Monday, December 21, 2009
Asal-Usul Datok Linggi,Kg.Relong Adalah Dari Lembah Bama: Perkaitan Dengan Teori Raut Wajah
Buku Sejarah Melayu The Malay Annals,terbitan Resort World Bhd,2009 telah menceritakan Nagapatnam dibenua Kerling yang diperintah oleh Raja Syulan yang merupakan anak kepada Raja Qubad Shahriar iaitu Raja Maghrib.Dibawah jajahannya terdapat negeri bernama Gangga Shah Negara yang Rajanya bernama Linggi Shah.Tentang negeri ini dalam buku Sejarah Melayu The Malay Annals, 2009 itu disebutkan dalam mukasurat 74 adalah " Adapun negeri itu diatas bukit, dipandang daripada hadapan terlalu amat tinggi dan belakannya rendah juga ada sekarang kotanya ".Setelah Sultan Linggi Shah Johan mendengar akan kedatangan Raja Syulan untuk menyerang mereka, baginda telah menyuruh himpunkan rakyatnya dengan menutup pintu kota,parit dan mulai berjaga-jaga.Kota itu kemudiannya dikepong oleh Raja Syulan dan bala tenteranya dan kemudian berlakulah peperangan yang dahsyat dengan menggunakan gajah dan berbagai senjata dan akhirnya dimenangi oleh Raja Syulan.Kemudian mereka meneruskan perjalanan kenegeri bernama Lenggui yang mana kota negeri itu dibuat dari batu lada hitam.Disini dijelaskan yang nama asalnya ialah "Gelanggui" yang disalah sebut dari perkataan "Linggi" yang bermakna Perbendaharaan permata (Sejarah Melayu,2009:75).Manakala Raja yang memerintahnya ketika itu bernama Raja Culin seorang raja yang besar.Mereka telah berperang dengan tentera Raja Syulan yang kemudian dimenangi oleh Raja Syulan dan puteri Raja Culin yang bernama Puteri Onangkiu yang teramat cantik paras wajahnya diambil oleh Raja Syulan sebagai isteri.
Diceritakan juga Raja Syulan telah membina kota yang dilakarkan sebagai berikut " Kotanya dari batu hitam,tujuh depa tebalnya,tingginya sembilan depa, daripada pandai segala utus yang berbuat dia tiadalah kelihatan rupanya ,rupanya seperti dituang, pintunya dari emas melela,bertahtakan emas permata.Bermula peri luasnya kota itu, tujuh buah gunung didalamnya, syahdan maka pada sama tengah negeri itu ada sebuah tasik terlalu luas seperti laut rupanya, jika gajah berdiri diseberang sana tiada kelihatan dari seberang sini, maka serba ikan dilepaskan .Dalam tengah tasik itu ada pulau-pulau terlalu tinggi,nentiasa berasap seperti disaput embun rupanya maka dari atas pulau itu ditanami pelbagai kayu-kayuan dan segala bunga-bungaan dan segala buah-buahan (Sejarah Melayu,2009:77)
Anak Raja Syulan dan puteri Onangkiu adalah teramat cantik dan tiada tandingannya dizaman itu yang diberi nama Puteri Candani Wasis yang kemudiannya berkahwin dengan Raja Suran Fad Syah yang memperolehi anak bernama Raja Culan dan dialah mengantikan Raja Syulan bila mangkat.Raja Culan bercadang untuk menyerang kerajaan Cina dan apabila tahu jarak kenegeri Cina terlalu jauh akibat taktik kerajaan Cina menghantar kapal yang penuh berisi jarum karat serta orang tua-tua.Jadi Raja Culan tidak jadi menyerang kerajaan Cina.Setelah itu diTemasik ,Raja Culan telah turun kelaut dengan dimasukan kedalam peti besi yang berkaca dan sampai kenegeri dibawah laut bernama Dika.Disana dia berjumpa Raja Fatabul Ard yang kemudian dikahwin dengan puteri bernama Mahtabul Bahri yang terlalu cantik paras wajahnya .Setelah tiga tahun dia berada dalam laut Raja Culan kembali semula kebenua Keling dengan menunggang kuda semberani dan berkahwin pula dengan anak Raja Kudar Shah Jahan yang mendapat anak bernama Adiraja Rama Mudaliar dan tidak lama setelah itu baginda mangkat.
Kesimpulannya dari coretan diatas dapatlah kepada kita bahawa nama "Linggi" adalah berasal dari perkataan "gelanggui" yang bermakna perbendaharaan permata.Manakala Kamus Bahasa Melayu Kelasik oleh Yaakub Isa,1997 pula memberi makna "Linggi" adalah kayu yang berbentuk sesiku pada haluan atau buritan kapal.Jadi saya rumuskan bahawa "Linggi" itu bermakna khazanah harta dan juga perlayaran atau perjalanan Raja-Raja bagi melawati jajahan takluknya.Justeru itu Teori Lembah Bama yang saya sarankan itu sebagai lembah Emas dan juga pusat perdagangan Asia Tenggara yang terawal adalah benar dan sebab itu Datuk Linggi dari Samutera telah kembali keLembah Bama tempat permulaan tamadun kegemilangan Sejarah Melayu.Saya juga mendapati bahasa yang digunakan dalam buku Sejarah Melayu ini adalah perkataan yang digunakan oleh orang Lembah Bama,Lipis seperti juga buku Hikayat Seri Rama yang juga ditulis oleh orang Lembah Bama.
Justeru itu Salasilah Pemerintah Datok Linggi atau Sultan Ahmad I (1761)semejak dari Nabi Adam hingga kebaginda adalah seperti berikut (disesuaikan dari Bustanus Salatin oleh Nuruddin al-Raniri dan Sejarah Melayu The Malay Annals 2009 )
Nabi Adam
Raja Qubad Shahriar
Raja Syulan
Raja Culan
Raja Adiraja Rama Mudaliar
Sang Nila Utama
Raja Iskandar Syah
Raja Besar Muda
Raja Tengah
Raja Muhammad Syah
Sultan Muzaffar Syah
Sultan Mansur Syah
Sultan Alauddin Riayat Syah
Sultan Mahmud Syah
Sultan Alaudin Riayat Shah II
Sultan Muzaffar Shah II
Sultan Abdul jail Shah I
Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II
Sultan Alauddin Riayat Shah III
Sultan Abdullah Maayat Shah
Sultan Abdul Jalil Shah III
Sultan Ibrahim Shah
Sutan Mahmud Shah II
Sultan Abdul Jalil IV
Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah
Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah
Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah
Sultan Ahmad Riayat Shah @ Datok Linggi
Nota: Salasilah dari Sultan Mahmud Shah hingga Datok Linggi dinukil dari portal Kerajaan Johor.
Bersambung
Dr Aminudin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment