Rumah Badar Anak Aki Mat tak jauh dari rumah We Kadir, jadi kalau kami puas bermain rumah dia kami sama rakan lain termasuk Nuar akan kerumah dia pula pergi mengerjakan buah mempelam atau nyor muda dan jalan menuju kesitu melalui batas-batas sawah tetapi hari ni dah ada jalan PLB.Pokok-pokok mempelam yang saya masih ingat hidup rimbun dekat batu besar depan rumah tersebut.Badar seorang yang berilham dan berijiwa seni yang mengasah bakat mengikut abangnya Abang Bedu seorang guru dan seorang pencipta sajak.Rumah Aki penuh dengan tampalan surat khabar dan juga guntingan surat khabar.Rumah ini pernah buat kenduri kawin abang Mat Angat dengan akak sabar dimana saya pernah berebut bantal dengan Nuar.Masa tu saya memang agak nakal malah abang Omar mengejek saya dengan gelaran minun hingga ari ni nama saya dikampong disebut minun saja.Abang Omar kata saya minun air, takapale kerana kita perlu minum air sekurangnya 8 botol sehari, baru sihat.Saya dengar abang Omar pun dah tidak begitu sihat mungkin kurang minun.
Berbalik pada Badar yang terkenal sebagai seorang pemuisi yang menjadi tokoh puisi peringkat kebangsaan pada tahun 84,86,88.Puisi beliau berjudul Pembebasan Perahu menang puisi peringkat sayembara deklamasi puisi peringkat kebangsaan tahun 1992.Badar menjadi wartawan Berita Harian diMuar dan kemudian diPulau Pinang. Saya kenal dia sejak kecil dan lagipun bersaudara, jadi bakat menulis seperti dia adalah sikit-sikit pada saya tapi saya tidak banyak menulis diakhbar-akhbar tetapi dijabatan kerajaan buat kertas MMK atau Kertas Kabinet zaman Tun Mahathir.Badar masa diKuantan dia aktif drama dalam kumpulan anak seni Inderapura dan juga DPMP. Masa tu saya diJabatan Keselamatan mengikut perkembangan beliau tak berani nak campur maklumlah pegawai PTD. Badar banyak menghasilkan puisi beratus buah malahan dia ada antologi Suara Anak Merdeka dan lain-lain.Dia juga ada tulis novel seperti mislia, wabak dan ayutia.Drama pun dia menulis iaitu Asar belum berakhir.
Akhirnya Badar terus saya kenang dan hadiahkan Alfatihah kerana dia telah pergi meninggal saya dan kaum keluarganya dahulu dari kami.Puisinya tentang Gua Bama juga turut meniup semangat saya untuk menjalankan kajian tentang Lembah Bama.
Dr Aminudin (minum intra untuk kesihatan)
Tuesday, February 17, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Innallilah.....dah meninggal rupanya Badar. Bila ? Baru sekarang ini saya tau. Alfatihah..
Saya kenal dia, kami sama sama dalam DPMP di Kuantan dalam tahun tahun 70 dan 80an. Memang dia seorang penulis yg.produktif. Mudah-mudahn Allah tempatkan dia bersama sama dengan orang yg soleh.
Badarudin mz meninggal tahun lepas diPulau Pinang.sayapun takdapat hadir kerana diBrunei, dia adalah sepupu saya,abang dia cikgu Mz Alias masih sihat dan menetap diDong.Saya yakin banyak kawan dia taktahu, maklum sibuk dengan urusan harian.tk
Post a Comment