Hari ini banjir adalah satu yang tidak kita ingini atau musibah kepada kita.Tahun lepas diPekan ,Pahang sekolah Paloh Inai banjir melanda hingga ketingkat dua sekolah, rumah penghulu abis tenggelam, begitu juga seluruh taman Isap, kuantan, ampoh beberapa tahun dahulu.Rumah dua pupu saya Sopi abis tengelam selepas buat ubahsuai berpuluh ribu disungai Isap ,hari ini saya dengar sistem penebat banjir yang dijanji berdegar-degar oleh vvip dah siap kebelum.Kalau hujan lebat lagi dan beberapa hari mereka dikawasan perumahan sungai Ishap hati duk dak-dukdak cemas.Tempat yang jarang banjir seperti kedah dan Pulau Pinang jadi banjir.Semasa saya bersekolah diSekolah Sultan Abdul halim tahun 1970an tak pernah dengar banjir.Rumah bapa angkat saya Cek nai dipadang dan baling takpernah banjirpun walau ada sungai agak besar dimana disitu kami mandi sama Mohamad dan zaid. Masa dulu bila musim bah kami sentiasa seronok maklumlah masa ini kami boleh menjala ikan dan memasang jaring kerana ikan naik lek.Bayangkan dekat rumah lama saya dekat gua bama boleh tangkap ikan lampang,pucuk pisang ,sebarau dan lain-lain bawah pokok manggis atau pokok biadara aje sebab air dah mulai ampoh dekat rumah kami.Ikan masa tu banyak pulak dan mempunyai telor.Ini memang kegemaran saya memakan telor ikan yang naik lek, memang sedap kalau bakar dengan garam dan dibungkus oleh daun pisang.Jadi lauk makan nasi telor ikan serta ikan goreng atau bakar.Kalau banyak emak atau wan buat ikan salai, lagi sedap buat gulai lemak.Emak atau wan tukang siang ikan saya pula tukang sediakan cucuknya yang dibuat dari buluh lemang yang banyak dalam kebun getah kami .
Selain seronok menangkap ikan naik lek kami begitu seronok tak pergi sekolah maklumlah jalan melalui batas dekat gedong bukit berangan ampoh.kami tak boleh pergi sekolah takut dilarikan air laju atau takut cengkelek (tenggelam dalam air).Jadi sebagai ganti tak sekolah kami tangkap ikan atau main rakit dalam gedong.Kami buat rakit dari buluh -buluh dalam kebun getah atau kalau kuat potong batang rembia.Saya masih ingat batang rembia yang ayah nak kasi makan itek kami buat rakit sampai Akak Milah yang dah besar panjang main rakit dengan kami masih bebudak .Musim bah memang sedap makan ,apa saja sedap ,ubi kayu bakar cecah gula kabong pun sedap begitu juga ubi kemili.Hari ni payah dah nak cari ubi kemili terutama yang warna ungun.Nasi pulut pun sedap masa banjir dimakan bersama ikan kering.Disamping itu masa banjir dulu rumah mana ada perabut mewah macam sekarang jadi apa nak takut, kalau ada tilam lembik dari kekabu atau set kursi rotan.Radio pun kecil pakai beteri , TV mana ada lagi jam tu maklumlah kami jauh dipendalaman.
Musim bah kalau yang rosak pun padi yang telah masak ,itupun jarang. Bah bukan lama dikampong kami hanya sehari dua sebab air cepat mengalir.Masa dulu tiada bantuan banjir masa sekarang yang Kerajaan ada jentera menghadapi banjir dan dapat bantuan beribu-ribu, dulu satub sen pun tiada tapi kami gembira dan bebudak mengharapkan biar banjir lagi tahun depan.
Wednesday, February 18, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment