Rumah lama kami dekat gua bama memang tepi sawah padi.bila padi sudah menguning nak masak kami bebudaklah kena menjalankan tugas masing-masing dikerahkan oleh ibu-bapa masing-masing membuat patung-patung dari baju lama dan kain buruk untuk menakutkan burung-burung yang memakan padi terutama sekali pipik dan ciak.Disampingitu kami juga disuruh memasang tin-ting kosong pada patung-patung itu bagi ditarik untuk menghalau beburung yang saya sebutkan tadi.Dekat sawah kami, sawah pakwe dan juga sawah Pakangah Man, jadi kalau dah bosan mengalau beburung kami iaiitu saya,Medagu, Jefri dan beberapa budak lain masuk dalam sawah menangkap ikan puyu dengan sauk atau pun pakai perangkap (serkap) yang dibuat dari buluh.Ikan puyu musim padi masak memang class kerana selain dari gemok sebab dia makan buah-buah padi yang menguning ia juga kelihatan cantik, macam kekuningan ,munkin faktor persekitaran alam ketika itu.Jadi bila banyak kami jual dipekan sari dan ia mendapat sambutan yang mengalakan kerana ikan puyu ini sedap dan manis kalau dibakar atau dibuat gulai tempoyak dengan keledek atau ubikemili.Malah ada satu ketika bebudak dari bapong yang datang menangkap ikan puyu dekat paya wan Kiah (isteri Pakencik akob) lekat ikan puyu dikerongkong kerana tabiat suka gigit ikan puyu yang ditangkap tanpa masuk dalam beledi atau bekas ikan apabila dapat ditangkap.
Bila musim menunai yang biasanya kami diRelong buat berderau menuai padi ini juga menyeronokan kerana bebudak macam kami disuruh mengutip padi yang dituai untuk dimasukan dalam bujang dan kemudian dihantar keatas pelantar tempat padi untuk diirik.Mengirit pada biasanya dilakukan pada waktu malam dengan memijak tangkai-tangkai padi itu atas pelantar dan padi yang terlerai itu jatuh kebawah rumah atau bawah pelantar.Masa menuai dan mengirik kami dapat makan makanan yang biasanya sedap -sedap disediakan oleh tuan rumah.Selepas padi diirik ia akan dianginkan atau ditampi untuk membuang padi yang hampa atau kami panggil kepit.Masa menganginkan padi emak biasa mengunakan niru dan menghalakan kepada angin.Masa ini jugalah paya telah mulai kering dan kami boleh bermain layang-layang dalam sawah disamping mengutip buah angsana (kami panggil buah layang-layang) yang boleh dimakan dimana rasanya lemak dan sedap.Hari ini saya dah tidak menemui lagi buah ini.Padi yang telah ditampi atau diangin akan disimpan dalam kepok setelah disukat untuk mengetahui berapa gantang banyaknya.Pada biasanya kami orang Sungai Batu memperolehi padi yang akan kena zakat dengan kata lain hasil padi menjadi.Lepas ini boleh lah ditumbuk atau diindek untuk makan beras baru.Beras baru sungguh sedap dan saya amat suka beras jenek yang harum dan wangi.
Dr Aminudin (nak cari balik benih beras jenek yang lebih baik dari beras wangi siam)
Thursday, February 19, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment