalan bandar jengka pusat keJerantut baru ni, jalan dari bandar pusat pusat kesimpang Tekam Resort perlulah diupgradekan )
Saturday, February 21, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Salam Abg Amin
Kamil selalu naik bas ke Sekolah Santa Singh ,Batu 2 dengan saya di Kuala Lipis dan kali terakhir saya jumpa di BSN Jalan Tun Ismail, Kuantan masa saya peguam di sana.
Fauzi saya jumpa dalam bilik Dato Sri Najib buat kali terakhir pada tahun 2004 manakala Ayahanda mereka saya jumpa di pengkebumian ayahanda saya di Kg. Kemahang pada tahun 1994.
Post a Comment