Wednesday, August 4, 2010

Makanan Orang Jepun A-Z Digandingkan Dengan Makanan Melayu Sekiranya Ada Siri 1


Jooshitsu adalah menjadi keutamaan Orang Jepun terhadap makanan mereka.Disamping menerangkan ramuan dan cara memasak adalah gaya-hidup orang Jepun.Rasanya mungkin amat menyelerakan atau kurang sedap bergantunglah pada diri masing-masing.Namun bagi saya cara Orang Jepun menghidang dan menghias makanan mereka inilah yang menarik perhatian saya sebagai seorang pemerhati sosial (bukannya seorang kaki makan makanan Jepun).Justeru itu bagi melengkapkan kenangan saya diJepun selain saya hidangkan peribahasa Jepun dan legenda dari Jepun, kini saya hidangkan istilah-istilah makanan Orang Jepun.

Aemono - Makanan jenis salad yang menjadi kegemaran orang Jepun yang dibubuh perisa yang diperbuat dari kacang soya dan dibubuh gula.Makanan ini kelihatan simple tetapi menjadi kesukaan banyak orang disana. Makanan ini menggunakan tofu dan miso sebagai campurannya.Kuahnya juga dari kacang soya untuk menambah selera kita.DiMalaysia bolehlah kita ambil pucuk-pucuk paku,pucuk ubi kayu atau daun ulaman lain yang kemudian kita celur dan menggunakan kuah kacang atau kuah rojak jika ingin meniru makanan bernama Aemono ini.

Agari - Merupakan daun teh segar yang merupakan singkatan dari Agaribana.Bahan ini sering digunakan dikedai-kedai "Sushi " diJepun.

Agedashi- Makanan ini digoreng seperti tofu,nasu dan hirisan ikan putih yang dimakan dengan sos yang dibuat dari kacang soya,halia dan lobak putih.

Agedashidofu - Pati kacang soya yang dihimpit dan disaluti oleh katakuriko atau tepung gandum yang digoreng dan direnjiskan dengan katsuobushi dan disajikan bersama halia yang disagat serta juga daikon dan sos kacang soya.

Agekamaboko- Roti berperisa ikan yang digoreng.DiTokyo makanan ini dipanggil Satsume-age.

Agemono- Makanan yang digoreng dan dikenali sebagai tempura atau juga kara-age.

Ainame - Sejenis ikan yang hidup dikawasan pantai yang berbatu.

Aji - Sejenis ikan yang banyak terdapat diJepun, ikan ini diperbuat menjadi makanan seperti sashimi,shioyaki,sunomono dan nitsuke.

Ajinomoto- Sejenis perisa makanan yang turut terdapat dikedai-kedai runcit diMalaysia.

Akamiso - Makanan yang merupakan ramuan dari bijian yang yang ditapai bersama kacang soya.Ini merupakan makanan asas orang Jepun.Miso sering digunakan oleh mereka sebagai bahan penyedap makanan lain.Biasanya ia diperbuat dari beras,kacang soya dan juga barli yang dibubuh garam.Pada umumnya miso diperbuat dari beras, ada miso merah yang dipanggil " akamiso " yang berwarna merah atau choklat dan miso jenis ini mempunyai kadar protein yang tinggi. Miso putih pula diperbuat rasanya manis dan makanan ini popular diKyoto yang harganya adalah mahal dan dikategorikan sebagai makanan high class.DiMalaysia saya dapati makanan jenis ini bolelah disamakan dengan tapai beras.Saya masih ingat bila emak saya membuat tapai pulut tidak memberi saya menengoknya kerana takut tak jadi katanya.Kami diKg Relong membuat tapai beras pulut dengan meletakkan ragi dan dibungkus dengan daun keladi kemahang.Ada juga kami membuat tapai ubi kayu yang kami panggil tapai ubi.Tapai diMalaysia menjadi bahan pencuci mulut dan ianya dibuat terutama menjelang hari raya.

Bersambung

Dr Aminudin

No comments: