Sunday, January 10, 2010

Memperkenalkan Peribahasa Jepun Digandingkan Dengan Peribahasa Melayu Siri 15


74.Hari no ana kara tenjo nozoku ( Lihatlah awan menerusi corong)
Simpulan bahasa kita tentang awan ialah awan larat ialah ukiran yang saling berkaitan.Manakala Awan mengandung hujan bererti tidak pasti.Corong radio pula bermakna alat yang menyiarkan suara bunyi radio.Sedangkan cuci mata bermaksud memandang hal-hal yang cantik dan menawan.

75.Hashi nimo bi nimo kakaranai hito da (Dia (lelaki) berbuat baik tanpa apa sebab)
Simpulan bahasa Melayu yang berbunyi berbuat baik bermakna berbudi.Manakala peribahasa yang berbunyi Berbuat kerja seperti yajud wa majuj pula bererti menangguhkan kerja.Sedangkan Berbudi diri bagai pisang lebat pula bermakna mendapat susah kerana sifat keangkuhan.Biar buruk kain dipakai,asal pandai mengambil hati adalah bidalan yang bermakna pakaian yang indah boleh dibeli tetapi budibahasa yang halus sukar dibeli.

76.Hayai mono ni jozu nashi(Baik dan cepat biasanya serasi)
Bidalan Melayu ada berbunyi Baik berjagung-jagung sementara padi belum masak yang bermaksud sementara menunggu perkara yang lebih baik ada baiknya kita melakukan kerja-kerja yang berfaedah.Manakala Baik bukan teladan, tidak baik bukan sempadan yang bermakna tiru perkara yang baik dan jangan tiru perkara yang buruk.Sedangkan cepat kaki,ringan tangan adalah pepatah yang bermaksud cekap dan suka menolong orang ramai.Cepat menangkap pula bermakna cepat faham.Sedangkan simpulan bahasa yang berbunyi Cepu dengan tudungnya bermakna sangat sesuai atau serasi.

77.Hayaoki wa sanmon no toku (Burung yang keluar sarang awal-awal pagi akan dapat ulat)
Peribahasa Melayu tentang sarang pun ada misalnya Sarang tebuan jangan dijolok yang bermakna jangan sengaja mencari susah.Sarang unam dimasuki ketam menjadi umang-umang pula bermakna menyamar.Sarang penjahat pula adalah tempat penjenayah menjalanlan operasi.Ulat buku pula bermakna sangat suka membaca dan Ulat dalam batu pun dapat hidup bermakna rezeki itu ada dimana-mana dengan syarat kita berusaha mencarinya.

78.Heichi ni haran o okosuna (Jangan marah atau pengapakan air)
Peribahasa Melayu tentang air memang banyak.Air ampuh ialah air bah.Air batu kering ialah karbon dioksida beku atau keras.Air cendana ialah air kayu gaharu.Air didalam talas bermakna tidak tetap pendirian.Air jernih, ikannya jinak bermaksud negeri yang aman dan rakyatnya baik-baik.Air margajiwa ialah air hikmat untuk panjang umur.Air ruban ialah buih air pada minyak kelapa.Air setitik dilautkan, tanah sekepal digunungkan yang bermaksud perkara kecil dibesar-besarkan.Air Ukup ialah air wangi dan air yang jernih,sayak yang landai bermakna segala yang berlaku berjalan dengan adil dan benar.

Dr Aminudin

No comments: