Tuesday, December 29, 2009
Teori Raut Wajah @ Muka Dari Perspektif Islam : Satu Penerokaan Terhadap Wajah Kota-Kota Islam Sejak Tamadun Bab Ittihaad (Gabungan) Akhir
Kota atau bandar Samarra terletak berhampiran Sungai Tigris adalah berkedudukan diantara bandar Takrit dan Baghdad.Kota ini diasaskan oleh Ahnas semasa pemerintahan Khalifah al-Mustasim Billah pada tahun 221,Hijrah atau 836 Masehi.Kota ini dibina bagi menyelamatkan pentadbiran Khalifah al-Mustasim dari ancaman para pemberontak yang selalu menyerang kota Baghdad, jadi mereka telah membina kota Samarra bagi menyelamatkan mereka dan penduduk tempatan disitu.Khalifah al-Mustasim telah membelanjakan berjuta-juta dirham bagi membangunkan kota Samarra.Diantara bangunan yang telah dibina ialah Istana Jausaq al-Khaqani, Istana al-Umari dan Istana Wazini.Istana Jausaq terdapat tempat orang mengadu masalah kepada Khalifah dalam masa 2 hari dalam seminggu.Dizaman Khalifah al-Mutawakkil ala Allah pula telah membelanjakan kira-kira 12 juta dinar untuk membangunkan lagi kota ini dan juga istananya.Masjid Jami telah dibina dekat pasar besar kota itu.Bandar Samarra juga dibesarkan disampingMasjid Jami telah dibesarkan lagi dan menjadikan ia masjid terbesar dan tercatik didunia dengan menegahkan rekabentuk menara jenis lingkaran (manarah al-mahwiyyah).Kota ,Samarra mula terbiar apabila Khalifah Abbasiyyah kembali menjadi kota Baghdad sebagai pusat pemerintahan mereka dan ini menjadikan bangunan yang cantik dan indah itu usang dan mulai runtuh kerana tiada berpenghuni.
Akhirnya ingin saya sentuh kota diAndalus (Sepanyol) yang menjadi ibukota negeri itu ialah Qurtubah dizaman pemerintahan Abdul Rahman.Penduduk dianggar 500,000 orang, bilangan rumah kira-kira 13,000 buah dan 28 buah istana,tempat mandi awam 300 buah dan masjid 3000 buah.Orang Jerman memanggil negeri itu "Jauharatul Alam " pada tahun 4,Hijrah.Selain dari itu bandar Al-Zahra yang diletak batu asasnya oleh An-Nasir pada 325,Hijrah yang kira-kira 3 batu dari Qurtubah.Bandar ini dibina dikaki bukit Al-Arus.Bandar Al-Zahra juga dibina masjid yang diketuai oleh Al-Hakam bin an-Nasir yang siap pada 329,Hijrah.Dikatakan pembinaan bandar Al-Zahra banyak diambil dari sumbar pendapatan kerajaan iaitu Kharaj.Namun bandar ini menjadi layu dan muram bila zaman Wajir yang disandang oleh Abdul Rahman bin Al-Mansor bin Abi Amir bila mereka kembali kekota menukar pusat pentadbiran semula keQurtubah.
Bila saya menceritakan tentang kota atau bandar Islam sejak tamadun ini ia sering tidak dapat tidak menerangkan tentang pembinaan istana.Justeru itu biarlah saya coretkan juga ciri-ciri istana-istana tersebut yang rata-ratanya bercirikan istana Farsi dan juga Romawi.Ianya diperbuat dari batu-bata dan tanah liat yang dibakar dan diplaster dengan kapur.Biasanya rumah golongan bangsawan atau hartawan dibina bahagian-bahagian untuk bilik-bilik mereka sebagai pemilik,bilik khadam-khadam dan bilik-bilik untuk para tetamu serta juga dewan-dewan majlis.Selain dari itu rumah-rumah ketika itu selalunya dikelilingi oleh taman-taman dan juga kebun-kebun.Dinding dan bumbung pula biasanya dihiasi oleh mosaic yang berwarna-warni.Kawasan sekeliling rumah-rumah ini dipagari oleh tembok-tembok.Manakala rumah orang kebanyakan pula tidak bertembok dan biasanya mempunyai tingkap-tingkap yang boleh melihat kearah jalan raya.
Istana-istana para Khalifah pula mempunyai banyak bilik-bilik yang luas,serambi-serambinya mempunyai kubah dan mempunyai pokok-pokok tanaman disekililingnya.Tiap-tiap serambi biasanya ditunggui oleh hamba-hamba yang sedia berkhidmat kira-kira 60 orang.Sebagai contoh Khalifah Al-Mutawakkil telah membina istana bernama Al-Hiri yang dibahagikan kepada tiga bahagian yang menyediakan pintu-pintu yang boleh dilalui kuda-kuda beliau.Dalam dewan-dewan istana pula terdapat kolam-kolam air dan terusan yang diperolehi air dari sungai yang berhampiran.Disamping itu kebun-kebun buahan amatlah cantik yang umpamanya dizaman Khalifah Al-Qahir yang diambilnya tanaman dari seluruh dunia yang berwarna merah dan kuning.Dikawasan lapang istana itu dipelihara burung-burung merpati dan tiong yang cantik-cantik.
Sekian,wassalam akan bersambung tajuk " Teori Raut Wajah@ Muka Dari Perspektif Islam :Satu Penerokaan Terhadap Wajah dan Strategi Tentera Islam Dalam Peperangan Bab Ittihaad (Gabungan)"
Dr Aminudin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment