Tuesday, October 19, 2010

Teori Raut Wajah Dari Perspektif Islam : Kajian Terhadap Legacy Datok Linggi-Kapitel 9 Sejarah Johor Siri 3


Kegigihan Belanda untuk merebut perdagangan rempah membuatkan mereka menubuhkan syarikat yang bernama VOC( Verenidge Oostindische Compagnie) yang popular dikenali sebagai Syarikat Hindia Timur Bersatu.Syarikat VOC ini menjalankan kegiatan membuat perjanjian dengan kerajaan diAlam Melayu malah mereka dibenarkan pula membina logi dan menubuh angkatan tentera dimana kawasan atau wilayah mereka jejaki.Seperti yang pernah saya jelaskan bahawa tiga pihak yang sering bersengketa iaitu Acheh, Johor dan Portugis , kini Belanda yang bijak ketika itu mengatur strategi dengan mendekati Johor supaya menghentam Portugis. Justeru itu Belanda pada tahun 1603 telah mendatangi Sungai Johor dengan dua buah kapal mereka telah menghentam Portugis dan mengakibatkan kekalahan Portugis.Lantaran kemenangan Belanda itu mereka disanjung bagaikan wira. Malahan orang Johor memberikan sorakan dan menyanjung mereka hinggakan dibenarkan pula membuat loji diJohor.Ketua Pasukan Belanda ketika itu diketuai oleh Jacob Buijsen mula memasukkan jarum strategi Belanda dengan membuka loji dan berniaga diJohor serta mendapat sokongan kalangan kerabat kesultanan Johor.Pada tahun 1606, Masehi ketua angkatan laut Belanda ketika itu Admiral Cornelis Matelief pula telah menerima sepucuk surat persahabatan dari Raja Abdullah dan lanjutan dari itu satu perjanjian persepakatan diantara Johor dengan Belanda telah dibuat untuk menentang Portugis.Belanda pula begitu licik turut membuat perjanjian dengan Acheh dan apabila Johor meminta bantuan dari Belanda untuk menyerang Acheh, Belanda enggan untuk membantu. Inilah kelicikan para penjajah yang sentiasa memikirkan strategi bagaimana untuk campur tangan diAlam Melayu sedangkan dikalangan kerajaan diAlam Melayu saling bersengketa.Inilah sejarah yang perlu kita pelajari.

Bersambung

Dr Aminudin

No comments: