Abang Mat Amin bila berkahwin dengan Akak Midah membuat rumah mereka dalam kebun kami dekat rumah CikguBakar.Masa itu kami masih lagi tinggal dirumah lama dekat Guabama.Abang Matamin berani macam Abang Mat Mohd juga.Dia tidak takut siapa, dan dia rajin membuat sawah Pakandak bersebelahan sawah Wan Kiah.Abang Matamin ini setahu saya adalah adik beradik dengan Abang Kama dari Jerkoh. Kami ada juga pergi keJerkoh masa itu boleh dikatakan dalam keadaan belum diistiharkan bubar darurat lagi dipahang, kami pergi dengan hati yang gemuruh juga maklumlah jerkoh masih dikategorikan sebagai kawasan bukan putih-bersih.Masa itu kami sekelurga pergi kerana Akak Abang kama berkahwin.Pada kenduri kawin itu berlaku kekecohan dan sampai nak bergaduh, Abang Mat terpaksa mendokong saya maklum masih budak lagi untuk meninggalkan majlis itu.Saya tak berapa ingat sangat maklum bebudak.Lepas peristiwa itu kami sekampong gempar bukan main kerana Abang Matamin hilang.Puas orang kampong mencari disegenap kampong, akak Midah menanggis aje maklumlah sedih.Tok pawang Muhamad dari Bapong ada menengok-nengok dalam firasat dia, dia kata tak ape nanti Abang Matamin akan balik.Surau We pun ada buat sembahyang hajat.
Tiga hari kemudian betul Abang Matamin balik dengan kelihatan agak letih tetapi gembira.Kami kaum keluarga turut gembira dan membuat kenduri kesyukuran.Bila kami tanya dia menghilang kemana dia kata dia tak kemana hanya berjalan-jalan dalam kampong orang Bunian.Dia mula berjalan dari Relong ke Berembang kemudian ke Empangan jalih dan balik Bapong terus balik semula ke Relong, habis satu pusingan. Jadi kesimpulannya dia menemui perkampongan orang bunian bermula dari Kampong Berembang. Bila dia balik dia membawa balik bertih, beras kunyit, gula batu, garam bukit dan kain perca . Mengikut dia ini adalah hadiah yang dia perolehi dari orang bunian yang dia temui. Betul atau tidak saya pun takdapat mengesahkan tetapi bila dia nakbuat rumah baru, dia pindah anak beranak kekampong Berembang tempat dia mula berjumpa perkampongan orang bunian itu.Saya juga difahamkan dia meninggal kerana jatuh ketika memanjat pokok buahan diBerembang dan sekarang anaknya Muhamad mungkin tahu pulak jalan menuju kekampong orang bunian, mereka saja yang tahu.
Dr Aminudin (kisah perkampongan orang bunian pernah difilemkan, mungkin ada kebenarannya)
Monday, February 23, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Assalamuaikum..
kalau boleh saudara kumpulkan gambar-gambar lama berkaitan kampung relong.. tak pun buka ruangan yang mana gambar2 boleh dikirim kepada saudara..
Saya sangat suka untuk memuaturun gambar2 kajian kg relong dan lembah bama nama selalu terganggu.Sdr boleh emailkan kepada saya iaitu aminrelong@yahoo.com.my atau aminsgbatu@gmail.com. Pasti saya kan muaturun dlm blog kalau dapat.
Dr Aminudin
Post a Comment