Monday, December 28, 2009

Teori Raut Wajah@Muka Dari Perspektif Islam : Satu Penerokaan Terhadap Wajah Kota-Kota Islam Sejak Tamadun Bab Ittihaad (Gabungan) IV


Bandar, Kaherah yang telah diletak batu asasnya oleh Jauhar as-Soqli bagi tuannya iaitu Khalifah al-Muiz pada tahun 358,Hijrah disatu kawasan lapang yang dipanggil istana besar dan kemudian turut diikuti oleh pembinaan bangunan pejabat-pejabat kerajaan.Pada peringkat permulaan bandar Kaherah ini adalah berbentuk empat segi dengan terdapat tembok-tembok yang mengelilingi kota itu seluas 340 ekar, dimana 7 ekar dari kawasan itu diuntukkan bagi istana,manakala 35 ekar adalah bagi kebunan dan bakinya digunakan bagi membina rumah-rumah tentera.Mereka juga mendirikan beberapa pintu bagi kota atau bandar ini dengan dinamakan Bab Zawilah,Bab An-Nasr,bab Al-Futuh dan Bab Al-Eed.Bagi batu asas Masjid Jame Al-Azhar telah diletak pada tahun 360,Hijrah dan telah didirikan sembahyang yang pertamnya pada 7 Ramadan 361,Hijrah.Keseluruhan tiang Masjid Jame Al-Azhar ketika itu ialah 375 batang tiang dan masjid ini dikelilingi oleh pasu-pasu bunga dan tembok-tembok yang cantik dengan tulisan khat yang amat cantik juga.Masjid ini kemudian menjadi pusat pengajian Islam dan pada tahun 378,Hijrah dan wazirnya ketika itu Yakub bin Kals telah menyarankan kepada Khalifah supaya ia menjadi sebuah Universiti dan didalam masa yang singkat sahaja Jame Al-Azhar telah menjadi tumpuan para ahli ilmuan dari segenap dunia dengan adanya juga insiatif oleh Khalifah Al-Aziz dan yang lain kemudiannya memajukan Universiti Al-Azhar hingga kehari ini yang menjadi tumouan dunia Islam.

Bandar Wasit pula terletak ditebing Sungai Tigris (Dijlah) yang telah dibina oleh Hajjah bin Yusuf al-Thaqafi pada tahun 81,Hijrah.Dibandar ini dibina istana yang dinamai Qubbah al-Khadrah (Kubah Hijau) dan juga Masjid Jami dan juga pasar.Disamping itu sebuah penjara turut dibina dengan dipanggil Dimas yang pernah memuat para banduan seramai 33,000 orang.Bandar ini terletak diantara bandar Kupah dan Basrah.Sebagai bandar tentera ,Wasit juga terkenal dengan bandar ilmu pengetahuan Islam terutama sekali ilmu tajuwid al-Quran dan dari bandar ini banyak melahirkan tokoh-tokoh terkenal seperti Bahshal al-Wasit,al-Khatib al-Baghdadi,Ibn al-Jauzi dan Ibn al-Athir.

Bandar atau kota Baghdad diasaskan oleh Abu Jafar al-Mansur pada tahun 145,Hijrah dan bandar ini mendapat jolokan Madinah al-Salam.Bagi menjaga keselamatan bandar ini ialah direka dan dibina sebagai bentuk bulat oleh Khalifah al-Mansur dengan mendapat bantuan dari pakar astronomi yang bernama Nawbakht dan Masyaallah bin Sariyyah.Bandar ini memiliki bumi yang subur kerana terletak diantara dua tebing sungai dan disamping itu dibina rangkaian terusan-terusan yang membekalkan air kepada tanah-tanah pertaniannya.Dianggarkan kira-kira 100,000 orang telah berkerja membina bandar Baghdad yang terdiri dari pelbagai pakar.Buruh binaan pula telah didatangkan dari Syria,Mausil,Farsi dan lain-lain kawasan dari Timur tengah.Dari catatan sejarah didapati Khalifah al-Mansur telah membelanjakan kira-kira 4.8 juta dirham bagi bandar berbentuk bulat ini yang dikelilingi oleh tembok-tembok dan juga didirikan empat pintu besar yang dinamai pintu Kufah,pintu Basrah,pintu Syria dan pintu Khurasan.Pada tahun 157,Hijrah Khalifah al-Mansur telah membina sebuah istana yang dinamai al-Khuld dan Masid Jami al-Mansur.Dalam bandar ini juga terdapat pasar yang kemudiannya dipindahkan atas alasan keselamatan.Penduduk Baghdad terdiri dari pelbagai bangsa iaitu Orang Arab,Turki,Farsi,anak-anak emas kerajaan,orang Afrika dan juga orang Badawi.Menurut catatan Ibn al-Jauzi penduduk Baghdad banyak menggunakan perahu dan dianggarkan ketika itu terdapat 30,000 buah perahu.Dizaman pemerintahan Abbasiyyah, bandar Baghdad adalah merupakan bandar metropolis diTimur Tengah dan menjadi sebuah bandar yang terbesar didunia pada abad yang ke9.Bandar Baghdad adalah juga pusat pertumbuhan intelektual dimana dari bandar inilah berkembang Mazhab Hanafi dan Hambali serta menjadi pusat perkembangan kesusasteraan Islam yang turut disemarakan oleh bandar Baghdad yang turut mencapai kegemilangannya.

Bersambung

Dr Aminudin

No comments: