Monday, February 23, 2009

2Kawanku OKM

Hingga hari ini OKU atau OKM tetap menjadi sahabat saya yang karib.Manakala disekolah rendah Relong Senawi telah menunjukkan symptom yang sebagai orang yang ada gangguan minda dengan mengacau bebudak perempuan disekolah, tetapi bila dia masuk sekolah menengah mungkin telah berkurangan hinggakan dia boleh memperolehi perkerjaan diLipis.Watak yang kedua ialah Malik yang saya kenal sejak kecil.Dia suka bergaul dan bermain dengan saya ini terutama sekali dirumah orang kawin. Misalnya masa Akak Milah kawin dengan Abang Mat Skuter , Malik akan ditugaskan mengangkat atau mengandar air untuk kegunaan orang kawin sementara saya dengan Azhar menjual gula-gula, kuih bunga dan air dalam plastik yang biasanya perisa sirap atau oren.Kami juga menjual kacang dan kauci yang masa itu adalah kegemaran bebudak dan juga orang tua.Malik yang sudah tentu mendapat derma dari orang ramai yang biasanya diletak dalam besen untuknya akan menggunakan wang tersebut membeli kacang dan kuaci dari saya.Walaupun saya tahu Malik mempunyai masalah minda, kadang-kadang saya ikut dia sampai keulu relong masa itu bermain dengan Nuar Kadir dan anak-anak aki Mail iaitu Kama yang juga sekelas dengan saya.

Bila saya bertugas dalam Jabatan Keselamatan diKuantan saya dicari oleh Malik kerana kata dia teringkatkan saya.Kami selalu bertemu dan kalau dia perlukan wang saya akan beri.Tempat kami selalu bertemu masa tu dekat batu lima dekat Jabatan pertanian dan mengikut Malik
dia tinggal dengan adik dia Hamid yang berkerja dengan jabatan kerajaan diKuantan.Saya sudah lama tidak bertemu dengan dua kawan saya ini.Dimanakah mereka ,saya pun dah taktahu lagi.

Dr Aminudin (kecegasan minda terletak pada hati jiwa nuraini)

6 comments:

Teo Wei Sing said...

Dr yang dikasihi,

Ada saja antologi saya di pasaran. Secara jujur, tiada kaitan politik, semata-mata cinta (negeri) yang menjadi tinta.

Salam berkenalan

Teo

Dr. Aminudin Abdul Karim said...

Terima kasih sdr Teo, boleh saya dapatkan dikedai hamid bros dikuantan atau dimana, biar saya baca dulu kemudian saya teliti tetapi komen saya berdasarkan pendekatan contemporary saya dinewyork 1999-2002.Selamat berkenalan dan terus berpuisi dengan jiwaraga.

Dr Aminudin

Ahmad Belia said...

salam dr.

seronok baca kisah dulu. saya cadang dr buat dua versi satu dalam bm dan satu dalam bi.

antarabangsakan pengalaman macam datuk lan dan awang godeng(GROWING UP IN TERENGGANU) saya tak ingat blog dia apa. tapi cerita dia memang seronok dibaca.

harap org amerika akan dengar cerita pasal relong, lipis, pahang ni.

Teo Wei Sing said...

Dr.Aminudin,

Sudah tentu "Suara Anak Pahang" boleh didapati di Hamid Bros, tiada masalah. Berkenaan dengan "Dendang Dunia", maaf kerana setakat ini tiada dijual di pasaran. Akan menyusul nanti termasuklah "Di Tempat Bermula", "Perslah Melankolis" dan "Termeterai Pelangi di Hitam Putih".

Saya masih orang baru dalam bidang ini, 2 tahun ini merupakan suatu pendedahan yang cukup bermakna bagi saya. Belajar bukan proses sementara namun melibatkan seumur dan sehidup, lebih-lebih lagi saya baru berusia 27. Manakala seni dan sastera merupakan perkara yang boleh dilihatkan secara subjektif dan pandangan yang berbeza-beza.

Kritikan dan komentar daripada pelbagai pihak memang sentiasa terbuka kerana saya sebagai manusia bersedia belajar, bukan melawan membabi-buta. Kemesraan yang ditunjukkan oleh Dr memang tidak terbalas, saya menganggapkan pertemuan ini merupakan suatu wadah perkongsian dan pemberian ilmu kepada diri saya supaya memantapkan lagi diri pada masa depan, mungkin bukan saja dalam bidang sastera saja, malah dalam pelbagai bidang yang lain termasuklah insaniah.

Selamat Malam

Teo

Dr. Aminudin Abdul Karim said...

Sdr ammosham,terima kasih atas cadangan sdr.saya akan meminta sahabat diuniversiti helsinki terjemahankan dalam bahasa Finland dan bahasa English akan menyusul sebaik saja saja terbitkan volume yang pertama.

Sdr Teo, terima kasih memberi info, insallah saya kan membeli dikedai tersebut sebagai koleksi saya disamping memberikan ulasan yang membina.Dunia sastera akan harum jika bunga-bunga persahabatan dapat disemai.

sekian

Dr Aminudin

Teo Wei Sing said...

Dr.Aminudin,

Membaca karya seperti mengembara bersama seorang anak muda Tiong Hua dari mentah dan mencecah proses kematangannya itu. Usaha memurnikan dan memperbaharui karya-karya masih dijalankan dari semasa ke semasa bagi memastikan revolusi dalam kekreatifan diri sendiri.

Teo