Kami sebagai kelurga tani tentu mempunyai kemahiran yang tertentu, namun tidak banyak yang saya warisi.Ayah memang berminat dalam bertani, habis kawasan lapang dibuat kebun dikampong.Kalau dia datang keKuantan rumah kami habis ditebasnya rumput-rumput dan mana ada kawasan lapang ditanamnya sayur.Namun kemahiran dia juga adalah membuat tuai padi untuk digunakan semasa menuai.Sayang sekarang paya kami diRelong tidak lagi jadi sawah tapi dah terbiar kerana semua orang dah tak tanampadi.Orang Bapong dan Ulu Teris masih buat padi,Ayah pandai membuat tuai iaitu dari pokok bernama pulai.Pokok ini memang banyak dulu dicerok membebek dekat kampong Behrang atau dekat gua bamapun ada.Ayah akan mengambil dahan yang cantik pokok pulai itu bagi dibersihkan dan kemudian dilarik menjadi kayu macam pencel untuk dijadikan batang tuai. Setelah itu dia akan melarik bahagian lain pula untuk dijadikan papan sebesar tapak tangan budak kecil untuk dijadikan badan tuai bagi diletak mata pisau cukur sebagai pengetam tangkai padi.Bila siap ukiran dibuat mengikut kehendak dia pada papan atau badan tuai itu.Hari ini bila saya suruh dia buat tuai bagi koleksi saya dia kata tidak minat lagi kerana dia kini sedang menyiapkan salasilah Keturunan Tok Lingginya.
Begitu juga dengan membuat lukah, dia akan mengambil batang-batang pedor dari kebun getah kami diBukit Perupuk .Batang ini akan dibersihkan daunnya dan dibuang empulor dia untuk diambil kulitnya saja yang jadi macam lidi penyapu.Jadi ayah akan anyam dia menjadi lukah bagi kami pasang dalam paya untuk dapat ikan haruan atau toman atau puyu mahupun sembilang.Lukah ini dianyam dengan diikat dengan tali rotan seni bagi tahan dan kata ayah ia mujur (bererti bertuah) dan senang masuk ikan.Hari ini lukah boleh dilihat dipusat kraftangan orang asli gombak kalau kita mahu mengenalinya.Selain lukah pokok pedor boleh juga jadi joran kail atau buat sangkar burung.
Dr Aminudin
Friday, February 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment