Thursday, February 19, 2009

Mengkuang


Kumpulan pokok mengkuang hidup hidup dengan subur dihujung tanjong sawah kami dekat guabama.Air dari gedong wan yang dilepaskan apabila nak berikan yang mengalir dan melepasi kumpulan pokok-pokok mengkuang ini sebelum mengalir masuk kesungai teris melalui sawah-sawah kami.Bila pengusaha kuari yang memacahkah batu granait pada guabama didisitu jalan kekuari itu hampir-hampir benar dengan kumpulan pokok-pokok mengkuang kami.Mengkuang ini ramai peminatnya untuk diambil bagi dijadikan bahan-bahan kegunaan harian.Mengkuang boleh dijadikan tikar yang dikenali sebagai tikar mengkuang yang cantik kalau diletak warna-warna yang pelbagai.Ia juga boleh dijadikan guni mengkuang untuk diisi pada atau beras, dijadikan bujang,dijadikan beg sekolah atau beg untuk kepasar.Selain dari itu ia boleh dijadikan perhiasian seperti bakul kecil,tempat mengisi pencil dan lain-lain.

Mengkuang perlu diproses sebelum menjadikan barang-barang siap seperti yang saya nyatakan seperti diatas tadi.Saya tahu ini kerana mengikut emak atau makandak atau akak nab mengambil mengkuang ini dan membantu mereka.Mengkuang ini emak ambil sebanayak yang dikehendaki dari perdunya secara berhati-hati kerana mengkuang ini berduri.Selepas itu ia akan dilayor diatas api untuk menambah dayatahan mengkuang.Masa melayor inilah saya kena mejaga api dan mencari kayu apinya.Selepas dilayor tadi mengkuang ini dibuang tulangbelakangnya dan digelek dengan mesen getah dan disikat dengan sejenis sikat yang berbesi untuk menjadikan helaian mengkunag yang kecil-kecil sebesar jari kelenkeng budak. Selepas itu barulah direndam dalam air semalaman .Kalau nak diwarnakan jalur-jalur mengkunag ini akan dimasukan dalam bekas yang mengikut warna masing-masing.Masa tu warna yang polpular adalah merah dan hijau.Jadi setelah diwarnakan dan dikeringkan barulah proses menganyam tikar dibuat oleh emak atau makandak atau akak nab.

Hari ini pusat kraftangan ada membuat demontrasi menganyam tikar dan lain-lain barangan dari tikar tetapi proses-proses yang saya nyatakan diatas tadi jarang diterangkan.Biarlah saya akhir hal mengukang ini dengan pantun berikut:-

Mengkuang layu ditepi pekan
Jalan menuju samapai kepengkalan
Pembangunan banyak Kerajaan laksanakan
Pahang juga banyak ketinggalan

Banyak mengkunag jenis mengkuang
Mengkunag pantai jadi piilihan
Banyak sudah pembangunan dinegeri pembangkang
Pahang kekal dengan Barisan

Dr Aminudin (pakai tikar mengkuang aje )

No comments: