Sunday, December 6, 2009

Pengenalan Teori Raut Wajah@Muka Dari Perspektif Islam : Satu Penerokaan Bab V

Nabi Musa AS telah berkahwin dengan puteri Nabi Syuaib AS iaitu Safura dan baginda adalah dikategorikan sebagai 5 Rasul-Rasul Ulul Azmi iaitu Nabi Nuh AS, Nabi Ibrahim AS,Nabi Musa As,Nabi Isa AS dan Nabi Muhammad S.A.W.Namun begitu oleh mungkin kerana sikapnya yang agak kasar terhadap saudaranya Nabi Harun AS semasa diPadang Tih itu telah menyebabkan kemurkaan Allah S.W.T terhadap baginda yang menyebabkan tiada dari zuriatnya menjadi nabi sebaliknya dari sulbi saudaranya Nabi Harun AS telah menjadi nabi iaitu Nabi Ilyas AS dan Nabi Ilyasa AS (Tarikuddin,2008:116)

Mengikut riwayat ahli-ahli tafsir tentang jumlah kaum Israil yang keluar dari bumi Mesir mengikut Nabi Musa AS adalah kira-kira 600,000 orang yang dikejar oleh tentera Firaun dan menghala ke Laut Merah dan ditepi Laut Merah Nabi Musa AS telah mengangkat tangan kanannya yang memegang tongkat lalu memukul hujung tongkat itu keair Laut Merah dan terbelahlah laut tersebut menjadi 12 lorong dan dasar laut menjadi kering dan berdebu.Nabi Musa AS mengarahkan kesemua bani Ya'qub AS memasukki lorong-lorong tersebut dengan Bani Raubin (Rubil) satu lorong,Bani Syamun (Simon) satu lorong,Bani Lawi (Levi) satu lorong,Bani Yahuza satu lorong,Bani Daan satu lorong,Bani Athir (Asyir) satu lorong,Bani Yusuf AS satu lorong,Bani Bunyamin (Benjamin) satu lorong,Bani Naktali (Naifatali) satu lorong,Bani Yad (Jad) satu lorong,Bani Yasakir(Yasyjur) satu lorong dan Bani Zabulun satu lorong.Jadi cukuplah 12 lorong yang disediakan oleh Allah S.W.T bagi semua kaum bani Israil untuk menyeberangi Laut Merah bagi menyelamatkan diri dari kekejaman Firaun.Bila angkatan Firaun sampai ketepi Laut Merah itu semua bani Israil dan Nabi Musa AS telah selamat menyeberang Lautan Merah itu, bila Firaun dan Perdana Menterinya Haman tiba ditengah lautan yang terbelah itu Allah S.W.T telah memerintahkan Laut Merah supaya bercantum kembali dan menyebabkan Firaun,Perdana Menteri dan bala tenteranya habis ditelan oleh Laut Merah.

Nabi Musa AS tidaklah lagi mahu kembali keMesir, tanah air mereka ialah Palestin.Dimana Nabi Ya'qub telah menetap diPalestin bersama saudaranya Nabi Ishaq AS dan mereka juga benci kepada kekejaman Firaun yang membunuh segala anak lelaki Bani Israil.Setelah sampai ketanah suci mereka iaitu Baitul Maqdis kaumnya masih juga berdegil dan mereka telah disesatkan diPadang Tih selama 40 tahun.Selama 40 tahun sesat itu Allah S.W.T telah menurunkan makanan istemewa untuk Bani Israil iaitu manna dan salwa.Manna ialah makanan berupa embun yang berwarna putih macam salji yang rasanya manis yang Allah S.W.T turunkan diwaktu pagi, manakala salwa itu ialah sejenis burung yang semacam burung puyuh yang Allah S.W.T datangkan kepada mereka pada waktu petang untuk mereka tangkap dan disebelih untuk dimakan dagingnya.Semasa sesat diPadang Tih inilah Nabi Musa AS telah mendaki Gunung Thursina dan Allah S.W.T telah mengurniakan kepada baginda kepingan-kepingan papan luh dari batu yang dikenali sebagai Kitab Taurat yang mengandungi 10 rukun utama.Nabi Musa AS telah membina kehidupan dengan Bani Israil diPalestin kira-kira 3 tahun sahaja dengan penuh pancaroba dan juga disakiti oleh kaumnya.Baginda telah wafat ketika berusia 123 tahun, dimana baginda hidup diistana Firaun selama 30 tahun,menetap diMadyam selama 10tahun,menyeru Firaun selama 40 tahun,sesat diPadang Tih selama 40 tahun dan dibumi Palestin 3 tahun.

Bersambung

Dr Aminudin

Padang Tih ini

No comments: