Tuesday, January 19, 2010

Memperkenalkan Peribahasa Jepun Digandingkan Dengan Peribahasa Melayu Siri 16


78.Heta no dogu shirabe (Seorang tukang yang buruk ialah Tukang yang meyalahkan peralatannya)
Dalam peribahasa Melayu berkaitan tukang ada juga iaitu Tukang loak ialah para peniaga yang berniaga barang-barang buruk.Tukang sikut pula bererti suka curang.Tukang ukur ialah orang yang suka mundar-mandir atau penganggur.Tukang tidak membuang kayu pula bermakna orang bijaksana mengganggap semua orang mempunyai kelebihan masing-masing.Manakala tukang pukul ialah orang yang mengambil upah memukul orang.

79.Herazuguchi o tatakuna (Tangguhkan lidah kamu)
Simpulan bahasa Melayu berkait dengan lidah ialah lidah kelu yang bermakna tidak dapat berkata-kata.Lidah manis adalah kata-kata yang sedap didengar orang.Lidah terkalang ialah tidak dapat menolak kerana terhutang budi.Lidah tidak bertulang ,salah petik jiwa hilang pula bermakna malang kerana tidak pandai menjaga tutur kata.Lidah pendeta ialah kata-kata hikmat.

80.Hige no chiri o harau (Rasa kari bergantung pada sesorang)
Simulan bahasa kita rasa hati ialah perasaan.Rasa termengkelan dihati ialah musykil tentang sesuatu.Masak diluar mentah didalam ialah diluar nampak baik tetapi hatinya jahat.Masak akal ialah matang pemikirannya.Masin mulut pula bermakna apa yang dikatanya benar-benar terjadi dan masin lagikan garam sendiri bererti mengutamakan saudara mara sendiri daripada orang lain.

81.Himojii toki ni mazuimono nashi (Kelaparan adalah perasa yang terbaik)
Asam garam ialah bahan-bahan untuk masakan ataupun bermakna pengalaman hidup.Asam digunung, ikan ditebat bertemu didalam belangga, pula bermakna kalau jodoh walau jauh akan bertemu juga.Bagi lapar pedal bermakna lapar.

82.Hito dareka ayamachi nakaran (Melakukan kesilapan adalah sifat manusia)
Silap haribulan bermakna tidak kena masanya.Silap mata, pecah kepala bermakna kalau tidak hati-hati akan padah akibatnya.Silap kira bermakna salah duga.Tiada gading yang tidak retak bermakna tiada yang sempurna.Tiada berkibar panji-panji sutera yang mulia, melainkan berdiri ditiangnya yang hina bermakna raja menjadi besar dan mulia kerana hormatkan rakyat yang hina-dina.

Dr Aminudin

No comments: