Bila Nuar kadir beri maklumbalas tentang Tukan Calat bukan Aki Madon tetapi Aki Had ayah Dong.Saya agak confuse, tapi bila renong semula dalam komputer minda saya bahawa fakta tempat, suasana, dan persekitaran adalah betul hanya nama yang disini yang saya buat remedy iaitu Tukang Calat ialah Tokmudin Had.Aki Madon adalah digelar Lebai Madon yang mempunyai anak lelaki Sahak,Mail dan Ustaz Akob.Ada maklumbalas juga mengatakan nama anak Aki Madon ada bernama hassan.Setahu saya tiada tetapi yang ada ialah Mail,mungkinlah dia Cikgu Hassan yang dikatakan telah meninggal.DiRelong ada perbezaan nama yang jauh diantara nama dikampong dengan nama dikad pengenalan ,jadi ini membuat kita confuse.Tapi jangan risau kerana kalau kita nak cari dia diRelong sebut bapa dia atau rumah kat mana ,insyallah jumpa tapi kalau diKuala lumpur, hancur harapan kita.Misalnya Abang Main nama dikampong, nama dikad pengenalan Idris Hassan,begitu juga nama Pakeceh nama dikampong ,nama dalam kad pengenalan Idris Busu, manakala Samad cina namanya dikampong, manakala nama dikad pengenalan Samad bin Tiada (lagi berat !).
Berbalik pasal bengkel Hassan titik (tukang besi) dia juga adalah kawan saya masa kecil kerana seperti yang saya hurai dibeberapa catpen (catatan pendek) saya suka berkawan dengan siapa saja walaupun orang dewasa.Saya kebengkel Hassan titik adalah kerana membuat tempahan parang,pisau getah,cangkul, kacip wan dan lain-lain.Kalau saya datang kebengkel itu kerjanya membantu Hassan Titik meniup api bagi membakar bahan-bahan yang akan dititiknya atas potongan besi.Kalau tidak meniup saya turut membantu dia menyejok bahan yang dititik dengan merendam dalam air ,yang mana inilah amat menyeronokkan saya kerana saya dengar air yang berdecor bila kena besi panas.Hari ini bengkel Hassan Titik sudah tiada lagi dan saya difahamkan dia pun dah tiada.Anak dia menjadi kawan saya masa berkerja diJabatan Keselamatan diKuantan.Nama dia dikampong Jantan ,nama dalam kad pengenalan Rahman.Ini pun satu lagi nama yang berbeza dikampong dengan kad pengenalan.
Bagi anak Tukan Calat Dong memang saya kenal dan baik dengan dia kerana dia selalu buat gasing untuk saya.
Dr Aminudin (susah nak cari tukangbesi untuk dapatkan tahibesi-pohon bantuan)
Wednesday, February 18, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
salam doktor,
arwah cikgu hassan lebai madon tu nama dia sebenar bukan hassan. saya tak ingat pulak nama betul dia. itu nama arwah abang dia. bila arwah abang dia meninggal masa kecik, surat beranak tu di tukar ke arwah cikgu hassan tu.
cerita tu saya dengar dari haji asri bekas juruteknik jkr kuala lipis tu. haji asri tu dah pencen dan jadi tok empat bapong ke rasanya. tak ingat juga la saya.
tapi saya sekadar berborak je la ni. saya pun tak tau sangat susur galurnya. arwah wan saya belah mak saya asal memang orang relong. tapi tak tau cerita pun sebab dulu tak ambil tau. memang rugi rasanya. bagus la tuan buat catatan macam ni. nanti ada juga rujukan generasi depan.
ha, ada seorang lagi. mak saya selalu cerita. ada sedara. rasanya sepupu arwah wan. nama dia aki suboh. ada anak nama rosli. kalau pergi lipis mak selalu suruh cari. tapi saya pun tak reti la nak cari. mak pun dah dekat 30 tahun tak pergi relong. hehe
tuan pernah dengar nama tu?
Sdr Rahimin, kalu gitu mungin betulah cikgu Hassan itu nama mail, dikampong dan anak aki Madon.Manakala Rosli Subub memang ada direlong seorang kontraktor tapi dah meninggal dia dulu asalnya orang Behrang,sila tanya emak sdr.Bagi emak sdr perlulah balik kerelong kerana Behrang orang dah tak duluk.Tanya emak sdr kenal tak Aki Berahim atau Tok Pawang Ibrahim, Berhrang dia bapa saudara ayah saya atau Aki saya, saya rasa kita ada pertalian tanya betul-betul sama emak, kenal tak Abang Karim bin Ali (ayah saya) .Dia sudah menyudahkan salsilah (keturunan) orang-orang Relong yang asalanya Sultan RiauLingga.Tk
Aminudin
Satu lagi,Hassan Titik masih ada. Rumah dia dekat dengan rumah Ust Sirajuddin, di Bukit Berangan, ada masanya dia masih menitik lagi. Alat peniup api tu namanya PEGAWAI.
Itulah kalau nak tulis tentang Relong, baliklah selalu ke Relong, jumpalah Pak Andak Mat Dahan, tanya dia. Jangan segan balik Relong, nanti fakta tentang relong salah. Orang Relong ketawa aje...
Saya punorang relong. Baguslah tulis tentang relong tetapi mesti betul kalau salah itu dah tak bagus, tak tepat jadi dongeng aje.
Baan said, baguslah kalau hassantitik dia masih hidup,itu namanya panjang umur.Kalau sauadara tahun banyak pekaranya kenapa tak mulakan dengan menulis, kenapa bila kita tulis baru nak sanggah .Jadi cuba tulis biar kita canggah itu baru betul/.Jari asik lari ,saya selalu balik cuba tanyakan emak saya, ayah saya masuk hosptial jauh pengsan awal tahun ni saya balik, cikgu suhamimi ada jengok, sdr dia adake orang ulu relong tengok? pakandak ada ketengok dia ada kereta,lagi mudah.
Skop atau definisi catatanperibadi ialah luahan perasaan suka,marah,benci,terkilan,perihatin,tumpang seronok dan ianya berkaitan dengan perasaan sdr, bukannya fakta sejarah.sdr kena paham ni, kalau nak fakta betul sdr tulislah sejarah kampong relong.
Sdr kadang lari dari relong dan lipis untuk menyembunyikan fakta.
Dr Aminudin
Post a Comment