Monday, August 2, 2010

Cerita Sebelum Tidur- Legenda Islam Kisah Tamim al-Dari Siri 3


Rofiiq bagi Siti Khaulah isteri kepada Tamim al-Dari semakin hampir, dimana Amirmukminin berkata kepada khalayak ramai dikota Madinah itu samada mengenali perempuan ini ?Siapakah dia , siapa suaminya dan dari suku kaum manakah dia ?.Jadi dijawab oleh khalayak ramai bahawa beliau adalah dari suku kaum Ansar dan merupakan anak kepada satu keluarga yang mempunyai empat orang adik beradik.Salah seorang bernama Afrah,seorang lagi bernama Maad dan seorang lagi bernama Abidin.Salah seorang mati bersama Sayyidina Hamzah,seorang lagi mati ketika pergi perang menuju Negeri Rom.Sedangkan suaminya menurut khalayak yang hadir itu ialah Tamim al-Dari merupakan sahabat Nabi Muhammad SAW. Bila diketahui oleh Sayyidina Umar tentang penjelasan tersebut lantas dia berkata " Wahai tuan-tuan sekelian ,siapa yang mahu menikah dengan perempuan ini segala perbelanjaan ditanggung oleh sayalah ".

Maka ada seorang lelaki lalu berdiri dikalangan orang yang ramai itu yang juga dari suku kaum Ansar bernama Hadri sambil berkata " Ya, Amirmukminin hambalah akan menikah dengan dia dan hambalah juga akan memelihara akan anak-anaknya itu ".Maka setelah dipersetujui oleh kedua pihak Khalifah Umar pun bersetuju untuk mengnikahkan kedua pasangan itu dengan syarat selepas idahnya.Katanya " selepas idah kamu nanti datanglah kepada ku dan akan ku nikahkan kamu berdua ".Jadi Siti Khaulah pun baliklah kerumahnya dengan sukahatinya.

Sekarang kita lihatlah pula cerita Tamim al-Dari yang telah disambar oleh jin kafir itu lalu dibawa kebumi lapisan yang keempat.Dia telah tinggal didunia jin tersebut selama empat tahun.Oleh kerana dia susah hati tinggal didunia jin itu, dia menanggis siang dan malam sambil mengucap dua kalimah sahadah dan selalu ingatkan kubur sahabatnya Rasulullah SAW,disamping itu rindunya tidak terkira pada isteri dan anak-anaknya.Tidak lama setelah itu datanglah seorang jin Islam yang hendak menyerang kerajaan jin kafir tersebut dan entah macam mana jin Islam terdengar akan takbir dan tahmid yang dilaungkan oleh Tamim al-dari dan mereka mencari beliau dalam kerajaan jin kafir itu dan ditangkapnya Tamim al-dari lalu dibawa kepada Raja jin Islam itu dan Raja jin Islam bertanya siapakah dia, lalu dijawab oleh Tamim al-dari bahawa dia dari suku kaum Ansar dan bangsa Arab dan juga sahabat kepada Rasulullah SAW ,manakala negerinya ialah Madinah.Mendengar hal tersebut raja jin bercucuran air matanya seraya berkata " jika begitulah biarlah kami memerlihara kamu bagi mengambil syafaat Rasulullah SAW ".Raja jin Islam itu bertanya lagi adakah Tamim al-dari hafal al-Quran dan dijawab oleh Tamim al-Dari ,dia hafal al-Quran dan dibacakannya beberapa ayat-ayat al-Quran yang menyebabkan Raja jin Islam itu menanggis hingga pengsan.

Bersambung

Dr Aminudin

No comments: