Tuesday, November 2, 2010

Teori Raut Wajah Dari Perspektif Islam : Kajian Terhadap Legacy Datok Linggi-Kapitel 9 Siri 7

Kerajaan Johor yang kalah ditangan Jambi itu bangkit semula dengan kegigihan tokoh Laksamana Tun Abdul Jamil dimana beliau telah menyusun semula angkatan tentera, pentadbiran dan ekonomi Johor dengan memilih Riau sebagai pusat pentadbiran Kerajaan Johor ketika itu.Pada tahun 1677, Masehi Sultan Abdul Jalil telah mangkat dan Kerajaan Johor-Riau telah diperintah oleh Sultan Ibrahim Shah dan sudah pasti baginda menurut saja arahan dari Laksamana Tun Abdul Jamil.Sejarah juga memperlihatkan Jambi menerima serangan dan kalah lantaran perana dimainkan oleh Tun Abdul Jamil pada tahun 1679, Masehi itu. Tahun-tahun seterusnya kita dapati Jambi menerima pukulan dan serangan dari Palembang dan Makasar pada tahun 1680, Masehi dan ini memberi peluang Johor menghantar armada lautnya untuk memukul dan mengalahkan Palembang dan Makasar yang sakit akibat melanggar Jambi itu. Pada tahun 1685, Masehi kita dapati Sultan Ibrahim Shah mangkat diPahang dan digantikan oleh Sultan Mahmud Shah II yang juga masih kecil dan ini menjadikan beliau dipangku oleh ibu tirinya yang juga merupakan anak kepada Paduka Raja yang juga Laksamana Tun Abdul Jalil dan tinggallah Bendahara yang sebenarnya tidak mempunyai kuasa dalam tampuk pemerintahan Johor ketika itu.

Pada tahun 1688, Masehi Tun Habib Abdul Majid telah dilantik menjadi Bendahara Johor dan kita telah menyaksikan dalam Sejarah Kesultanan Melayu Melaka bahawa jawatan Bendaharalah yang berpengaruh.Jadi diJohor ia kelihatan lain jadinya peranan Bendahara tiada berkuasa, ini membuatkan Bendahara mula merancang strategi untuk menghapuskan Laksamana dengan sokongan para pembesar Johor yang lain. Nampaknya Bendahara Tun Habib Abdul Majid berjaya mengusir Laksamaan Tun Abdul Jamil dan kemudian lari keTerengganu tetapi dapat ditangkap dan dihukum bunuh pada tahun 1688,Masehi.

No comments: