Dalam majlis perkahwinan dikampong kami (Relong) masa dahulu peranan Toksendok adalah besar terutama sebagai penyelaras hidangan masjis makan kenduri kawin.Tok sendokk atau Tukang Sendok mendapat gelarannya kerana dalam masa majlis makan kenduri kawin dia sentiasa memegang sendok gulai yang dibuat dari tempurung kelapa dan pemegangnya dari sebatang kayu yang lazimnya kayu kemuning.Seingat saya Toksendok yang popular ialah Aki Mandak dan Aki Deris.Aki mandak ini memainkan peranan penentuan gulai,nasi,kuih dan air dapat dihidangkan kepada tetamu yang datang pada hari jamuan perkahwinan dengan cukup.Gulai biasanya ada dua jenis iaitu gulai untuk budak dan untuk orang tua.Biasanya gulai ayam dan daging yang dibuat untuk budak-budak makan tidak pedas dan orang dewasa ada pedas dan ada sambal.Biasanya lauk dihidang dengan nasi adalah gulai kawah daging dan masakan gulai ayam serta acar mentimun dan nenas disamping sambal berulam petai atau mentimun.Kadang-kadang ada juga gulai ikan bersama mentimun tahun.Manakala kuih yang tidak ketinggalan dibuat orang kawin, kampong kami ialah kuih kering,nasi manis dan bahulu.Minuman pula biasanya air sirap,air limau atau teh o kosong.
Sekiranya nasi tidak cukup maka Tok sendoklah akan mengarahkan orang bertanak.Kalau gulai tak cukup ini yang payahnya jadi Tok sendoklah mengawal pemberian lauk kepada penyedia hidangan dan pembawa hidang.Biasanya yang membawa hidangan kamilah budak-budak muda dan orang yang telah ditentukan oleh ketua penyelaras kawin iaitu biasanya Pak andak Dahan. Kami bebudak yang baik dengan Tok sendok selalu dapat makan lauk lebih malahan pada sebelah malam pertama hari perkahwinan itu dijamu oleh tuan rumah makan sup kepala kerbau atau lembu yang disembelih sebelah siangnya. Hari ini peranan seumpama Tok Sendok sudah tiada lagi akibat banyak rumah orang kawin dimana -mana sekarang yang membuat secara panggil caterer . Kedua aki yang saya sebut sudah tiada lagi.Ini adalah dedikasi buat mereka yang amat mesra pada saya.
Dr Aminudin
Sunday, February 15, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Istilah Tok Miduk tu tak betul. Rujuklah Kamus Dewan, perkataan Minduk (Kl), tok minduk adalah penolong (perantara) dalam permainan puteri. ms 1033 Kamus Dewan edisi keempat. Tok Minduk ini adalah pembantu dan penantara bagi bomoh yang berubat secara menurun atau "berjin".
Dulu di Relong ada tok bomoh Itam dan adalah beberapa orang kawannya yang menjadi tok minduk. Antara kerja tok minduk ialah memukul rebana ketika tok bomoh menurun atau "berjin"
Yang Tuan Doktor maksudkan tok minduk tu ialah Tok Siak yang jaga lauk waktu kenduri. Tok Siak ini adalah juga biasanya tok siak di masjid. Antara Tok siak yang terkenal ialah Aki Said (tukang urut), Aki Ludin dan Aki Siak Aji. Kerja mereka waktu orang kawin ialah mengadun atau membancuh perencah atau menumis untuk gulai kawah.
Peranan mereka masih ada, masih diperlukan. Kini kalau kenduri kawin yang bertindak sebagai tukang bancuh perencah gulai kawah atau mungkin rendang daging ialah Haji Mat Sa'id (Mat Angat), Haji Muhamad Abdullah, sekali sekala datang juga Daud Subuh.
Takkanlah Tuan Doktor tak tahu ada air minum spesial di Relong yang memang hanya dihidang waktu kenduri kawin. Air Sepang benderang.
Semangat gotong royong waktu kenduri kawin di Relong masih ada. Setakat ini tiada lagi orang Relong buat kenduri kawin pakai katerer. Masak memasak masih dibuat secara bersama. Tak percaya tanyalah Haji Zahari atau pak saudara awak yang masih sihat Pak Andak Haji Mat Dahan.
sdr bahasaid, komen anda saya ambil maklum, sebenarnya toksendok, tokmindok akan saya corekan kemudian, tentang kag relong memang tidak lagi mengunakan caterer bagi orng kawin ,dalam komen saya diakhir coretan saya tak sebutpun kampong relong, luahan hati saya secara holistik tentang penyediaan makan kawin orng melayu sekarang, jadi anda selalu menerjah orang secara melulu yang memang watak anda begitu.Anda perlu berambi-ambi terutama bila anda telah matang sekarang terutama dalam politik.
Aminudin
Post a Comment