Friday, April 3, 2009

Air Lemenet ,Kehkapor dan Botol

Saya kadang-kadang ingin ketawa sendirian bila mengingatkan slang orang Lembah bama misalnya dari Ulu Teris,Bapong,Kecau dan lain--lain.Gantinama saya atau aku yang selalu digunakan ialah Keh yang kadang-kadang disebut juga kawas.Mengenai cerita Keh ini paling top ialah cerita minum dikedai cina bandar menggunakan istilah Keh inilah, yang salah ertikan.Kawan saya diKuantan yang dengar cerita ini ada jatuh kerusi kerana tertawa terbahak-bahak tidak tahan gelihati mendengarkan cerita yang saya bawakan.Ceritanya ialah seorang dari kampong dalam Lembah Bama telah duduk-duduk dan minuman disebuah restoran cina dibandar lipis, tapi dia belum meminta minuman, jadi taukeh cina itu menanyakan kepada dia samaada dia mahu minuman apa.Dia kata keh sebut .Keh sebut bermakna dia akan menyebut atau dia akan meminta nanti.Taukeh itu terus bertanya lagi, dia kata lagi keh sebut.Dia hampir hendak marahkan cina itu kerana dia belum mahu minum lagi.Taukeh cina itu berlalu dan tidak lama lepas itu dia datang dengan sebotol beer carlberg dan meletakan dihadap siorang kampong ini.Apalagi naik marah lah dia, dan menghempaskan botol beer itu. Ini adalah kerana dia tidak minum beer, lagipun makna Keh sebut itu ialah saya akan sebut nanti jenis minuman yang dia hendak tetapi tidak difaham oleh cina itu yang diingatkan olehnya bahawa dia mahu minum beer carlberg.

Berbalik kepada air lemenet dan kehkapor ini pula adalah minuman yang kami suka bagi bebudak sungaibatu iaitu lemenet ialah limewater dalam botol yang kalau digoncang akan keluar buih dan kehkapor ialah kickapor yang masih kedapatan hari ini yang air dalam botol berwarna kuning muda dan bergas juga,Kehkapor bererti saya ambil atau saya boleh,.Air ini kami suka minum dan kemudian penutupnya kami kumpulkan untuk bermain dam aji didepan kedai AkiSubuh atau Pakanjang Usof.Bila main dam aji ini tidak kira orang tua atau muda akan bermain.Selain itu kami juga memunggut botol-botol kosong untuk dijual kepada cina yang datang dari Padang Tengku untuk membelinya.Botol-botol ini juga kami gunakan utuk bermain cap botol yang biasa kami bermain dekat rumah Nuar Kadir depan kedai Samad Cina.Permainan ini menjadikan kami berpeluh dan biasanya lepas itu kami akan mandi- manda diSungai Teris depan rumah We Kadir.Permainan cap botol ini adalah dengan membaling botol dengan bola dan selepas itu disorokkan dalam baju atau seluar supaya diteka dimana letaknya bagi menentukan permainan akan dimenangi oleh siapa yang banyak memperolehi botol.

Membaling botol juga menjadi kegemaran kami bila ada fanfare ditempat kami yang biasanya dibuat dipadang sekolah kebangsaan Berchang, kami bebudak Relong akan pergi situ dan biasanya lepas wayang gambar cowboy kami akan pergi baling botol atau tikam botol dengan gelang rotan.Biasanya bila habis bermain dalam bermacam -macam jenis permainan dalam fanfare itu, kami balik kerumah Long Majid untuk tidur dirumah dia.Dalam fanfare kadang-kadang ada juga penyanyi pop 60an datang, dan kalau A.Ramlee datang, abang amid tentu pergi kefanfare itu dan bila dia minta universiti dia minta USM dan mungkin dia peminat setia A.Ramlee yang mana dari Pulau Pinang.

Saya akhiri dengan rangkap-rangkap pantun berikut:-

Air lemenet penahan lelah,
Selepas bermain dan memasang denak,
Denak diletak dipohon getah,
Berhampiran juga pohon kelat,
Buahnya cantik taksedap dimakan,
Dato'Sri Najib jadi PMlah sudah,
Projek Pembanguan Pahang sepatutnya banyak,
Rakyat Pahang Janganlah gundah,
Kalau Tiada Pembangunan Pesat,
Pilihanraya Akan datang kita tentukan.

Dr Aminudin

3 comments:

Mokde said...

blog Dr mendekatkan hati saya kpd kpg halaman, semuga mendapat restu dalam mengikuti blog ini.

Dr. Aminudin Abdul Karim said...

Mokde, sudah tentu boleh, mokde mengingatkan saya pada Mokde saya yang tinggal dekat Bukit Peninjau dalam Lembah Bama.

Aminudin

drbubbles said...

Dr Aminuddin,

Saya tergelak kecil membaca tentang keh sebut.

Abah saya,Cikgu Ismail Mat berasal dari Padang Tengku (Kg Perlak), mengajar di Lepih (Lipis) dari tahun 1980-1988 (SK Penjom,SKWI dan SRK Clifford) sebelum bertukar ke Jerantut dan terus menetap di sana sehingga kini.

Saya menganggap saya ini lebih kepada orang Lepih daripada Jerantut (marah orang jerantut bila dengor ni).

Kg Relong mengingatkan saya kepada pekan sehari yang dulunya diadakan pada waktu petang.di belakang pekan sehari tu boleh nampak Gua Bama.Teringat memakan pulut dengan gulai masam tempoyak.Sedapnya!