Masa awal pembangunan FELDA saya masih kecil tetapi sesudara saya yang menjadi kawan saya bermain dan berborak serta bercerita akhirnya ramai yang masuk rancangan FELDA bila telah berkawin.Misalnya Akak Milah yang berkawin dengan Abang Mat Sekutar yang duduk diceruk Membebek tempat kami mencari buahan manggis,rambuatan,langsat,durian dan lain dapat masuk tanah rancangan diJengka.Begitu juga abang Kama (Jerkoh) kawin dengan Mak Itam Coh, Abang Muhamad Leher Itek dengan Akak Miah (anak We Muhammad), Abang Tamam ,Abang Teh, Akak Munah dengan Abang Bedu Jawi dan ramai lagi.Malah Pakangah Man pun saya dengar dia pun dapat, tapi tak mahu pergi sebab dia suka tinggal dikampun aje.Jadi bila ramai mereka yang pergi masuk tanah rancangan saya pun sedih kehilangan mereka ini yang banyak menghibursaya semasa kecil.Tetapi mereka mahu meneruskan penghidupan yang lebih baik dari kampong yang mana kalau dikampong adalah tanah dua tiga ekar berbanding dengan FELDA kira-kira sepuluh ekar.Selepas mereka pergi tanah rancangan saya dihantar oleh ayah masuk asrama Sekolah Menengah Rendah Batu Satu ,Lipis sekejap kemudian masuk pula Sekolah Menengah Rendah Padang Tengku kerana bapa saudara jadi guru besarnya iaitu Pakcu Zakaria Derani.
Rindu pada mereka tidak hilang juga , jadi saya berpakat dengan Abang Amid dan Adik Zohari bila cuti sekolah kami melawat Akak Milah, Abang Muhd Leher Itek dan lain diJengka dan tidur dirumah mereka.Hari ini saya sungguh gembira melihat keadaan kehidupan mereka yang boleh dikatakan senang.Pada keseluruhan mereka mempunyai motor dan kereta dan anak-anak banyak yang dah masuk universiti.Malah Abang Mat Skuter,Abang Tamam dan lain-lain dah pun meninggal.Begitu juga Awang Zaladin pun masuk rancangan diJengka pun dah meninggal, AlFatihah buat mereka semua.
Dr Aminudin (merenung masa depan generasi kedua Felda-anak peneroka)
Thursday, February 19, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment