Pembetulan ejaan nama adalah Harold Pinter (Pemenang Hadiah Nobel Tahun 2005) dan dipaparkan sebuah sajak beliau berjudul After Lunch untuk pembelajaran dan penelitian.
After Lunch
And afternoon the well-dressed creatures come
To sniff among the dead
And have their lunch
And all the many-dressed creature pluck
The swollen avocados from the dust
And stir the minestrone with stray bones
And after lunch
They loll and lounge about
Decating claret in convenient skulls
Harold Pinter, Sept.2002
Sumber: http://www.haroldpinter.org/
Saturday, February 28, 2009
Senarai Pemenang Hadiah Nobel Bagi Bidang Kesusasateran (Puisi)l
Saya senaraikan pemenang Hadiah Nobel Dalam bidang Kesusasteraan (Puisi) selepas saya dilahirkan (tahun 1955) untuk motivasi penulis puisi sekelian :-
1958- Boris Pesternak
1959-Salvatore Quasimodo
1971-Pablo Neruda
1980-Czeslaw Milosz
1986-Wolesoyinka
1987-Joseph Bro
1990-Octavio Paz
1991-Derek Walcott
1992-Seamus Heaney
1996-Wislawa Szymborska
2005-Harld Printer
Dr Aminudin (mengharapkan akan ada penulis Malaysia pula yang memperolehinya)

Slang Bebudak Sg.Batu,Relong II
Disini saya paparkan lagi slang atau perkataan-perkataan bebudak Sungaibatu yang biasa digunakan iaitu :-
1.Layor- meletak sesuatu subjek diatas api untuk memanaskannya atau mengeringkanya.Contoh ayat, Emak melayor mengkuang diatas api yang dihidupkan dengan kayu-kayu kering, Kakak Siti melayor daun pisang untuk dibuat pembungkus lepat pisang.
2.Berikan-menangkap ikan didalam gedong atau sungai.Contoh ayat, Ketua kampong kami membuat keputusan akan berikan disungai teris minggu depan, kami berikan sesama keluarga dalam gedung dihadapan rumah kami disungaibatu.
3.Gedong-payaluas atau tasik kecil semula jadi atau buatan.Contoh ayat, Gedong kami disungaibatu ,dikampong Relong memang dikenali sejak dahulu lagi, kami mandi digedong bersama kawan-kawan.
4.Padi kepit-padi yang tidak mempunyai isi, contoh ayat ,Emak menampi padi-padi tersebut untuk mengasingkan dari padi kepit, padi kepit biasanya dibuang saja.
5. Indek-sejenis alat yang dibuat untuk tujuan menumbuk padi, ia biasanya mengunakan kaki bagi membolehkan alunya jatuh dan menumbuk padi dalam lesungpadi.Contoh ayat, indek yang dulunya kami gunakan menumbuk padi tidaklagi kedapatan dihari ini dikampong kami.

Menyelami Sajak-Teo Wei Seng-Hentikan...Mersiknya Suarahati Part II
Sebelum kita melihat struktur sajak yang dicipta oleh sdr Teo, saya mendapati intipati kekecewaan beliau adalah kekejaman dan kezaliman zionis, ini dapati dihayati dalam rangkap-rangkap pertama hingga keempat,sementara rangkap-rangkap seterusnya adalah pengharapan beliau agar keamanan dapat dikecapi dengan kehendak Illahi.Berdasarkan pendekatan Teori Relevan dalam bidang komunikasi segala perkataan yang ingin kita sampaikan kepada audience hendaklah jelas dan nyata, iaitu bila puisi kita diterima dengan berkesan oleh audience kita ialah perkataan atau puisi yang bermanifestasi.Jadi prinsip asas teori ini ialah kognitif manusia berorentasikan relevan dan audience akan menumpukan maklumat yang relevan untuk dirinya.Kesan dari teori ini ialah adakah mencipta puisi dapat memenuhi pengharapan audiencenya.Kerelevanan sesuatu perkataan atau puisi yang disampaikan itu bergantung kepada kesan kognitif dan maklumat yang disampaikan oleh kita.Misalnya bagimana maklumat itu dipersembahkan dalam konteks ini, adakah ia jelas,difahami,dihayati dan sebagainya.Kini kita lihat pada rangkap puisi yang dicipta olehTeo yang terdapat kelainan dari puisi yang biasa kita jumpa iaitu misalnya 2 baris serangkap atau 4 baris serangkap.Baris bagi rangkap puisi Teo bari rangkap 1-4 ialah 4 baris,rangkap 5,6baris,rangkap 6,8baris,dan rangkap 7,12baris.Ini mengingatkan saya pada puisi Rusia yang popular dengan 4 baris bagi serangkap dan puisi peranchis yang mempunyai 5 baris keatas seperti 8,10,12,dan 14 bagi serangkap.
Style , teo menulis puisi dimana ia mengemari rima yang memungkinkan beliau mendeklamasikan sajaknya.Ini boleh kita hayati dalam rangkap-rangkap terakhir yang keseluruhan diakhiri oleh huruf i.Teo begitu gemar mengulangi perkatan-perkataan yang kita istilahkan sebagai Alliteration seperti tidak lagi kita dan hentikan. Ini diharap agar mendapat simpati dari audience beliau bila mendeklamasikan sajak tersebut.Namun sejauh mana perkataan yang beliau pilih untuk mendapat simpati audience hanya audience saja yang mendengar dapat membuat keputusan, saya sendiri kadang-kadang merasakan pengulangan akan mempunyai kesan yang mendalam kepada audience kerana akan membina mood dan emotional rapport.
Sekian dulu,jumpa Part III
Dr Aminudin

Mendaki dan DiPuncak Gua Bama
Pengkaji seperti Sdr Mohd Shafeea Leman,2001 ketika berada dipuncak Guabama menulis " bagi mereka yang meminati puncak-puncak tajam pelbagai bentuk, pendakian dipuncak Gua Bama pasti menakjubkan, dipuncak ini juga terdapat pelbagai bentuk lubang dan jurang dalam yang tidak siapa dapat menduganya".Kami yang pernah naik kepuncaknya tidak dapat menjelaskan betapa indahnya puncak GuaBama.Gambar saya paparkan bersama Abang Isa,Cikgu Suha, Salmah Salim dan saya (dibelakang sekali) berada dipuncak GuaBama.
Friday, February 27, 2009
Menyelami Sajak Teo Wei Seng-Henti...Mersiknya Suara Hati, Part I
Meneliti bolg saudara Teo yang memaparkan sajak-sajak beliau adalah mengembirakan saya, ini kerana setelah meneliti biodata beliau terdapat tiga persamaan latarbelakang diantara kami walaupun jarak usia diantara kami agak jauh.Penulisan karya sastera tidak mengenal usia,ia adalah cetusan ilham seseorang individu tanpa mengenal batas masa dan usia.Latarbelakang saudara Teo yang berasal dari pahang tentunya walaupun tidak dinyatakan dimana beliau lahir, ada sama dengan saya yang dilahirkan disungaibatu,kampong Relong,Kuala Lipis.Saudara Teo mendapat pendidikan diSMART yang tidak dinyatakan tahun bila.Saya pula pernah menuntut diSMART diTingkatan Enam tahun 1973-1974, dimana saya adalah Ketua Pengarang Majalah SMART pada tahun tersebut, juga Pengerusi Kelab Intract Antarabangsa SMART,Pengawas Sekolah SMART, pemain badminton dan bolasepak pasukan sekolah dan pelakun Drama Peringkat Kebangsaan (mewakili SMART)tahun berbenaan.Akhirnya Teo adalah lepasan UPM peringkat Ijazah Pertama, manakala saya pernah belajar diUPM peringkat Sarjana dalam bidang Pengembangan dan Komunikasi. Sekarang saya mengkhususkan dalam bidang komputer iaitu Knowledge Management dan komunikasi dalam bidang Content Analysis and Communication Audit.
Saya telah berberapa kali mencari dalam rak-rak buku kedai Hamed Bros untuk mencari Antologi saudara Teo dan menanyakan pada jurujual tetapi mereka tidak dapat membantu saya untuk membelinya.Namun saya gembira dapat melayari sajak saudara Teo berjudul Henti... Mersiknya Suara hati.Dari judul yang sedemikian pertama kita jarang menemukan tajuk yang terpapar ada titik kosong yang kemudian diikuti oleh perkataan lain bagi melengkapkan tajuknya itu.Mersik atau shrill (nyaring) Suara hati sesungguhnya gabungan perkataan yang indah iaitu Suara + hati .Maka tajuknya lebih indah kalau penulisnya dapat mengambarkan kezaliman Zionis.Selain dari itu adakah judul yang Teo ketengahkan ini dapat merumuskan apa yang beliau hendak sampaikan kepada audience beliau iaitu masyarakat umum tentang kekejaman zionis yang sebagaimana kita ketahui Zionis berasal dari perkataan zion yang merujuk kepada gunung zion yang berdekatan dengan Jerusalem, masa era King David istilah zion adalah merujuk kepada bandar Jerusalem dan Land of Israel.Pada tahun 1947 United Nations Special Commitee on Palestine memperakukan bahawa " western Palestine should partitioned in to a Jewish State and Arab State and UN-controlled Territory around Jerusalem".Partition pelan telah diluluskan oleh UN pada 29,november 1947 oleh Resolusi 181, untuk ini ungkapan dicengkam mereka bergelar zionis oleh saudara Teo dapat merumuskan dengan baik.
Sambungan padangan saya akan datang tentang sajak ini ialah mengenai struktur sajak tersebut,Tone,Pilihan perkataan, personification,metaphor dan simile (kalau ada),rhythm and metre, kesimpulan atau ulusan menyeluruh untuk sajak tersebut.
Jumpa lagi, Dr Aminudin

Macang(Mangifera foetida)
Pokok macang atau nama saintifiknya mangifera foetida, banyak terdapat dikampong Relong, ia boleh dikatakan ditanam dikebanyakan rumah.Rumah lama kami dekat guabama ada pokok macang yang berbagai jenis ditanam disempadan tanah Pakangah Man dan Akak Siti.Pokok macang yang kami miliki ada buahnya besar dan ada buahnya sederhana besar.Bila musim macang berbunga macam sekarang ni amat cantik kelihatan dari jauh ia berbalam merah hijau, dimana hijau mewakili daunya dan merah adalah bunganya.Buah macang yang muda ini telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada saya kerana getahny, masa bebudak bila buah macam dah mula nak berisi kami selalu pangkah untuk dimakan dengan kicap, masa bebudak makan buah macam muda pun sedap.jadi tidak diketahui yang getah macang memang mengakibatkan kita berkudih ataupun kalau kulit kita kebal ia boleh jadi macam melepuh.Oleh kerana kulit saya tidak begitu tahan ada sesekali tu ,saya terduduk atas getah macang muda, apalagi melepuh dan berkudis punggung dibuatnya.
Bila musim macang gugur kami akan mengutipnya untuk dijual murah dipekan sari dikampong kami, memang menjadi rebutan orang pekan sari bila melihat macang kami dan juga Pakngah Man yang dibawa oleh Jefri kerana buahnya besar-besar dan manis pula.Macang selain dimakan begitu saja ia juga boleh dibuat sambal yang enak dimakan dengan ulaman terutama pucuk-pucuk kayu seperti seraikayu,mengkudu,jambu golok dan lain-lain.Teras pokok macang berwarna perang muda atau perang kelabu muda,iranya berpintal dan berombak dan teksturnya pula sederhana kasar atau kasar.
Dr Aminudin (gembira kerana masih dapat mencari buah macang)

Thursday, February 26, 2009
Memori Alam Persekolahan III
Sebelum saya memasuki sekolah menengah rendah Padang Tengku, saya telah masuk beberapa bulan disekolah menengah rendah batu satu ,Kuala lipis yang bersebelahan sekolah kebangsaan wan Ibrahim.Biasalah masuk sekolah menengah masa itu dan ada orentasi yang agak ringan oleh senior.Saya cepat mesra malah berkawan dengan budak-budak senior walaupun baru.Saya duduk asrama berkawan dengan senior yang saya ingat seperti Wan Mahmud, Abang Ismail darus,Abang mat Panjang(Pekan),Anuar Panjang(Tempoyang) dan lain-lain. Cikgu pula masa itu Cikgu Mat (pekan),Cikgu Fatimah,Cikgu Baha (Telang).Saya pula sedarjah dengan Zakaria,Rosdi,Riduwan,Wan zubaidah,Jamilah,Long Jidin (Senator Orang Asli),Rosli (Tokbatin,Paya luas) dan lain-lain.Disekolah menengah lipis saya tidak banyak sangat kenangan kerana masa 2 atau 3 bulan sahaja, kerana selepas itu Pakcu Husin saya dan Pakcu Zakaria Derani telah memindahkan saya kePadang Tengku supaya senang memantau saya, maklumlah budak nakal dikampong kalau menurut Abang Omar yang juga seorang guru ketika itu sudah tentu melihat gelagat saya dikampong.Jadi kalau saya disekolah menengah yang diketua oleh Pakcu saya tentu saya segan atau mati akal.Tetapi sebenarnya perkara yang sebaliknya telah berlaku yang akan saya ceritakan pada memori persekolah yang berikutan.
DiSekolah Menengah Rendah batu satu,Lipis waktu petang atau masa bermain kami selalu merayau hingga bukit bius, sampai tangki air disitu.Satu peristiwa yang saya tidak lupakan ialah wan mahmud dan beberapa orang lain bersama kami berserempak dengan sekumpulan itek, apa lagi dia telah menangkap seekor dari itu , dan kemudian kami membawa itek tersebut keasrama dan setelah disembelih , wan mahmud dan kawan-kawannya membakar itek tersebut untuk dimakan.Mereka memperlawa saya makan, saya tidak mahu kerana saya memang taksuka daging itek, tetapi kalau telor itek saya memang mengemarinya.Selepas 2 atau 3 bulan permohonan pertukaran saya kesekolah menengah rendah Padang Tengku diluluskan dan saya dengan hati yang berat hati juga meninggalkan kawan-kawan saya seperti Abang mat panjang (Pekan) dan Abang Ismail Darus.Hingga hari ini saya masih berkawan dengan Abang Mat Panjang yang telah pencen dari Juruteknik JBA dan Ismail Datuk Darus pula seorang Ahli Perniagaan.

Wednesday, February 25, 2009
Slang Bebudak Sg.Batu, Relong
Saya memuji bolg yang menubuhkan databahasa untuk orang Pahang terutama disebelah Pahang Barat yang terdapat dalam himpunan blog Pahang.Usaha ini amat murni, namun begitu dari saya dapati bahawa slang orang sungaibatu direlong adalah agak berbeza terutama kami dizaman bebudak.Senarai tersebut saya akan kemaskini dari masa kesemasa berdasarkan blog -blog yang telah saya tulis.Saya juga akan memberi contoh-contoh ayat yang berkaitan dengan slang tersebut dan pengertiannya sekali.Saya ingin memberitahu perkataan atau slang kami ini tidak ada dalam kamus dewan Bahasa dan Pustaka, kalau adapun ia mungkin hampir-hampir makna atau maknanya mungkin amat berbeza sekali, namun begitu bagi yang maknanya yang betul-betul tepat dengan bahasa kamus saya akan nyatakan rujukannya.
Perkataan yang telah perkatakan dalam blog yang lepas ialah seperti :-
1.Reba bermakna pokok-pokok yang menjadi semak tepi rumah,gua, sekolah dan lain.Ayat contoh Guabama nampaknya sudah menjadi reba dibahagian hadapan pintu gua, Budak lelaki yang nakal disekolah kami telah memasuki reba tersebut mencari biji goli. Sila lihat Kamus Delta,1987 ,Reba bererti ditumbuhi pokok (filled timber)yang diselenggara oleh Prof Awang Sariyan seangkatan dengan saya diUKM)
2. Cengkelek bermakna tenggelam dalam air.Ayat contoh Nenek kata kami tidak boleh mandi dalam gedung itu takut cengkelek, Budak yang cengkelek itu adalah kawan kami.
3. Lior bermakna liar atau payah nak dapat.Ayat contoh Kerbau lior itu memang tiada berpunya (bertuan).
4.Calat bermakna dikhantan atau mengkhatankan. Ayat Aki Had kerjanya mencalat bebudak lelaki kampong kami.
5. Pelantar lelari bermakna bina sementara yang dibuat bagi menyumpurnakan kerja kawin.Ayat contoh Pelantar lelari dikampong kami dibuat secara gotong-royong, Jarang kedapatan masa sekarang orang membuat pelantar lelari dikampong kami lagi.
6.Wan bermakna nenek.Ayat contoh Wan menyuruh saya mengobek sirihnya, wan saya telah meninggal sudah lama.
Sekian dahulu dari Dr Aminudin

Lempeng Bunga Durian Serta Buah Getah .
Lempeng Bunga Durian, dan lempeng Sambal Buah getah,ubikayu,ubi kemili adalah makanan yang popular dimakan dizaman kominis, mengikut ayah saya.Walaubagaimana sekalipun emak ada juga jika kita membuatnya sekali sekala musim durian.Kami bebudak musim durian berbunga memang suka mengutip bunga-bunga durian yang gugur.Ruman lama kami dekat guabama ada juga beberapa pokok durian tetapi tidaklah sebanyak yang ada dekat ceruk membebek.Dekat rumah Pakencik Akob walau takbanyak pokok durian ,namun pokok durian yang sebatang dekat parit berbunga paling lebat lagipun rokoknya besar lagi rimbun.Kami bebudak pada hari tak bersekolah akan mengutip bunga-bunga durian ini diwaktu pagi, kami bukan main seronok mengutipnya kerana disamping itu airmadu dalam bebunga durian ini kami hisap macam kumbang menghisap madu ,begitu enak airmadu bunga-bunga durian ini.Bila kami kumpulkan bunga-bunga tadi kami kopek kelopak-kelopak bunga tadi dengan mengasingkannya dari bahagian bawah yang kami hirup madunya.Setelah banyak kami suruh emak atau akak milah mahupun Wan Kiah membuat lempeng.Biasanya kelopak-kelopak bunga akan ditubuk dan kemudian digaul dengan tepung gandum sebelum dijadikan lempeng.Lempeng ini dimakan dengan gula kabung atau air gula merah.Memang sedap.
Buah getah juga kalau musim buah getah kami akan mengutip dan selain dari buah getah itu kami akan mengambil kelopak (kulit) bagi buah getah itu dibuat kipas pusing yang kalau dihalakan kepada angin ia berpusing ligat.Buah getah juga jadikan bahan permain berlaga buah getah iaitu dengan mengambil dua biji buah getah kemudian cekak dalam tangan dan kepitkan untuk mengetahui mana yang lebih tahan, yang pecah dikira kalah.Buah getah yang dikutip tadi dipecahkan untuk mendapatkan isinya yang kemudian ditumbuk dan dicampur dengan berberapa ramuan lagi termasuk lada yang kemudian dimasak dijadikan macam lempeng sambal getah yang sukup enak dimakan dengan nasi.Diulu tembeling pula saya difahamkan mereka menjadikan buahgetah ini serbuk macam asamrom.
Semua makanan ini merupakan makanan yang enak, walaupun ia sebenarnya dimakan masa susah iaitu masa kominis.Kominis pernah menyerang kampong relong dan orang kampong telah berkubu disekolah rendah relong, masa itu Ayah dan pakatih Hassan jadi Homeguard dan mereka bersama orang-orang kampong mempertahankan kampong. Sebab itu masa saya bersekolah rendah relong masih ada lagi kubu tersebut disamping terdapat pokok saga disitu.
Dr Aminudin (berkhidmat diJabatan Keselamatan sehingga tahun 80an)

Skop Penulisan SBDR
Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih pada pembaca yang melewati blog saya SungaiBatuDeRelong.Namun begitu ada juga kekeliruan dikalangan pembaca sekelian dalam menikmati blog ini.Blog ini asalnya adalah bersifat akedemik atau ilmiah.Tetapi kurang sambutan dikalangan ahli akedemik saya mengubahnya dengan mengadunkan blog ini kepada kajian atau penyelidikan sejarah dan catatan peribadi (catperi) saya.Kekeliruan mungkin salah saya kerana tidak menyatakan atau menandakan penulisan itu kajian sejarah atau catperi.Kajian sejarah biasanya berdasarkan fakta sejarah baik dari sumber primary atau sumber secondary dan selalu diberikan sumbernya misal (Nik Safiah, 2008).
Manakala catatanperibadi (catperi) adalah luahan idea yang dicatat dalam blog ini yang ia merupakan luahan idea yang bercampurbaur perasaan saya seperti bergolak,gembiran,marah,terkilan,simpati,takdapat diceritakan,hampa, susahhati,terluka,takboleh buat apa dan lain-lain.Semua itu dalam minda saya dan ia bukan fakta sejarah.Catatanperibadi saya bukan fakta sejarah atau penyelidikan inilah yang perlu difahami oleh pembaca blog budiman.Saya gembira membaca buku Dr.Kassim Ahmad yang berjudul Mencari Jalan Pulang,2008 yang mana berliau berkata "...saya tidak boleh menghasilkan memoir segera, jangan terperanjat jika saya gagal menghasilkan memoir itu, kerena ia hanya wujud dalam khayalan saya ".Buku ini akan saya ulasan dalam blog akan datang dan kaitkan dengan perdebatkan kami dengan dia, masa kami bergiat dalam gerakan pelajar islam UKM dulu.
Sekian diharap anda yang budiman mengerti.
Dr Aminudin.

Tuesday, February 24, 2009
Penemuan HSR Sastera Melayu Klasik Tertua Orang Pahang Perlu Bangga
HSR(Hikayat Seri Rama) adalah rujukan utama saya bagi membuktikan sejarah Pahang lebih mendahulu Sejarah Melaka , disamping itu juga Hikayat seri Rama membuktikan bahawa kesusasteraan Melayu klasik bermula dari Lembah bama iaitu dikawasan guai sai yang terletak berhampiran dengan Sungai Jelai dan terletak diutara Kuala Lipis.Saya begitu tidak senang hati setelah Hugh Califford telah memusnah segala khazanah kesusasteraan orang Lembah bama disamping dia memburu juga pahlawan kita Dato bahaman dan juga Mat kilau, dia sungguh tidak perihatin terhadap kesusasteraan Melayu sedangkan dia menulis tentang kesusateraan Melayu dengan baik .Namun saya gembira juga bila W.Linehan mengatakan bahawa buku Sejarah Melayu yang dibawa keJohor pada tahun 1612 itu bukan datangnya dari GUA diIndia tetapi datangnya dari Gua Sai ,diLipis yang merupakan termasuk dalam parameter kajian saya Lembah Bama (Abu Hassan Sham, 2001).Ini bertepatan sekali dengan kata penghantar oleh W.G.Shellabear kepada naskah Hikayat Seri Rama yang diperolehi dari paderi Archbisop Laud dalam tahun 1633 yang saya telah menunjukkan bukti-bukti bahawa ia ditulis oleh penduduk Lembah bama, W.G.Shellabear menulis lanjut dengan tercatat seperti dibawah :-
"this manuscript was a acquired by Archbisop Laud in year 1633 , as stated in the footnote on page 1 of the text and therefore probably not less than three hunderd years old.The spelling of such a very old MS( probably the oldest malay book in existence)
Latarbelakang cerita HSR adalah zaman prasejarah dan zaman Allah Adam, saya membongkar lakarbelakang, geologi dan geografi serta aspek kebudayanya hikayat ini dan mendapat natijah ia memang dihasilkan oleh seorang pengarang dari lembah bama, jadi orang Pahang harus bangga dengan penemuan ini. Nampaknya pendapat Nik Safiah Karim yang mengatakan (2008) bahawa buku karya kesusasteraan Melayu kelasik yang pertama iaitu Aqaid al-Nasafi yang dikarang dalam bahasa Arab dengan terjemahan bahasa Melayu bolehlah kita canggah.

Monday, February 23, 2009
Abang Matamin Hilang
Abang Mat Amin bila berkahwin dengan Akak Midah membuat rumah mereka dalam kebun kami dekat rumah CikguBakar.Masa itu kami masih lagi tinggal dirumah lama dekat Guabama.Abang Matamin berani macam Abang Mat Mohd juga.Dia tidak takut siapa, dan dia rajin membuat sawah Pakandak bersebelahan sawah Wan Kiah.Abang Matamin ini setahu saya adalah adik beradik dengan Abang Kama dari Jerkoh. Kami ada juga pergi keJerkoh masa itu boleh dikatakan dalam keadaan belum diistiharkan bubar darurat lagi dipahang, kami pergi dengan hati yang gemuruh juga maklumlah jerkoh masih dikategorikan sebagai kawasan bukan putih-bersih.Masa itu kami sekelurga pergi kerana Akak Abang kama berkahwin.Pada kenduri kawin itu berlaku kekecohan dan sampai nak bergaduh, Abang Mat terpaksa mendokong saya maklum masih budak lagi untuk meninggalkan majlis itu.Saya tak berapa ingat sangat maklum bebudak.Lepas peristiwa itu kami sekampong gempar bukan main kerana Abang Matamin hilang.Puas orang kampong mencari disegenap kampong, akak Midah menanggis aje maklumlah sedih.Tok pawang Muhamad dari Bapong ada menengok-nengok dalam firasat dia, dia kata tak ape nanti Abang Matamin akan balik.Surau We pun ada buat sembahyang hajat.
Tiga hari kemudian betul Abang Matamin balik dengan kelihatan agak letih tetapi gembira.Kami kaum keluarga turut gembira dan membuat kenduri kesyukuran.Bila kami tanya dia menghilang kemana dia kata dia tak kemana hanya berjalan-jalan dalam kampong orang Bunian.Dia mula berjalan dari Relong ke Berembang kemudian ke Empangan jalih dan balik Bapong terus balik semula ke Relong, habis satu pusingan. Jadi kesimpulannya dia menemui perkampongan orang bunian bermula dari Kampong Berembang. Bila dia balik dia membawa balik bertih, beras kunyit, gula batu, garam bukit dan kain perca . Mengikut dia ini adalah hadiah yang dia perolehi dari orang bunian yang dia temui. Betul atau tidak saya pun takdapat mengesahkan tetapi bila dia nakbuat rumah baru, dia pindah anak beranak kekampong Berembang tempat dia mula berjumpa perkampongan orang bunian itu.Saya juga difahamkan dia meninggal kerana jatuh ketika memanjat pokok buahan diBerembang dan sekarang anaknya Muhamad mungkin tahu pulak jalan menuju kekampong orang bunian, mereka saja yang tahu.
Dr Aminudin (kisah perkampongan orang bunian pernah difilemkan, mungkin ada kebenarannya)

2Kawanku OKM
Hingga hari ini OKU atau OKM tetap menjadi sahabat saya yang karib.Manakala disekolah rendah Relong Senawi telah menunjukkan symptom yang sebagai orang yang ada gangguan minda dengan mengacau bebudak perempuan disekolah, tetapi bila dia masuk sekolah menengah mungkin telah berkurangan hinggakan dia boleh memperolehi perkerjaan diLipis.Watak yang kedua ialah Malik yang saya kenal sejak kecil.Dia suka bergaul dan bermain dengan saya ini terutama sekali dirumah orang kawin. Misalnya masa Akak Milah kawin dengan Abang Mat Skuter , Malik akan ditugaskan mengangkat atau mengandar air untuk kegunaan orang kawin sementara saya dengan Azhar menjual gula-gula, kuih bunga dan air dalam plastik yang biasanya perisa sirap atau oren.Kami juga menjual kacang dan kauci yang masa itu adalah kegemaran bebudak dan juga orang tua.Malik yang sudah tentu mendapat derma dari orang ramai yang biasanya diletak dalam besen untuknya akan menggunakan wang tersebut membeli kacang dan kuaci dari saya.Walaupun saya tahu Malik mempunyai masalah minda, kadang-kadang saya ikut dia sampai keulu relong masa itu bermain dengan Nuar Kadir dan anak-anak aki Mail iaitu Kama yang juga sekelas dengan saya.
Bila saya bertugas dalam Jabatan Keselamatan diKuantan saya dicari oleh Malik kerana kata dia teringkatkan saya.Kami selalu bertemu dan kalau dia perlukan wang saya akan beri.Tempat kami selalu bertemu masa tu dekat batu lima dekat Jabatan pertanian dan mengikut Malik
dia tinggal dengan adik dia Hamid yang berkerja dengan jabatan kerajaan diKuantan.Saya sudah lama tidak bertemu dengan dua kawan saya ini.Dimanakah mereka ,saya pun dah taktahu lagi.
Dr Aminudin (kecegasan minda terletak pada hati jiwa nuraini)

Sunday, February 22, 2009
Gobek
Hari ini kalau tanya anak-anak kita apa dia gobek.Mereka akan terpingga-pingga dan menjawap tidak tahu.Inilah zaman moden dengan teknologi canggih yang kita kejar-kejar untuk mencapai wawasan 2020 yang Tun Mahathir gagaskan dan diikuti oleh Paklah sebagai penerus wawasan tersebut.Warisan kita tinggal hanya dengan mengwartakan bangunan-bangunan diMelaka sampai kepuncak dunia.Warisan kita yang diamalkan oleh orang tua, tinggal dalam kenangan yang saya akan catatkan disini, sungguh sayu hati saya.Gobek adalah warisan kita yang digunakan oleh Wan saya dulu bagi dia memakan sirih untuk orang tua.Orang muda boleh makan sirih yang masih dijual dikedai mamak kerana ada gigi untuk mengunyahnya.Gobek biasa kami tempah dibengkel besi hasan titik dalam kampong kami.Gobek ini dibuat dari besi lebih kurang macam bedil buluh yang pernah saya ceritakan dulu.Ia ada badan gobek dan pelumat isi gobek.Pelumat ini disebelah hujungnya agak tajam macam pengali tanah.
Saya akan membantu wan mengobek sirihnya bila dia nak makan sireh,semua peralatan wan simpan dalam bakul kecil yang dibuat dari mengkuang ,wan akan isikan peralatan makan sireh dia, iaitu gobek, sireh,kapor,gambir dan pinang dalam bakul kecil tersebut.Semua itu wan akan pilih dan setelah dia menyelek pada daun sireh dengan kapor ,dia suruh masuk dalam gobek dan saya akan mengobeknya kira 15 minit sampai hancor, bila hancor gobek boleh dibuka pada bahagian bawahnya untuk dikeluarkan hasil gobekan itu dan memberi wan makan.Wan akan berborak dengan orang-orang yang datang sambil makan sireh yang saya gobekkan. Inilah kenangan dengan wan yang mana bila dia meninggal saya sedang menghadapi perperiksaan diSekolah Menengah Sultan Abdul Halim,Jitra.Ada penyelidik mengatakan tradisi memakan sireh mengakibatkan barah, tetapi saya berpendapat lebih baik makan sireh dari makan dadah yang banyak bebudak Melayu jadi rosak dan mati.
Dr Aminudin (minta Datok Muzahid kawan saya dah jadi KSU Kementerian Kesenian dan Warisan ... tengok hal tradisi Orang Melayu dapat dikekalkan atau disebar kegenerasi akan datang)

Abdu Hadi Tukang Urut
Dikampong kami direlong dan sekitarnya, malahan sampai keLipis semua orang tahu Abdu Hadi tukang urut dan memulihkan orang patah.Kami seperti kaki bola seperti Buhan Daud, Abang Nor dan saya sendiri kalau terseliuh atau terkehel akan berjumpa dengan tukang urut atau kami panggil dikampong bergosok dengan Abdu Hadilah. Saya sendiri kalau musim buah selalu duduk atas pokok sekali tu telah jatuh dari pokok manggis jadi terseliuh kaki, maka kenalah bergosok dengan Abdu Hadi.Dua kali gosok dan baik.Selain mengurut dia juga mengubati orang patah.banyak orang patah dari Hospital Lipis datang berubat dengan dia dan banyak yang baik.Hari ini nak cari bomoh patah memang susah, dulu selain dari dia saya dengar ada dijeram landak,Jerantut tapi sejak akhir-akhir ni dah tidak kedengaran lagi.Tukang urut ini mengikut ayah telah menunaikan haji bersama-sama ayah saya.Masa nak pergi haji ayah agak tidak sihat ,Abdu Hadi sihat bogar, bila sampai diMekah ayah jadi sihat amat ,manakala Abdu Hadi jadi taksihat maka ayahlah yang tolong dia disana masa mengerjakan haji.
Anak- Anak Abdu Hadi kebanyakan tidak mahu mewarisi kepakarannya, saya berpendapat zaman sekarang kerjaya berkaitan kesihatan ini amat baik, dimana-mana bandar sekarang tumbuh macam cendawan pusat kesihatan atau spa yang menjalankan kerja mengurut, diKuantan saya tengok penuh orang berurut kami dekat taman kerang depan masjid besar waktu pagi,malahan perempuan pulak tukang urutnya.Jadi anak dia seperti Mat Leper patut mewarisi kemahiran ini.Saya pun taktahu kenapa dia mendapat nama Mat Leper, setahu saya kalau tin digelek oleh tayar lori ia jadi leper.Mat Leper ini mempunyai skill bermain bola yang baik iaitu dia boleh mengambil tendangan sudut yang selalunya menghasilkan gol, mungkin tendangan yang macam meleper ini Matmendapat nama.Selain dari itu kaki dia boleh kembang bila menyepak bola atau menahan bola, inilah keistimewaan beliau.
Dr Aminudin (berurut diBeserah dengan Pakhin)

Saturday, February 21, 2009
CuMat Kancil
Catatan peribadi ( Catperi) saya tentang zaman kanak,remaja dan dewasa ini nampak mendapat riaksi yang baik dikalangan bekas atau penduduk relong ,jadi akan saya terus menulis catperi hingga yang keseratus bagi menjadi volume pertama.Insyallah akan saya kumpulan menjadi koleksi catperi sungaibatu derelong yang pertama.Saya menerima maklumbalas dari Kamil yang dia excited dengan cerita kampong ni .Nama dia saya panggil Kamil tetapi dikalangan pihak bank, mereka panggil Mohd Kamal.Dia ni anak CuMat yang juga cikgu saya masa disekolah rendah Relong dulu.CuMat adalah suami kepada Ciku Hawa yang merupakan dua sejoli yang mengajar kami.Rumah mereka tidak jauh dari Kedai Sood yang membeli getah kami dan orang kampong.Saya bila kesekolah akan lalu belakang rumah mereka ini, bila jalan PLB dah siap menuju kesekolah kami.Kami tidaklah lagi mengikut jalan dalam paya ke Bukit Berangan seperti yang saya ceritakan dahulu.Anak-anak CuMat yang saya pernah berkawan adalah Fauzi dan Kamil.Bila saya menjadi PTD dan bertugas diTemerloh saya berjumpa balik mereka ini.Fauzi masa tu sedang menguruskan sekolah swasta dan Kamil seorang pegawai bank Simpanan Nasional, kemudian Maybank dan akhir-akhir ni di Affinbank pulak.
CuMat Kancil mendapat nama kerana dia cerdik mengikut pendapat kawan-kawannya , dia minat dalam perniagaan dan saya mendapat tahu dia menjualkan tanahnya (rumah ) dekat rumah Hassan Rela sekarang kepada Pakangah Hashim untuk perniagaannya diJengka.Sekarang CuMat memilik tanah yang strategik dibandar pusat dengan restoran terapung dan hidupan ikan dalam kolamnya.Tanah ini memang strategik lagipun bandar pusat Jengka pesat membangun ada UITM,Hospital,komplek perniagaan dan lain-lain.Jadi jangkaan CuMat memang tepat, inilah yang membuat kawan-kawan dia mengelarnya CuMat kancil, memang tetap.
Dr Aminudin (melalui jalan bandar jengka pusat keJerantut baru ni, jalan dari bandar pusat pusat kesimpang Tekam Resort perlulah diupgradekan )

Radir Sistem Yang Unique
Kajian saya terhadap Lembah Bama ada membuktikan dan menonjolkan Sistem Radir yang mendahului zamannya iaitu zaman mendahului sejarah Melaka yang kita kenang dan wartakan sebagai warisan negara.Kita menghargai apa yang Melaka lakukan, tapi saya jadi terkilan dengan pucuk pimpinan kita tidak tergerak untuk menjadikan perkara yang sama terhadap artifak sejarah yang amat banyak diPahang terutama diLipis.Dulu saya masih ingat ada seorang dari Pahang jadi KSU diKementerian Kebudayaan dan Kesenian tidak ambil pusing tentang memetakan Pahang sebagai tapak warisan negara, saya dengar dia banyak terlibat dengan puisi dan lukisan sahaja.Takape kita lupakan saja dia lagipun dah pencen dan taktinggal diPahang lagi.Sistem Radir ini adalah sistem pengairan padi yang sistematik dan unik dikampong kami (RELONG).Ia akan membekalan air untuk sawah padi selepas pada ditanam.Sistem Radir ini unik kerana selain ia membekalkan air ia juga membolehkan kami mandi-manda, membasuh kain,air minuman dan ternakan ikan.
Saya masa kecil selalu keradir dekat rumah De Banun untuk bermain dan mandi yang terdiri dari Manan,Zahar,Samsudin dan lain-lain.Diradir ini ia semacam gedung juga tetapi airnya jarang keroh kerana asas binaan adalah dari batu-batu dan benteng yang kukuh, kami mandi dalam radir yang airnya sejok serta jernih.Sambil mandi kami berlawan menyelam lama dan kadangkadang melihat ikan-ikan yang hidup dalam radir itu.Saya memang minat ikan sebarau dan kaloi bila menyelam dalam radir ini.Air radir akan disalorkan kepaya atau sawah yang berdekatan melalui salor yang biasanya dibuat dari buluh-buluh besar dan kadang-kadang juga dibuat air pancor untuk budak-budak kecil untuk mandi, mereka tidak boleh mandi dalam radir takut cengkelek.
Sistem Radir mendalahului zamannya jadi bila sistem empangan dan perparitan oleh JPS diperkenalkan dekat Guabama ia telah fail (tak menjadi) kerana sistem yang dikatakan dibuat oleh jurutera JPS untuk membantu petani tetapi fail kerana mereka tidak mengkaji ciri-ciri geologi tempatan terlebih dahulu sebelum dibangunkan lagipun sistem aliran air dianggap macam menguruskan parit dibandar.
Dr Aminudin (memerhati banyak projek dibuat untuk kepentingan politik tanpa dikaji daya majunya)

Friday, February 20, 2009
Rumah Asap
Hari ini untuk melihat model rumah asap dikampong yang ada perkerjaan penoreh getah memang akan tak jumpa lagi.Dulu direlong ,rumah asap dibina dalam tanah arwah Pakbusu tepi paya jalan menuju tapak sekolah ugama menuju kebukit perupok.Disamping rumah asap ada juga tempat memesen getah keping.Saya dan ayah akan membawa getah susu yang telah diangkat dari kebun getah kami diTeha dekat rumah penghulu Wan Abdullah. Saya dan ayah akan bangun pagi biasanya lepas sembahyang subuh kami berjalan kaki kekebun kira-kira 3kilometer.Untuk menoreh kita perlukan pisau getah yang tajam supaya pokok getah tidak luka dan ini untuk menjamin banyak susu getah.Waktu pagi yang gelap untuk menoreh kami gunakan lampu kabait bagi menyuluhnya.Getah yang telah ditoreh akan kami tunggu dia habis tos dalam mangkok getah, sementara tunggu getah tos saya rihat dekat bangsal yang ayah buat, manakala ayah biasanya menebas semak yang ada dikebun itu.Ada juga ayah menanam pokok rotan manau ditanam dicelah pokok getah dimana dia dapat beneh dari jabatan pertanian.
Setelah getah habis tos kami akan mengangkatnya dan dimasuk kedalam baldi bila siap kami dan ayah membawa ketempat memesengetah dekat rumah asap.Disinilah kami membekukan getah yang dimasukan dalam takung getah dengan dicampur cuka getah.Cuka getah jangan dimakan kalau dimakan maut jadinya, macam peristiwa orang India diestet Selborn mati makan cuka getah, kerana ingatkan samsu.Getah yang telah beku kami akan meleceknya dengan tangan ,inilah yang paling menyeronokan saya dan ada trill, hari ini semua getah yang dipotong dibuat getah buku aje, dah tidak getah keping.Selepas dilecek kami akan memesen getah ini dengan mesen getah licin dulu kemudian baru getah itu digelek dengan mesen getah bunga.Lepas ini barulah getah tadi dijemor dan bila kering dibawa kerumah asap untuk disalai.Rumah asap ini mengunakan kayu api bagi mengasapi getah orang kampong.Bila siap diasap kami bolehlah jual kekedai Sood yang satu-satu pembeli getah dikampong kami, Sood sudah meninggal dia diwarisi oleh anaknya Aman (saya dengar dia aktif juga dalam politik, nak ikut jejak Pakangah Hashim kot).
Pantun 6 kerat buat para penoreh getah seperti berikut :
Rumah Asap dalam kenangan
Letaknya terletak dipaya pakya
Kelihatan indah dimata makwa
Jadi tumpuan orang sekelian
Penoreh juga tiada mendapat bantuan
Nelayan ramai ditempat pembangkang mendapatnya
Peneroka pula layanannya istemewa
Kuasa undi ditangan tuan

Thursday, February 19, 2009
Mengkuang
Kumpulan pokok mengkuang hidup hidup dengan subur dihujung tanjong sawah kami dekat guabama.Air dari gedong wan yang dilepaskan apabila nak berikan yang mengalir dan melepasi kumpulan pokok-pokok mengkuang ini sebelum mengalir masuk kesungai teris melalui sawah-sawah kami.Bila pengusaha kuari yang memacahkah batu granait pada guabama didisitu jalan kekuari itu hampir-hampir benar dengan kumpulan pokok-pokok mengkuang kami.Mengkuang ini ramai peminatnya untuk diambil bagi dijadikan bahan-bahan kegunaan harian.Mengkuang boleh dijadikan tikar yang dikenali sebagai tikar mengkuang yang cantik kalau diletak warna-warna yang pelbagai.Ia juga boleh dijadikan guni mengkuang untuk diisi pada atau beras, dijadikan bujang,dijadikan beg sekolah atau beg untuk kepasar.Selain dari itu ia boleh dijadikan perhiasian seperti bakul kecil,tempat mengisi pencil dan lain-lain.
Mengkuang perlu diproses sebelum menjadikan barang-barang siap seperti yang saya nyatakan seperti diatas tadi.Saya tahu ini kerana mengikut emak atau makandak atau akak nab mengambil mengkuang ini dan membantu mereka.Mengkuang ini emak ambil sebanayak yang dikehendaki dari perdunya secara berhati-hati kerana mengkuang ini berduri.Selepas itu ia akan dilayor diatas api untuk menambah dayatahan mengkuang.Masa melayor inilah saya kena mejaga api dan mencari kayu apinya.Selepas dilayor tadi mengkuang ini dibuang tulangbelakangnya dan digelek dengan mesen getah dan disikat dengan sejenis sikat yang berbesi untuk menjadikan helaian mengkunag yang kecil-kecil sebesar jari kelenkeng budak. Selepas itu barulah direndam dalam air semalaman .Kalau nak diwarnakan jalur-jalur mengkunag ini akan dimasukan dalam bekas yang mengikut warna masing-masing.Masa tu warna yang polpular adalah merah dan hijau.Jadi setelah diwarnakan dan dikeringkan barulah proses menganyam tikar dibuat oleh emak atau makandak atau akak nab.
Hari ini pusat kraftangan ada membuat demontrasi menganyam tikar dan lain-lain barangan dari tikar tetapi proses-proses yang saya nyatakan diatas tadi jarang diterangkan.Biarlah saya akhir hal mengukang ini dengan pantun berikut:-
Mengkuang layu ditepi pekan
Jalan menuju samapai kepengkalan
Pembangunan banyak Kerajaan laksanakan
Pahang juga banyak ketinggalan
Banyak mengkunag jenis mengkuang
Mengkunag pantai jadi piilihan
Banyak sudah pembangunan dinegeri pembangkang
Pahang kekal dengan Barisan
Dr Aminudin (pakai tikar mengkuang aje )

Musim Padi Menguning
Rumah lama kami dekat gua bama memang tepi sawah padi.bila padi sudah menguning nak masak kami bebudaklah kena menjalankan tugas masing-masing dikerahkan oleh ibu-bapa masing-masing membuat patung-patung dari baju lama dan kain buruk untuk menakutkan burung-burung yang memakan padi terutama sekali pipik dan ciak.Disampingitu kami juga disuruh memasang tin-ting kosong pada patung-patung itu bagi ditarik untuk menghalau beburung yang saya sebutkan tadi.Dekat sawah kami, sawah pakwe dan juga sawah Pakangah Man, jadi kalau dah bosan mengalau beburung kami iaiitu saya,Medagu, Jefri dan beberapa budak lain masuk dalam sawah menangkap ikan puyu dengan sauk atau pun pakai perangkap (serkap) yang dibuat dari buluh.Ikan puyu musim padi masak memang class kerana selain dari gemok sebab dia makan buah-buah padi yang menguning ia juga kelihatan cantik, macam kekuningan ,munkin faktor persekitaran alam ketika itu.Jadi bila banyak kami jual dipekan sari dan ia mendapat sambutan yang mengalakan kerana ikan puyu ini sedap dan manis kalau dibakar atau dibuat gulai tempoyak dengan keledek atau ubikemili.Malah ada satu ketika bebudak dari bapong yang datang menangkap ikan puyu dekat paya wan Kiah (isteri Pakencik akob) lekat ikan puyu dikerongkong kerana tabiat suka gigit ikan puyu yang ditangkap tanpa masuk dalam beledi atau bekas ikan apabila dapat ditangkap.
Bila musim menunai yang biasanya kami diRelong buat berderau menuai padi ini juga menyeronokan kerana bebudak macam kami disuruh mengutip padi yang dituai untuk dimasukan dalam bujang dan kemudian dihantar keatas pelantar tempat padi untuk diirik.Mengirit pada biasanya dilakukan pada waktu malam dengan memijak tangkai-tangkai padi itu atas pelantar dan padi yang terlerai itu jatuh kebawah rumah atau bawah pelantar.Masa menuai dan mengirik kami dapat makan makanan yang biasanya sedap -sedap disediakan oleh tuan rumah.Selepas padi diirik ia akan dianginkan atau ditampi untuk membuang padi yang hampa atau kami panggil kepit.Masa menganginkan padi emak biasa mengunakan niru dan menghalakan kepada angin.Masa ini jugalah paya telah mulai kering dan kami boleh bermain layang-layang dalam sawah disamping mengutip buah angsana (kami panggil buah layang-layang) yang boleh dimakan dimana rasanya lemak dan sedap.Hari ini saya dah tidak menemui lagi buah ini.Padi yang telah ditampi atau diangin akan disimpan dalam kepok setelah disukat untuk mengetahui berapa gantang banyaknya.Pada biasanya kami orang Sungai Batu memperolehi padi yang akan kena zakat dengan kata lain hasil padi menjadi.Lepas ini boleh lah ditumbuk atau diindek untuk makan beras baru.Beras baru sungguh sedap dan saya amat suka beras jenek yang harum dan wangi.
Dr Aminudin (nak cari balik benih beras jenek yang lebih baik dari beras wangi siam)

Sedih dan Gembira Bila Saudara-saudara Masuk FELDA
Masa awal pembangunan FELDA saya masih kecil tetapi sesudara saya yang menjadi kawan saya bermain dan berborak serta bercerita akhirnya ramai yang masuk rancangan FELDA bila telah berkawin.Misalnya Akak Milah yang berkawin dengan Abang Mat Sekutar yang duduk diceruk Membebek tempat kami mencari buahan manggis,rambuatan,langsat,durian dan lain dapat masuk tanah rancangan diJengka.Begitu juga abang Kama (Jerkoh) kawin dengan Mak Itam Coh, Abang Muhamad Leher Itek dengan Akak Miah (anak We Muhammad), Abang Tamam ,Abang Teh, Akak Munah dengan Abang Bedu Jawi dan ramai lagi.Malah Pakangah Man pun saya dengar dia pun dapat, tapi tak mahu pergi sebab dia suka tinggal dikampun aje.Jadi bila ramai mereka yang pergi masuk tanah rancangan saya pun sedih kehilangan mereka ini yang banyak menghibursaya semasa kecil.Tetapi mereka mahu meneruskan penghidupan yang lebih baik dari kampong yang mana kalau dikampong adalah tanah dua tiga ekar berbanding dengan FELDA kira-kira sepuluh ekar.Selepas mereka pergi tanah rancangan saya dihantar oleh ayah masuk asrama Sekolah Menengah Rendah Batu Satu ,Lipis sekejap kemudian masuk pula Sekolah Menengah Rendah Padang Tengku kerana bapa saudara jadi guru besarnya iaitu Pakcu Zakaria Derani.
Rindu pada mereka tidak hilang juga , jadi saya berpakat dengan Abang Amid dan Adik Zohari bila cuti sekolah kami melawat Akak Milah, Abang Muhd Leher Itek dan lain diJengka dan tidur dirumah mereka.Hari ini saya sungguh gembira melihat keadaan kehidupan mereka yang boleh dikatakan senang.Pada keseluruhan mereka mempunyai motor dan kereta dan anak-anak banyak yang dah masuk universiti.Malah Abang Mat Skuter,Abang Tamam dan lain-lain dah pun meninggal.Begitu juga Awang Zaladin pun masuk rancangan diJengka pun dah meninggal, AlFatihah buat mereka semua.
Dr Aminudin (merenung masa depan generasi kedua Felda-anak peneroka)

Wednesday, February 18, 2009
Bengkel Hassan Titik Memang Dekat Rumah Tukan Calat
Bila Nuar kadir beri maklumbalas tentang Tukan Calat bukan Aki Madon tetapi Aki Had ayah Dong.Saya agak confuse, tapi bila renong semula dalam komputer minda saya bahawa fakta tempat, suasana, dan persekitaran adalah betul hanya nama yang disini yang saya buat remedy iaitu Tukang Calat ialah Tokmudin Had.Aki Madon adalah digelar Lebai Madon yang mempunyai anak lelaki Sahak,Mail dan Ustaz Akob.Ada maklumbalas juga mengatakan nama anak Aki Madon ada bernama hassan.Setahu saya tiada tetapi yang ada ialah Mail,mungkinlah dia Cikgu Hassan yang dikatakan telah meninggal.DiRelong ada perbezaan nama yang jauh diantara nama dikampong dengan nama dikad pengenalan ,jadi ini membuat kita confuse.Tapi jangan risau kerana kalau kita nak cari dia diRelong sebut bapa dia atau rumah kat mana ,insyallah jumpa tapi kalau diKuala lumpur, hancur harapan kita.Misalnya Abang Main nama dikampong, nama dikad pengenalan Idris Hassan,begitu juga nama Pakeceh nama dikampong ,nama dalam kad pengenalan Idris Busu, manakala Samad cina namanya dikampong, manakala nama dikad pengenalan Samad bin Tiada (lagi berat !).
Berbalik pasal bengkel Hassan titik (tukang besi) dia juga adalah kawan saya masa kecil kerana seperti yang saya hurai dibeberapa catpen (catatan pendek) saya suka berkawan dengan siapa saja walaupun orang dewasa.Saya kebengkel Hassan titik adalah kerana membuat tempahan parang,pisau getah,cangkul, kacip wan dan lain-lain.Kalau saya datang kebengkel itu kerjanya membantu Hassan Titik meniup api bagi membakar bahan-bahan yang akan dititiknya atas potongan besi.Kalau tidak meniup saya turut membantu dia menyejok bahan yang dititik dengan merendam dalam air ,yang mana inilah amat menyeronokkan saya kerana saya dengar air yang berdecor bila kena besi panas.Hari ini bengkel Hassan Titik sudah tiada lagi dan saya difahamkan dia pun dah tiada.Anak dia menjadi kawan saya masa berkerja diJabatan Keselamatan diKuantan.Nama dia dikampong Jantan ,nama dalam kad pengenalan Rahman.Ini pun satu lagi nama yang berbeza dikampong dengan kad pengenalan.
Bagi anak Tukan Calat Dong memang saya kenal dan baik dengan dia kerana dia selalu buat gasing untuk saya.
Dr Aminudin (susah nak cari tukangbesi untuk dapatkan tahibesi-pohon bantuan)

Long Majid Dalam Kenangan
Siapa yang tidak kenal long Majid seorang pemandu yang peramah dan berhemah ketika membawa bas Mara diKuala Lipis.Seperti yang saya katakan dulu, masa kecil orang tua ke, muda ke adalah kawan saya.Begitu juga Long Majid, kami dimasa kecil sama-sama begurau dan berjalan.Kalau saya keLipis pergi tengok wayang atau mencari barang-barang keperluan persekolahan, pagi-pagi dah tunggu bas Mara untuk keLipis.Tunggu bas biasanya tepi jalan depan rumah Encik, ayah Long Majid.Bila bas datang kebiasaanya bas dah penuh maklumlah dari Padang Tengku nak sampai keSimpang Sungai Batu dah banyak kampong-kampong yang dilalui, penuhlah dia, lagipun kalau ari sabtu memang itu orang kampong keluar kebandar.Jadi bila Long nampak saya bas walau penuh ,dia akan berhenti mengambil saya.Bertenggek pun dekat pintu bas pun tak apa asalkan lepas keLipis.Sampai dilipis saya akan merayaplah dikedai mamak mencari komik kegemaran saya membeli komik beano atau dandy.Kalau tak ada komik melayu pun saya beli. Inilah kegemaran saya suka membaca komik, sampai hari komik tersebut saya masih membeli dan dirumah sekarang ini sudah membusut jantan komik tersebut, buku-buku lain dan majalah sekarang dah jadi sebuah perpustakaan ,saya buatkan dirumah .Selain dari itu menonton wayang hari sabtu bertiket murah terutama cerita cowboy dipanggong Lipis sebuah aje diLipis, Hari ini panggong Rex namanya kalau taksilap saya dah tiada lagi, tapaknya kat Kedai KFC sekarang.
Bila petang Long Majid selalu pastikan saya baik rumah, maklumlah dia ambil berat tentang saya lagipun dia amat hormat pada emaksaya (makcu dia, dalam keluarga emak saya dia seorang aje anak perempuan Aki Husin).Hari ni Long Majid dah tiada lagi, dia telah tinggal bersama Akak Tikah dibercang, saya masa kecil selalu juga kebercang dengan Abang Amid atau Adik Zohari mencari buah langsat dan tampoi yang banyak dalam kebun Long.Kini anak dia yang tua Ha yang agak aktif juga dalam politik, saya harap boleh jadi wakil rakyat, sebab tiada dikalangan keluarga kami yang jadi wakil rakyat.
Alfatihah buat Long Majid, saya terkenangkan dia s ebab bila saya kawin dialah yang bawa kereta dari Lipis hingga ke Kuantan.

Mengharap banjir DiKampong kami
Hari ini banjir adalah satu yang tidak kita ingini atau musibah kepada kita.Tahun lepas diPekan ,Pahang sekolah Paloh Inai banjir melanda hingga ketingkat dua sekolah, rumah penghulu abis tenggelam, begitu juga seluruh taman Isap, kuantan, ampoh beberapa tahun dahulu.Rumah dua pupu saya Sopi abis tengelam selepas buat ubahsuai berpuluh ribu disungai Isap ,hari ini saya dengar sistem penebat banjir yang dijanji berdegar-degar oleh vvip dah siap kebelum.Kalau hujan lebat lagi dan beberapa hari mereka dikawasan perumahan sungai Ishap hati duk dak-dukdak cemas.Tempat yang jarang banjir seperti kedah dan Pulau Pinang jadi banjir.Semasa saya bersekolah diSekolah Sultan Abdul halim tahun 1970an tak pernah dengar banjir.Rumah bapa angkat saya Cek nai dipadang dan baling takpernah banjirpun walau ada sungai agak besar dimana disitu kami mandi sama Mohamad dan zaid. Masa dulu bila musim bah kami sentiasa seronok maklumlah masa ini kami boleh menjala ikan dan memasang jaring kerana ikan naik lek.Bayangkan dekat rumah lama saya dekat gua bama boleh tangkap ikan lampang,pucuk pisang ,sebarau dan lain-lain bawah pokok manggis atau pokok biadara aje sebab air dah mulai ampoh dekat rumah kami.Ikan masa tu banyak pulak dan mempunyai telor.Ini memang kegemaran saya memakan telor ikan yang naik lek, memang sedap kalau bakar dengan garam dan dibungkus oleh daun pisang.Jadi lauk makan nasi telor ikan serta ikan goreng atau bakar.Kalau banyak emak atau wan buat ikan salai, lagi sedap buat gulai lemak.Emak atau wan tukang siang ikan saya pula tukang sediakan cucuknya yang dibuat dari buluh lemang yang banyak dalam kebun getah kami .
Selain seronok menangkap ikan naik lek kami begitu seronok tak pergi sekolah maklumlah jalan melalui batas dekat gedong bukit berangan ampoh.kami tak boleh pergi sekolah takut dilarikan air laju atau takut cengkelek (tenggelam dalam air).Jadi sebagai ganti tak sekolah kami tangkap ikan atau main rakit dalam gedong.Kami buat rakit dari buluh -buluh dalam kebun getah atau kalau kuat potong batang rembia.Saya masih ingat batang rembia yang ayah nak kasi makan itek kami buat rakit sampai Akak Milah yang dah besar panjang main rakit dengan kami masih bebudak .Musim bah memang sedap makan ,apa saja sedap ,ubi kayu bakar cecah gula kabong pun sedap begitu juga ubi kemili.Hari ni payah dah nak cari ubi kemili terutama yang warna ungun.Nasi pulut pun sedap masa banjir dimakan bersama ikan kering.Disamping itu masa banjir dulu rumah mana ada perabut mewah macam sekarang jadi apa nak takut, kalau ada tilam lembik dari kekabu atau set kursi rotan.Radio pun kecil pakai beteri , TV mana ada lagi jam tu maklumlah kami jauh dipendalaman.
Musim bah kalau yang rosak pun padi yang telah masak ,itupun jarang. Bah bukan lama dikampong kami hanya sehari dua sebab air cepat mengalir.Masa dulu tiada bantuan banjir masa sekarang yang Kerajaan ada jentera menghadapi banjir dan dapat bantuan beribu-ribu, dulu satub sen pun tiada tapi kami gembira dan bebudak mengharapkan biar banjir lagi tahun depan.

Tuesday, February 17, 2009
Memori alam persekolahan II
Sukan sekolah rendah Relong begitu meriah saya rasakan, macam pesta SUKMA sekarang, sebelum sukan murid-murid dah belatih waktu pagi dan petang.Kawan sebaya saya seperti Burhan Daud(dah meninggal),Adnan Kadir (sekarang pengetua dilipis),azhar budak bapong,wan gani (anak tok penghulu),zaiton(anak tokempat),miah (sepupu saya),zainon (anak polis) dan lain-lain semua hebat. Saya lebih banyak menumpukan bidang kegemaran saya lompat jauh atau lompat kijang.Saya amat suka ini kerana bila terjun jatuh atas pasir, kalau dari tepi sungai pula saya amat suka panjat pokok ara dekat rumah We Kadir dan terjun kesungai itu sampai kaki jejak kepasir atau tanah liat yang cantik.Selain kami bersedia dengan acara sukan kami juga bersedia membuat rumah sukan.Rumah kami diketuai oleh Cikgu Deraman yang banyak masa garang dari masa lembut dengan murid-murid, tapi dengan saya dia mati akal kerana budak nama minun ini memang nakal dan licik.Kami mencari pokok buluh, daun resam, daun paku dan daun pedor untuk membuat rumah sukan.Selain dari alatan kertas minyak dan kertas bunga yang disponsor oleh Cikgu Deraman dan malahan makgu Simah turut membantu kami buat rumah.Ini lah semangat guru dulu dan isterinya membantu alam persekolah kami tapi hari ini amat jauh sekali sikap guru-guru sekarang.Rumah yang siap akan diadili dan sebahgaian dari markah keseluruhan bagi piala rumah-rumah.Nama rumah yang saya ingat kami mengikut warna iaitu merah.Jadi kami hias rumah kami dengan bebunga kertas yang banyak tepi sekolah, inilah membuat rumah kami menang juara lagipun murid-murid yang jadi ahli rumah kami walau tak begitu kuat tapi semangat tinggi misalnya Burhan walau pendek dia lari macam kuda lajunya.Saya pula selain kuat terjun sungai bila petang nakbalik kerumah saya melompat batas-batas dalam paya dekat Bukit Berangan untuk menambah skill lompatan saya.Bagitu juga dengan Azhar budak bapong walau gagap bila berlari tak tekalah kita dibuatnya.
Bila hari sukan sebenar kami berbaris dengan bendera masing-masing dan makgu Simah siap dengan air oren atau sirap untuk kami yang berlari, cikgu Deraman mengarahkan murid bersedia untuk masuk padang dengan event masing-masing.Dekat petang bila sampai waktu menyampaikan hadiah biasanya datanglah ADO pejabat Daerah Lipis menyampaikan hadiah biasanya selalu datang ADO Lember (kenapa orang kata gitu hingga hari ini saya tidak menemui jawapannya.Kesimpulannya Rumah kami Merah yang juara, Cikgu Deraman tersenyum lebar kerana dia Guru rumah.Saya bila masuk asrama penuh diJenan (sultan Abdul halim ,jitra meneruskan kerjaya sebagai perlompat jauh dan main rugby,ini akan saya coretkan dalam episod akan datang)
Dr Aminudin (selain bersukan masuk juga aktiviti drama)

Mengutip Gondang, Siput babi dan Siput Sedut
Gondang,siput babi dan siput sedut adalah haiwan banyak terdapat dikampong Relong.Gondang banyak disekitar gedong-gedong dekat rumah lama kami sungai batu, paya wan kiah, paya We Muhammad dan lain-lain tempat.Siput babi pula akan banyak datang pada tempat kita buat tanam sayur dekat rumah macam ayah selalu tanam sayur mentimun,kacang,lada dan keledek.Manakala siput sedut ini banyak dapat dekat sungai teris atau radir-radir (sistem pengairan yang unik diRelong, dimana akan saya catatkan khas untuk tajuk ini, lagipun ada termasuk dalam kajian Lembah Bama).Semua haiwan yang saya sebut diatas tadi ada mendatangkan manafat pada kami dan juga masalah.Gondang ini akan menganggu kita bila nak menjala ikan dalam gedong kalau banyak sanggat.Maklumlah kalau sekali jala aje kena gondang berat jala nak angkat.Tetapi gondang ini mempunyai faedahnya untuk kami beri makan itek atau angsa supaya ia jadi sihat dan gemok.Ayah dan emak ada juga bela itek dan angsa jadi saya kena cari gondang dalam gedong-gedong untuk beri makan mereka dengan dicampurkan bersama rembia yang banyak ditanam didekat gedong wan.Itek dan angsa ni dagingnya saya tidak suka tapi menjadi kegemaran saya telurnya yang emak selalu buat gulai lemak bersama ikan kering salai yang kami buat sendiri.Begitu juga tel0r itek dan angsa ni boleh buat telor masin yang juga sedap dibuat lauk tambahan.Gondang yang saya tahu dari Akak Nab boleh buat ubat penyakit buwasir, ada kawan saya dekat hospital kuantan pun kata memang daging gondang mujarab sebagai ubat buwasir jadi belalah godang banyak-banyak macam sekarang orang bela lintah.Dulu kami benci lntah sekarang orang suka lintah kerana boleh menyedut darah kotor mereka.Jadi siapa yang berpenyakit buwasir baik makan daging gondang sebab saya pernah makan secara membakarnya dan rasa lebih sedap dari daging ayam kampong.
Siput babi memang takboleh makan, tapi kalau nak makan juga boleh cuba sebab kawan-kawan saya dibangkok semua binatang dimakannya.Siput babi ini mengutipnya ada trillnya sebab bila kita dapat aje, kita akan ambil dan hempas ketanah keras atau batu.Ini adalah salah satu cara kita nak lepaskan geram bila ada tension, maklum sajalah kalau dipejabat macam kuala lumpur atau Putrajaya banyak masalah pejabat kita hadapi jadi bolehlah cari siput babi dan hempaskan dia atas jalan dan pekiklah dengan kata-kata seperti pergi perjalan sama lu, hampuras,boleh belah dan lain (tapi jangan mencarut ya) tetapi masalahnya mana ada siput babi.Jawapannya ada sebab saya buat kebun dirumah kerjaan Putrajaya membolehkan saya menanam pisang,jambu,serai,betik dan lain-lain dirumah kami diPercint 8.Kamilah peneroka Putrajaya masa tu.
Akhirnya siput sedut ini adalah siput yang boleh dimakan .Ia boleh dibuat gulai lemak cili padi dan biasanya kami campurkan dengan labu atau keledek atau rebung.Jadi kalau makan kena sedut isinya, sedanpnya takterkata.Jadi sebab itu saya panggil siput sedut.Selain dari itu emak gunakan dia untuk dibuat kapor sirih dengan dibakar hingga lebor.Itulahdiantara tugas atau assignment yang saya kena buat masa kecil-kecil dulu.
Dr Aminudin (bercadang ternak gondang secara komersial)

Main Bedil dan Senapang Terong Mango
Mainan tradisional yang kami selalu main masa kecil adalah juga bedil buluh berpelurukan buah beberas dan cenerai.Sebelum bermain kami seperti Abang Amit,Jefri ,Lalmi, Me dan lain-lain akan mempamirkan kemahiran membuat bedil dan senapang.Saya ingat kami akan masuk kebelukar terutama dekat ceruk membebek yang mana banyak buluh padi yang cantik dan sesuai untuk kami buat bedil.Buluh lemang atau buluh betong takjadi nak buat bedil kalau bebudak sekarang nak buat.Buat lemang atau tapak bakar pelita bolehlah diguna buluh ini.Bila dapat, kami akan memotongnya dengan mengambil ketong yang panjang dan lurus.Manakala penjolok atau pengantak pula adalah buluh betong yang diracik macam lidi penyapu dan pasangkan alu atau kepala.Kemudian kita mencari peluru dari buah beberas ,cenerai atau kertas surat khabar yang ditumbuk dengan air.Bila bedil dan peluru dah ada kami membuat undian siapa yang jadi musuh atau ashkar.Selepas itu bermulalah peperangan diantara kami dalam kebun getah We Muhammmad dekat rumah Pakencik Akob.Permainan ini memang menyeronokan hingga taksedar kemakan atau minum.Bila dah letih baru cari air kelapa muda atau suruh Akak milah buat air tu sebab masa dia baru bertunang dengan abang Mat sekuter.Kena peluru buah cenerai atau beberas jangan main kadang-kadang berbintik-bintik badan tapi peluru kertas takape bunyi aje kuat tapi tak sakit.
Bagi permainan senapang terung mango pula yang pandai buat adalah Jefri anak abang Man.senapang dia poi amatlah cantik,maklumlah ayah dia ada senapang jadi dia dapat modal tiru macam senapang ayah dia sebijik.Senapang terong mango ni diikat dengan peluru pada pemetik oleh getah gelong yang boleh dibeli dikedai.Cara perang pun sama dengan bedil buluh tapi biasanya kami main dekat padang yang banyak terong mango seperti dekat balai raya lama dan dekat kelinik Kak Zohura.Bila letih dan harus pergi dekat kelinik minta air dari Kak Zohura maklumlah dia baik, lagipun kalau kami luka-luka kena resam atau terguling dari bukit dekat balai raya tu kami minta ubat luka dari dia.
Hari ini jarang saya tengok bebudak main bedil atau senapang terong mango lagi kerana mereka dah canggih-canggih main video game perang dan kena bayar hingga lupa belajar.Malah main meriam kebait atau mercun.Masa kami dulu merecun ada tapi mahal , lagipun duit payah bukan macam hari ini duit macam air makbapak kasi anak-anak.
Dr Aminudin (Teringat Kak Zohura, orang kata dia diJengka ?)

Kenangan Buat Badar dan Keluarga
Rumah Badar Anak Aki Mat tak jauh dari rumah We Kadir, jadi kalau kami puas bermain rumah dia kami sama rakan lain termasuk Nuar akan kerumah dia pula pergi mengerjakan buah mempelam atau nyor muda dan jalan menuju kesitu melalui batas-batas sawah tetapi hari ni dah ada jalan PLB.Pokok-pokok mempelam yang saya masih ingat hidup rimbun dekat batu besar depan rumah tersebut.Badar seorang yang berilham dan berijiwa seni yang mengasah bakat mengikut abangnya Abang Bedu seorang guru dan seorang pencipta sajak.Rumah Aki penuh dengan tampalan surat khabar dan juga guntingan surat khabar.Rumah ini pernah buat kenduri kawin abang Mat Angat dengan akak sabar dimana saya pernah berebut bantal dengan Nuar.Masa tu saya memang agak nakal malah abang Omar mengejek saya dengan gelaran minun hingga ari ni nama saya dikampong disebut minun saja.Abang Omar kata saya minun air, takapale kerana kita perlu minum air sekurangnya 8 botol sehari, baru sihat.Saya dengar abang Omar pun dah tidak begitu sihat mungkin kurang minun.
Berbalik pada Badar yang terkenal sebagai seorang pemuisi yang menjadi tokoh puisi peringkat kebangsaan pada tahun 84,86,88.Puisi beliau berjudul Pembebasan Perahu menang puisi peringkat sayembara deklamasi puisi peringkat kebangsaan tahun 1992.Badar menjadi wartawan Berita Harian diMuar dan kemudian diPulau Pinang. Saya kenal dia sejak kecil dan lagipun bersaudara, jadi bakat menulis seperti dia adalah sikit-sikit pada saya tapi saya tidak banyak menulis diakhbar-akhbar tetapi dijabatan kerajaan buat kertas MMK atau Kertas Kabinet zaman Tun Mahathir.Badar masa diKuantan dia aktif drama dalam kumpulan anak seni Inderapura dan juga DPMP. Masa tu saya diJabatan Keselamatan mengikut perkembangan beliau tak berani nak campur maklumlah pegawai PTD. Badar banyak menghasilkan puisi beratus buah malahan dia ada antologi Suara Anak Merdeka dan lain-lain.Dia juga ada tulis novel seperti mislia, wabak dan ayutia.Drama pun dia menulis iaitu Asar belum berakhir.
Akhirnya Badar terus saya kenang dan hadiahkan Alfatihah kerana dia telah pergi meninggal saya dan kaum keluarganya dahulu dari kami.Puisinya tentang Gua Bama juga turut meniup semangat saya untuk menjalankan kajian tentang Lembah Bama.
Dr Aminudin (minum intra untuk kesihatan)

Monday, February 16, 2009
Aki Had Tukan Calat
Rumah aki Had berada dekat rumah lama pakandak Dahan, jadi disinilah tempat kami bermain bersama Manan, Zahar,Samsudin ,Jantan dan beberapa budak lain.Selain memanjat pokok buahan yang banyak dekat rumah Pakandak kami juga membedal buah asam jawa yang terdapat dekat rumah Aki Had.Aki Had sebenarnya Tukang Calat atau dikenali juga Tokmudin.Dia ini memang ditakuti oleh bebudak yang nak kena calat biasanya sebelum naik sekolah menengah rendah.Saya masih ingat peristiwa tokmudin mencalat atau menkhatankan Abang Main dirumah Pakatih hassan.Memanglah masa dulu kalau seseorang budak nak kena calat diadakan kenduri.Bagi budak yang takkena calat memang happy tapi yang yang akan kena calat ada beberapa orang itu habis takut macam nak mati.Bagi Abang main saya dapati dia cool aje maklumlah anu dia tak ada masalah sebab orang kata kalau anu buta, adoi lagi parah.
Bagi bebudak nak kena calat hari itu, pagi-pagi lagi dah kena mandi dalam parit atau perigi yang dekat rumah Pakatih yang agak besar juga dan ada air yang mengalir dekat beberapa batu besar seingat saya.Disitulah bebudak dan Abang main berendam, setelah beberapa jam mereka naiklah kerumah untuk dicalat atas batang pisang.Mereka dicalat dengan pisau khas aki Had ang saya kira ditajamkan oleh Hassan Titik yang rumahnya pun dekat rumah pakandak juga.Jadi bagi bebudak yang belum dicalat bila mendengar rakannya yang menjerit tentulah takut malahan ada yang cuba lari.Setahu saya sebelum bebudak ini dicalat mereka telah dijampi oleh Tokmudin supaya tahan sakit seperti juga dibius kalau kita berkhatan dihospital. Selepas dicalat budak-budak dibaringkan dengan kain pelekat digantong disiling rumah atau pada dawai yang direntang tengah rumah.Lepas dicalat itu mereka akan tidak diberikan makanan yang berzat sangat hanya makan lauk ikan kering, kerana takut bentan.
Itulah pengalaman saya ingat bila Abang Main bercalat dengan kawan-kawan dia, saya telah berkhatan dihospital kerana masa itu Aki had telah berjalan jauh, mungkin rumah anaknya diJengka.Tapi saya masih baik dengan Aki Had kerana dia selalu berseloro dengan saya lagipun saya selalu berkawan dengan anaknya dong yang selalu membuatkan gasing untuk saya.

Pandangan diatas gua bama
Gua bama direlong menjadi kegemaran kami mendaki diwaktu hujung minggu dimasa dulu, kali terakhir saya mendaki dan sampai kemuncak ialah ketika saya ditahun akhir UKM, kami naik bersama abang Isa, Yah Salim dan Cikgu Suhaimi (Berchang).Masa dulu mendaki gua bama dilakukan oleh ramai budak sekolah terutama dari Kuala lipis ,mereka naik keatas dan menjerit dan melaung sekuat.hari yang biasanya mereka naik hari sabtu sebab ada pekan sari dekat balai raya lama Kg relong.Dulu keadaan gua bama cantik dan bersih.Masa kajian oleh jabatan geologi UKM saya nampak gambar yang dipaparkan pun bersih.Tetapi baru ni saya melawat ia amatlah mengecewakan saya dan dah naik reba.Jadi patutlah JKKK Kg Relong ambil inisaitif membersihkannya ,lagipun sayang ia sebagai tempat attraction pelancong dan pelawat.
Kalau kita naik kepuncak Gua Bama, alangkah indahnya pandangan yang mana kawasan sekitar Relong dan kampong lain seperti Bapong,Ulu Teris,Behrang,Berembang,dan Bercang nampak macam merelong ibarat mangkok nasi ,jadi inilah yang agaknya nama Relong tercipta iaitu merelong.Kita juga boleh nampak bandar lipis kalau cuaca elok.Sebelum naik kepuncak masa dulu mana ada track seperti kami naik bersama kawan-kawan yang disebut diatas.Dulu masa kecil kami naik dengan menyuruk-nyuruk bawah akar dan kena buat tali untuk melepasi lereng-lereng dan jurang sebelum kepuncak.Batu-batu dulu berlumut bukan macam kami naik berempat itu telah gondol dan senang dipanjat.Kalau dulu gua tempat pengantin bersanding cantik kini telah diconteng dan kotor pula oleh banyak sampah dibahagian lantainya.
Hari ini kenangan itu hampir pudar disebabkan bahagian tangga menaik ikut sebelah empangan dibuat oleh JPS pun semak, manakala dibahagian belakang telah naik semak oleh anak-anak kayu yang menutupi pintu gua.Begitu juga tempat dulu orang buat jagong telah naik belukar .Semua ini patut dikaji semula untuk memelihara khazanahnya.Kalau dulu kami sekelurga kena pindah akibat pecah batu buat kuari digua itu dan kini telah dihentikan apalah salahnya jadikan gua bama sebagai khazanah kita dengan memeliharanya secara gotong-royong membersihkan.

Kedai Sederet dekat Padang Sekolah Relong
Kedai sederet dekat padang sekolah Relong dulu cukup popular.Kami mendapat makanan ringan dan minuman airbatu kepal.Masa itu kedai yang ada ialah kedai beh sitih,aki subuh dan beh sitih.Kedai ini menjadi tumpuan kami bila ada tayangan wayang gambar free oleh jabatan penerangan dalam tiga bulan sekali ataupun pesta lawan bola sepak antara kampong seperti yang saya ceritakan sedikit sebanyak dalam memori masa sekolah.Saya ingat dekat kedai ini banyak pokok buah pauh dan pokok kerekok yang selalu menjadi habuan kami bila berbuah.Biasanya kami akan pangkah dengan kayu atau lestik (peluru batu lada) dan tempat beli kicap dan juga gula dari dikedai sederet inilah.
Bila perlawanan bola sepak antara kampong Relong,Behrang dan Bapong kami sudah tentu jadi penyokong yang kuat.Banyak pemain hari ini dari kampong Relong yang telah meninggal dunia macam Pakeheh,Abang Nasir, AbangTamam,Borhan dan lain.Penjaga gol Abang Nor masih hiduplagi begitu juga Yusof Matawi dan Yusof JPS.Bola sepak jadi lebih meriah kalau lawan estet selborn sebab berlaga keting hingga terbit api.Tapi bebudak relong ada pakai jampi juga tok pawang Muhamad dari Bapong.Bagi perlawanan bola peringkat Daerah Pula dulu Pakandak Dahan memang handal tapi bila jadi orang penting kenduri kendara dia dah kurang aktif.
Hari ini kedai sederet tepi padang dah tak jadi popular sebab ada kedai baru tepi jalan menuju kePadang Tengku lagi pun kebanyakan dah diconverted jadi rumah tok imam dan rumah emak Aman anak tokeh Sood.Saya juga ingat dekat kedai ini juga ada tempat sembeliah kerbau atau lembu yang jalannya menuju rumah Pakandak Dahan.Mulanya bila petang hari saya nak kesitu jadi takut kalau-kalau ada hantu sebab tempat lubang darah tetapi apabila saya tengok se orang kampong pergi kesitu merendamkan jala dalam lubang tempat sembelih tersebut saya dah tak takut lagi sebab bila saya tanya kenapa rendam dalam darah kerbau,dia jawap supaya tahan dan mujur dapat ikan, hingga hari ini saya ingat petua itu.Disamping itu saya juga teringat kedai sederet inilah juga tempat syarikat minyak afiat membuat pertunjukan silat mata dan menjual ubat disamping pesta bercerita rakyat dirumah Toukeh Sood yang memanggil orang bercerita seperti yang dibuat oleh Zakaria Hitam seorang sejarawan Pahang yang telah meninggal.Jadi dikampong Relong event ini sudah lama wujud tetapi tak ada orang hendak warwarkan.Lagipun kedai sederet ini hampir dengan rumah Tokempat Uda yang anaknya Kama,Zaiton,Abang Din dan lain-lain tinggal ia amat strategik tetapi hari ini sepi dan nampak sunyi.
Dr Aminudin (Nampak rumah guru tepi padang yang terbiar)

Sunday, February 15, 2009
Menjerat Pelanduk dan Landak Bersama Pakwe Idin
Memang banyak kenangan saya dengan Pakwe Idin berkaitan dengan menangkap haiwan liar.Pakwe Idin yang tinggal diKampong Keledek masa saya kecil adalah seorang bujang dan bila cuti sekolah saya pergi keKampong Keledek duduk dengan dia ataupun Rumah Aki Mohamad tepi pada sekolah Kampong Keledek.Rumah we dalam cerang (kini orang kata dusun buah) bila cerang telah ditumbuhi pokok-pokok.Dalam cerang Pakwe yang biasanya ditanam labu,mentimun tahun,pisang,keledek, jagong dan lain-lain.Kami tinggal dalam cerang itu menangkap pelandok dan landak yang datang kecerang untuk memakan tanaman kami.
Pelandok mudah ditangkap dengan menggunakan jerat pingkas atau jerat serungkup.Jerat pingkas kami buat dengan satu kayu yang boleh dilentur dan dipasang tali jerat yang dibuat satu pesawat ditanah yang boleh memingkas bila ditijak olah pelanduk.Sebelum itu kami akan membuat denai (lorong) dari reba (biasanya kayu-kayu dan daun-daun kering seperti resang atau pakupakis) yang menjadi pelandok mengikut denai itu dan akhirnya terjerbak dikawasan tali jerat yang dilitupi oleh daun kering atau ranting-ranting kayu.Perangkap serungkup pula dibuat oleh Pakwe dari kayu-kayu kelat dan diikat dengan akar-akar beluru merupakan serungkup yang dipasang pesawat kepadanya bila ditijak oleh pelanduk ia akan jatuh dan terkurunglah pelanduk dalam serungkup tersebut.Kedua jenis perangkap ini ada kelebihan dan keburukannya.Jerat pingkas akan menjadikan pelandok mati kalau lama tidak tengok sebab ia tergantung>manakala jerat serungkup membolehkan kita memperolehi pelandok yang hidup
dan ada kemungkinan terlepas masa nak menangkapnya.
Landak pula kami tangkap menggunakan sangkar besi macam sangkar tikus yang Pakwe tempah khas dari kedai cina diBukit Betong.Memasang perangkap landak memerlukan kita mahir mencari lubang-lubang landak dalam cerang kami.Pakwe tahu semua tempat dimana lubang landak.Jadi kami letak perangkap itu depan lubang dan berumpankan keledek,ubi kemili.keladi dan kadang-kadang labu.Jadi bila landak ini cuba makan umpan perngkap ini tertutup dan landak kami dapat.Pelandok dan landak memang dagingnya sedap dimakan tetapi kena buang ipoh dalam perut pelandok dan mempedu landak sebelum dimakan, kalau tak jadi taksedap.
Hingga hari ini saya terkenangkan Pakwe Idin, anaknya kawin saya takdapat pergi kerana taksihat tetapi ayah saya telah mewali hakimkannya.Al-Fatihan buat Pakwe
Dr Aminudin ( Dah lama takmakan daging Landak)

Teringat Bubur Lior,Kuih Kering dan Nuar Kadir
Bila saya mengwujudkan blog Sungaibatuderelong sebenarnya akan memuatkan hasil kajian saya tentang LembahBama yang termasuk didalamnya kampong saya(RELONG), namun setelah memikirkan blog ini kurang mendapat respons dari orang-orang Relong, saya bercadang untuk memuatkan catatan memori hidup saya.Ini adalah kerana hingga hari ini tiada orang relong berbuat demikian sebagai kenangan atau warisan generasi kita akan datang.Nuar Kadir ada menghantar Sms kepada saya tentang membuat catatan tentang bubur lior,kuih kering dan lain-lain.Jadi inilah coretan sedikit tentangnya.
Bubur lior biasanya kita buat dari tepong beras dan diwarnakan hijau yang biasanya diletak perisa pandan, ia lebih kurang macam bubur cendol sekarang,Ia dimakan dengan santan dan dimaniskan dengan gula merah dan lagi sedap ia dibubuh dengan gula kabung.Oh sedap bukan main kalau dah lapor.Tapi sayangnya dulu bubur lior ini disediakan bila ada orang meninggal dan diberi makan bila kerja mandi mayat , buat keranda dan berkapan telah dilaksanakan.Hari ini bubur lior tidak pratikal lagi sebab banyak yang bertentangan dengan syariat Islam , jadi apa yang penting bila orang meninggal kita kena sempurnakan mayat itu secepat mungkin dikebumikan.Sekarang saya lebih suka mengantikan bubur lior kalau rindu bubur ini pergi kedai mamak beli cendol campur kacang ,lagi best.
Kuih kering pula adalah juga kuih kegemaran saya masa kecil, ia dibuat dari tepong gandung dan dicampur santan untuk digaulkan, macam buat roti canai.Tapi yang istimewanya kuih kering dibuat sebelum orang kawin katakan dua tiga hari lagi, orang nak kawin >Jadi malam itu kita sama-sama bawa tepong kerumah orang kawin buat sama-sama.Saya masih ingat akak nuar kawin dengan abang mat pulai buat kuih kering.Saya selalu kerumah Nuar sebab dia dekat Masjid kampong relong lagipun kami bersaudara dan abang dia sekelas dengan saya iaitu Cikgu Nan.Kesukaan saya kerumah We kadir ni ialah rumah dia tepi sungai teris dan bila kami letih bermain dan makan buah manggis dan jambu kami akan terjun sungai dekat rumah itu mandi lama-lama hingga mata merah lagipun ada kedai dekat rumah tu iaitu Samad cina juga selalu buat kelakar (hari ini saya dah tak tahu dia dimana).Jadi pesta buat kuih kering selalu berakhir dengan perang tepong.Nuarlah yang paling kuat baling dan kami selalu terkenang hal ini.Abang Mat juga walaupun tua dari kami kuat baling tepong, mungkin nak takle Kak yah yang tak jauh dari rumah We Kadir.
Akhirnya Nuar Kadir memang saudara saya dunia akhirat kami selalu berhubung dan dia masih macam dulu style dia... kami gelar dia Nuar ....mungkin dia banyak minum air embun dari daun keladi jadi dah hilang .
Dr Aminudin (sukar minum cendol jalan beserah dan kuih kerepek bawang Ainon)

Mandi Sampat
Peristiwa mandi sampat adalah pesta setelah orang kawin hendak berakhir iaitu selepas hari pertama perkahwinan,dikampong Relong atau Behrang hari mandi sampat ini berlaku pada hari orang ingin memulangkan pinggan mangkok.Peristiwa yang saya ingat pesta ini ialah pada kenduri kawin Pakandak Koraini dengan Akak Munah diKampong Behrang.Rumah tuan rumah iaitu Aki Ibrahim iaitu bapa saudara kepada ayah saya (Abdul Karim).Mengikut ayah Aki Berahimlah yang menyuruh dia belajar memondok diPasir Mas, Kelantan bersama Tok Imam masjid Relong iaitu Ustaz Muhammad Mandak (anak kepada Tok Minduk).Walaupun Aki Berahim adalah paksaudara ayah saya dapati anak-anaknya tidak begitu mesra dengan ayah maklumlah mereka kebanyakannya makan gaji dengan kerjaan sedangkan ayah orang kampong biasa.
Pesta mandi sampat ini berlaku bila sesorang memulakan dengan mengambil air sebeldi ke atau setempurung atau sebesen dan menyirami orang lain.Maka budak-budak masa itu termasuk saya mulalah mencari sasarannya.Bila bertempur air dengan air habis basah lecurlah .Mana yang latah kami bergitu terhibur dengan telatah mereka bila disirami air.Malahan peristiwa kejar mengejar turut berlaku bagi menyimbah diantara satu dengan lain.Kini pesta mandi sampat ini tinggal kenangan saja lagi, bagi saya yang basah lecur dalam peristiwa itu terus aje terjun dalam gedung aki dekat rumah tersebut, lagipun inilah kegemaran saya kalau datang kerumah aki terutama musim buah dan berborak dengan Dalilah anak aki yang sedarjah dengan saya.Baru ini saya mendapat tahu Delilah telah kembali ke Ramatullah.Al Fatihan buat Aki Berahim dan Wan, Pakandak Koraini dan Delilah.

Peranan Toksendok Dah Hilang
Dalam majlis perkahwinan dikampong kami (Relong) masa dahulu peranan Toksendok adalah besar terutama sebagai penyelaras hidangan masjis makan kenduri kawin.Tok sendokk atau Tukang Sendok mendapat gelarannya kerana dalam masa majlis makan kenduri kawin dia sentiasa memegang sendok gulai yang dibuat dari tempurung kelapa dan pemegangnya dari sebatang kayu yang lazimnya kayu kemuning.Seingat saya Toksendok yang popular ialah Aki Mandak dan Aki Deris.Aki mandak ini memainkan peranan penentuan gulai,nasi,kuih dan air dapat dihidangkan kepada tetamu yang datang pada hari jamuan perkahwinan dengan cukup.Gulai biasanya ada dua jenis iaitu gulai untuk budak dan untuk orang tua.Biasanya gulai ayam dan daging yang dibuat untuk budak-budak makan tidak pedas dan orang dewasa ada pedas dan ada sambal.Biasanya lauk dihidang dengan nasi adalah gulai kawah daging dan masakan gulai ayam serta acar mentimun dan nenas disamping sambal berulam petai atau mentimun.Kadang-kadang ada juga gulai ikan bersama mentimun tahun.Manakala kuih yang tidak ketinggalan dibuat orang kawin, kampong kami ialah kuih kering,nasi manis dan bahulu.Minuman pula biasanya air sirap,air limau atau teh o kosong.
Sekiranya nasi tidak cukup maka Tok sendoklah akan mengarahkan orang bertanak.Kalau gulai tak cukup ini yang payahnya jadi Tok sendoklah mengawal pemberian lauk kepada penyedia hidangan dan pembawa hidang.Biasanya yang membawa hidangan kamilah budak-budak muda dan orang yang telah ditentukan oleh ketua penyelaras kawin iaitu biasanya Pak andak Dahan. Kami bebudak yang baik dengan Tok sendok selalu dapat makan lauk lebih malahan pada sebelah malam pertama hari perkahwinan itu dijamu oleh tuan rumah makan sup kepala kerbau atau lembu yang disembelih sebelah siangnya. Hari ini peranan seumpama Tok Sendok sudah tiada lagi akibat banyak rumah orang kawin dimana -mana sekarang yang membuat secara panggil caterer . Kedua aki yang saya sebut sudah tiada lagi.Ini adalah dedikasi buat mereka yang amat mesra pada saya.

Saturday, February 14, 2009
Berikan (Menangkap) DiGedong Wan dan Sg.Teris
Sekarang ni suasana berikan atau menangkap ikan untuk kenduri kendara atau kerja kawin tiada lagi dibuat oleh orang kampong Relong,Bapong atau Ulu Teris.Suasana ini cukup mengembirakan dengan hirukpekik orang kampong, malah kamilah budak-budak yang paling girang sekali.Suasana berikan digedong wan biasanya terjadi bila saudaramara kami nak kawin misalnya anak Pakandak Dahan Ainon kawin dengan salihin dulu. Jadi kami rumah dekat gedong wan pakanda minta buka gedong.Pintu gedong itu saya masih ingat dekat mesin pecah batu dekat rumah abang din miah.Sehari sebelum berikan gedung telah dibuka ,jadi keesokan harinya ramailah saudaramara datang malah boleh dikatakan seluruh penduduk relong datang untuk berikan.Mereka membawa jala,jaring,sauk ,lukah dan lain-lain alat kelengkapan menangkap ikan.Lebih kurang pikul 9.00pagi kami dah mula turun kedalam gedong wan dimana air ketika itu jadi tinggal kira sesuku bahagian gedong.Apalagi bersoraklah orang kampong mengempur ikan-ikan dalam gedong itu.
Seingat saya memang banyak ikan dalam gedong wan, dan ini memang terkenal diRelong, ikan akan melompat-lompat takut kejaring dan juga jala.Mana yang latah tu akan menjerit benda-benda yang terkeluar dari mulut mereka.Ikan yang biasa ditangkap dalam gedung wan ialah toman,puyu,sepat,lampang,ikan malas mandi,sebarau,pucuk pisang ,badau dan lain-lain.Ikan ini nanti akan digoreng atau digulai dengan mentimun tahun masa kenduri kawin pada esoknya atau buat lauk untuk orang yang membantu menjalankan kerja kawin tersebut atau untuk orang membuat pelantar lelari seperti yang pernah saya ceritakan.Bagi yang datang berikan itu akan diagihkan mengikut hasil tangkapan bagi dibawa pulang untuk buat lauk seisi kelurga.
Bagi musim kemarau yang biasanya musim getah luruh sekarang biasanya sungai teris akan mengalami keadaan digelar tohor oleh kami disini, atau dengan kata lain ia telah cetek.Jadi ketua Kg Relong,Bapong dan Ulu Teris berpakat untuk berikan disungai ini.Biasanya kawasan berikan ialah sekitar gua bama,Jadi bila ditentukan tarikh ketiga-tiga penduduk kampong ini datanglah berikan disungai teris ini.Ianya lebih kurang sama juga suasana dengan berikan dalam gedong wan tetapi dalam hal hasil yang diperolehi berikan diSungai Teris ini diambil orang yang datang bukanya kepada orang yang hendak buat kenduri.Tetapi hari ini ada juga tempat diTemerloh menjalan program berikan ini tapi telah bersifat komersial iaitu sesiapa yang yang hendak berikan kena bayar mengikut peralatan yang dibawa.Dikampong kami dah tiada lagi pesta berikan tetapi adalah macam wan kiah dan Abang nor buat kolam sendiri untuk perlihara ikan, saya pun didekat rumah dikuantan buat satu kolam ikan untuk mengimbau kembali peristiwa yang saya nyatakan diatas.
Dr Aminudin (sedih bila ikan mati musim panas ni)

Memori Alam Persekolahan I
Saya mula bersekolah sekitar tahun 1960an diSekolah Kebangsaan Relong yang mana ketika itu belum ada infrastruktur yang mencukupi.Kami budak-budak Sg batu,bapong,ulu teris dan berang berjalan kaki kesekolah.Dari sungai batu kesekolah kira-kira 2 kilometer,budak bapong dan ulu teris saya kira lebih 4 kilometer.Kami bangun pagi-pagi lagi untuk kesekolah dan cuaca pagi sungguh sejuk hingga mencucuk tulang setelah mandi dari air gedung wan dekat rumah.Lepas sedikit sarapan biasanya air teh kosong dan nasi pulut atau biskut marry kami berjalan kesekolah melalui kebun getah bersama Abang Amid, Miah,Abang Dollah,Dijah,Midagu,dan anak abang man berjalan membawa lampu picit ataupun api yang dibakar dari daun nyor (dikedah disebut jamong) meredah kebun getah yang tidak dijagai atau diterang dengan baik menuju kebukit berangan dimana disitu ada sekolah agama yang saya pernah catatkan dalam bolg ini.Melalui celah-celah pokok rembia dekat gedong bukit berangan ini kami melalui batas-batas sawah untuk kebukit berangan, jadi bayangkanlah melalui becak dan batas-batas sawah sudah tentu tiada kasut yang cantik lagi apabila sampai kesekolah.Budak dari bapong dan ulu teris lebih suka berkaki ayam kesekolah memandangkan keadaan jalan kesekolah itu.
Dari bukit berangan kami melalui kedai Sood barulah sampai kesekolah.Sekolah kami boleh dikatakan strategik kerana diterletak atas bukit yang tidaklah tinggi dan disebelah depannya ada padang bola tempat kami bermain dan kadang-kadang tiga empat bulan sekali ada wayang ditayangkan oleh Jabatan Penerangan secara percuma.Tengok wayang Jabatan Penerangan waktu itu cukup menyeronokan, bukan macam sekarang ada panggong dan televisyen.Televisyen belum sampai kekampong kami ketika itu lagipun letrik tiada jadi kalau adapun orang kaya macam Toukeh Sood saja ada tV kerana dia beli generator.Sekolah rendah Relong diantara kawan saya yang berjaya masa ini ialah Cigu Adnan Kadir sekarang Pengetua Sekolah DiLipis,Abang Amid sekarang Pengarah JPJ Sarawak,Wan Gani sekarang Pensyarah MSM,Zaiton sekarang Pegawai Kebajikan Masyarakat,Abang Dollah sekarang Penguasa Kastam.Ada juga kawan saya masa sekolah yang telah meninggal seperti Raman,Borhan Daud dan beberapa lagi.
Diantara guru kami yang masih saya ingat ialah Cikgu Hawa,Cu Mat,Cikgu Dollah,Cikgu Daraman dan Cikgu Nik, yang masih saya ingat hingga hari ini Cikgu Nik yang banyak memberi peluang saya membaca buku-buku dia terutama komik beano dan hingga hari ini saya masih membeli komik tersebut kerana saya suka watak-watak dalam komik tersebut.Disekolah ini juga kami bermain bola dan badminton yang kalau musim bola ramailah orang yang datang menonton dari behrang dan bapong malah ada perlawan dengan estet selborn selalu menjadi meriah kerana berentak keting dengan pemain india yang kami kata terbit api bila berempok.Hari ini suasana dan tidak semeriah lagi disebabkan orang kampong lebih suka menonton Tv dan banyak program masing-masing.

Friday, February 13, 2009
Kemahiran Ayah Membuat Tuai dan Lukah
Kami sebagai kelurga tani tentu mempunyai kemahiran yang tertentu, namun tidak banyak yang saya warisi.Ayah memang berminat dalam bertani, habis kawasan lapang dibuat kebun dikampong.Kalau dia datang keKuantan rumah kami habis ditebasnya rumput-rumput dan mana ada kawasan lapang ditanamnya sayur.Namun kemahiran dia juga adalah membuat tuai padi untuk digunakan semasa menuai.Sayang sekarang paya kami diRelong tidak lagi jadi sawah tapi dah terbiar kerana semua orang dah tak tanampadi.Orang Bapong dan Ulu Teris masih buat padi,Ayah pandai membuat tuai iaitu dari pokok bernama pulai.Pokok ini memang banyak dulu dicerok membebek dekat kampong Behrang atau dekat gua bamapun ada.Ayah akan mengambil dahan yang cantik pokok pulai itu bagi dibersihkan dan kemudian dilarik menjadi kayu macam pencel untuk dijadikan batang tuai. Setelah itu dia akan melarik bahagian lain pula untuk dijadikan papan sebesar tapak tangan budak kecil untuk dijadikan badan tuai bagi diletak mata pisau cukur sebagai pengetam tangkai padi.Bila siap ukiran dibuat mengikut kehendak dia pada papan atau badan tuai itu.Hari ini bila saya suruh dia buat tuai bagi koleksi saya dia kata tidak minat lagi kerana dia kini sedang menyiapkan salasilah Keturunan Tok Lingginya.
Begitu juga dengan membuat lukah, dia akan mengambil batang-batang pedor dari kebun getah kami diBukit Perupuk .Batang ini akan dibersihkan daunnya dan dibuang empulor dia untuk diambil kulitnya saja yang jadi macam lidi penyapu.Jadi ayah akan anyam dia menjadi lukah bagi kami pasang dalam paya untuk dapat ikan haruan atau toman atau puyu mahupun sembilang.Lukah ini dianyam dengan diikat dengan tali rotan seni bagi tahan dan kata ayah ia mujur (bererti bertuah) dan senang masuk ikan.Hari ini lukah boleh dilihat dipusat kraftangan orang asli gombak kalau kita mahu mengenalinya.Selain lukah pokok pedor boleh juga jadi joran kail atau buat sangkar burung.

Saya terkilan kita tidak Membuat Pelantar Lelari bila Kenduri Kawin
Seingat saya ,apabila adik saya Aida kawin ,inilah kali terakhir orang kampong Relong membuat pelantar lelari iaitu sekitar tahun 1998.Pelantar lelari dibuat dikampong apabila untuk upacara kenduri kawin dikampong kami.Membuat pelantar lelari menjadi tradisi orang kampong kami bila untuk kenduri kawin.Sekarang semua sewa pakai khemah atau atap zin yang ditempah dari JKKK atau majlis Daerah.Pesta membuat pelantar lelari dikampong dulu cukup meriah dimana ketua penyelaras dikampong kami biasanya Pakandak Dahanlah.Sebelum dibuat pelantar lelari suatu mesyuarat diadakan untuk memutuskan kerja, dimana mereka akan dibahagi kerja mercari atap,tiang,kayu,menyediakan makanan dan lain-lain.Pelantar lelari akan dibuat itu akan menjadi sebahagian dari rumah bagi digunakan utuk kerja memasak dan tempat orang ramai menjamu selera bila hari kawin.Kerja membuat pelantar lelari dikampong biasanya dimulai disebelah pagi dengan orang ramai mencari kayu,buluh,tiang dan atap sekitar bukit peninjau dan ulu teris dan bapong.
Sebelum pergi kehutan mereka dijamu dengan minuman dan kuih seperti kuih kering,nasi pulut yang biasanya kami makan dengan ikan puyu kering atau sepat kering dan juga kuih bahulu atau nasi manis (dibuat dari pulut).Setelah itu kami kehutan mencari bahan-bahan yang saya sebutkan itu.Daun atap yang biasa kami ambil ialah atap pedo yang boleh dibuat atap dan juga joran kail dan sangkar burung.Manakala lantai biasanya kami ambil buluh atau batang pokok pokok kelat atau kemuning.Pengikatnya pula kami ambil rotan manau atau rotan seni dan kalau kami terjumpa pokok bayas kami ambil umbutnya dan bawa balik untuk buat lauk bagi hari kenduri kawin nanti.Bila sudah dapat itu semua kami balik kerumah orang kawin itu untuk menyiapkan pelantar lelari.Biasanya bila dah sampai waktu dah tengah hari jadi sampai dirumah dan boleh makan nasi yang biasanya berlaukan mentimun tahun dengan ikan toman serta berulam petai dan jering, juga kadang-kadang ada gulai ayam kampong, poi makan amat selera sekali lagipun makan beramai dan letihpula.Setelah makan dan sembahyang kami mula membuat pelantar lelari itu yang memakan masa sehingga zohor barulah siap.Jadi hari ini sudah tak ada orang kawin buat pelantar lelari tetapi semua sewa, inilah menjadi saya terkilan kerana semangat gotongroyong kita telah musnah dan gelak ketawa tiada alagi.Juga peranan tok minduk (Penyelaras gulai) telah hilang.Saya cuba ceritakan peranan tok minduk pada keluaran akan datang.Bagi mereka yang ada gambar pelantar lelari bila musim kawin sila beritahu saya kerana nak masuk dalam buku kajian saya.

Thursday, February 12, 2009
Buah Kampong dan Hutan Saya Idamkan
Semasa dulu kalau musim buah dikampong Relong dan sekitarnya,buahan akan berlambakan dan tidak habis untuk dimakan, namun begitu buahan yang tidak bermusim boleh didapati dipekan sari dekat balairaya lama iaitu sempadan dengan Kg Bapong.Musim buah kami lepas sekolah jarang ada dirumah kerana ada atas pokok buah.Kerja sekolah jarang dibuat dan sebagai sogokan pada cikgu kami bawa buah banyak-banyak dan berikan pada mereka, jadi tak kena marahlah.Cikgu Hawa selalu sengeh bila kami bawa banyak buah untuk dia, tapi Cikgu Deraman kadang-kadang bila naik angin takmakan disogok, matilah kami.Namun buah yang banyak seperti durian,manggis,langsat,kundang adalah biasa bagi kita sekarang.
Buah yang jarang kita lihat lagi ialah jambu bangkok yang merah dan yang berbelang merah dan putih.Begitu juga buah rawa yang dulu ada dekat rumah kami dekat gedung wan dah kena tebang dan begitu juga buah bidara yang selalu jadi tempat kami memanjat bila lepas balik sekolah.Buah tumbuhan liar iaitu buah selemba yang bila masak cukup manis malah boleh buat ganti gula , sekarang tak pernah nampak lagi.,begitu juga buah taban atau tampoi yang isinya macam buah rambai, adoi sedapnya kalau ada,dulu zaman komunis mereka makan buah ini sebagai ganti nasi sebab ia mengenyangkan sebab kena telan biji-biji.Begitu juga buah kelubi dan buah salak hutan yang banyak sebelah ulu teris sekarang pun dan tak ada lagi, yang hanya salak dari indonesia, itupun tak begitu enak walaupun mereka kata rasa macam madu.
Buah bangkong yang kalau dibakar dan dibuat gulai tempoyak dengan ikan puyu pun dah pupus, ayah saya kata dah mati kerana terlalu terbiar.Buah kepayang pun sedap setelah direbus dengan garam dan boleh makan dengan nasi pun dah tak ada lagi, begitu juga buah keranji yang warna hitam macam proton perdana V6 milik kerajaan pun ,puas saya cari dipasar tani dah tak ada lagi.Jadi bagi kawan saya diUPM dapatlah membantu saya kita membuat projek mengklon pokok buahan kampong atau hutan untuk kita tinggalkan pada generasi akan datang.

Permainan Tradisi V Moden
DiRelong, semasa kecil kami bermain congkeh,bedil buluh,dengket,batu tangkup,polis senteri,tarik upeh dan lain-lain.Disini saya menghuraikan main congkeh dan batu tangkup dimana mainan ini ada saya muatkan dalam kajian terhadap permainan tradisi dilembah bama.Main congkeh membolehkan minda dan fizikal kita teransang dengan pengiraan matematik dan begitu juga batu tangkup.Disamping itu menerapkan skill atau kemahiran kira mengimbangan pergerakan kakitangan kita ketika bermain.Misalnya permainan congkeh memerlukan kita berfikir untuk mencongkeh anak kayu congkeh kearah mana tidak dapat ditangkap oleh lawan dan kemudian kebolehan kita memukul anak kayu itu sekuat mungkin bagi memperolehi mata yang banyak bila kita sampai ketahap itu.Masa mengukur itu membolehkan kita bergerak secara fizikal disamping dapat membilang berapa jarak anak kayu yang dipukul itu dari lubang congkeh.Ini adalah significant bagi daya ingatan dan pergerakan fizikal masa mengukur.Begitu juga dengan main batu tangkup dimana masa kita melambung batu itu secara berpasang untuk ditangkap sambil satu lagi batu sebagai regu untuk ditanggap.Imbangan pergerakan fizikal dan daya ingatan dalam permainan tradisional adalah baik berbanding dengan permainan moden seperti golf,tenis,badminton dan lain-lain yang memerlukan kos tinggi dan kadang-kala ada unsur pertaruhan.
Musim Mengemping Dalam Kenangan
Kini diRelong tiada lagi mana-mana rumah buat emping untuk makan bersama keluarga dan kawan-kawan.Zaman saya masih bersekolah rendah diRelong dulu, perkara inilah yang paling mengembirakan kami.Disungai batu, rumah lama saya dekat gua bama dan gedung wan saya lah tempat popular mengemping.Saya masih ingat Kakak Nab dan Abang Nor masih tinggal dengan wan dekat rumah kami.Bila tiba musim mengemping iaitu biasanya musim padi hampir masak kami mengemping yang biasanya waktu malam.Ramai kawan-kawan datang seperti Abang Mat,Aruwah Abang akil, Akak Milah,Abang Hamid datang sama tolong membantu.Emping sebenarnya kena tumbuk dalam lesong dengan alu ataupun indek.Hari ini kita nak cari indek tidak terdapat lagi, taktahulah saya kalau ada lagi rumah diRelong yang menyimpan indek sebagai barang antik.Saya ada tanya pejabat kraftangan kuantan,mereka kata tak ada tapi lesong ada.Bila saya tengok, lesong pun suadah hampir reput, jadi pada tukang kayu yang boleh membuat lesong,silalah buat,insyallah saya akan beli.
Bebalik kepada pesta atau acara mengemping tadi biasanya setelah ditumbuk emping yang siap ditampi boleh dimakan terus atau dimakan dengan serawa telor.Ia juga boleh ditumbuk dengan gula kabung dan dimakan dengan kelapa parut,sungguh enak.Hari ini mengemping diRelong hanya tinggal kenangan dan dalam kajian saya terhadap lembah bama ada saya sentuh mengenai perkara ini untuk kenangan -kenangan.Jadi bagi mereka yang ada gambar indek dan pesta mengemping bolehlah berikan kepada saya untuk dipaparkan dalam blog ini.

Wednesday, February 11, 2009
Musim Getah Meluruh
Saya ada balik kampong pada awal bulan Februari ini keRelong.Sepanjang jalan dari Kuantan ke Kuala Lipis menerusi jalan Jengka Pusat KeJerantut Melalui Kuala Tembeling, kemudian Mela, Kerambit dan Kekuala lipis, pemandangan sungguh indah walaupun panas terek.Saya bersama Tok Imam ,Batu Hitam balik keRelong menjengok Ayah dan Emak dan juga Amir.Pemandangan ini teringat saya keadaan yang sama diUSA dan Jepun semasa belajar dahulu iaitu menghadapi musim bunga tetapi disini kita musim getah luruh.Penoreh getah sudah tidak dapat menoreh dan lagipun harga getah sekarang telah jatuh teruk.Ekonomi dunia dalam geraf menjunam dan diUSA banyak kawan saya yang telah berhenti kerja, kena cari kerja partime.Negara kita masih gawat politiknya diPerak.Dengar 2 menteri besar dalam satu kapal dan salah seorang penduduk pulau pangkor yang saya kira boleh membawa kapal dengan baik.Semasa saya di OBS(out bound School ,Lumut dulu kalau sebut Pulau Sembilan semua kecut nak belayar kesitu, maklumlah masih jadi kedet, sekarang sudah tidak takut lagi,malah ada kawan-kawan dan jadi boss dan datok-datuk.Jadi masa getah meluruh kena ada satu skim bantu penoreh oleh kerajaan jangan pada nelayan dan petani aje.Jadi Tok Pa kena tengok ini.
Dr Aminudin (pernah kerja dengan Tok Pa)

Thursday, February 5, 2009
Surau Bukit Berangan
Surau ini terkenal dengan sistem pondok dimana kami masa kecil belajar agama dan fardu ain.Hari ini tokoh-tokoh yang mengajar disitu semua telah kembali kerahmatullah.anak Haji Uda cikgu Zahari telah pencen dari PPD Lipis,Ustad Muhamad(imam masjid Relong) pun dah meninggal ,anak dia jemilah dan suhaimi masih ada, tapi tradisi sekolah pondok ini tidaklah berjalan lagi sekarang.Saya dikata oleh cikgu Yusof takbalik lagi keRelong adalah tidak benar, gambar ini dan kajian gua bama sedang hampir siap.
Dr Aminudin
Dr Aminudin
Subscribe to:
Posts (Atom)