Thursday, December 10, 2009

Pengenalan Teori Raut Wajah @ Muka Dari Perspektif Islam : Satu Penerokaan Bab IX

Ramai dikalangan pengikut Nabi Muhammad S.A.W menderita siksaan dari pihak kaum musyrikin diantaranya ialah Bilal bin Rabah,Yasir,Bumayyah dan Ubaidullah,Abu Bakar as-Siddiq,Uthman bin Affan,Az-Zubir bin al-Awwam,Saad bin Abu Waqas,Khalid bin Said dan ramai lagi.Lantaran siksaan tersebut ada dikalangan mereka yang berhijrah keHabsyah.Setelah Abu Talib meninggal dunia dan diikuti oleh isteri baginda Nabi Muhammad S.A.W ,berlakulah peristiwa Isra' dan Mi'raj iaitu pada tahun ke12 kenabian baginda dan para pengikut telah berhijrah keMadinah dan setelah mendiami Kota Madinah para Muslimin telah berhadapan dengan banyak peperangan yang diantaranya ialah Perang Badar al-Kubra iaitu merupakan perang pertama dalam Islam.Peperangan ini berlaku diantara musyrikin Quraisy yang diketuai oleh Abu Jahal seramai 1000 orang, manakala Islam diketuai oleh Nabi Muhammad S.A.W dengan kekuatan hanya 313 orang .Dalam peperangan ini kaum Muslimin telah menang dan Abu Jahal dapat dibunuh.Kemudian setelah setahun setelah iaitu pada bulan Safar tahun ke 3 ,Hijrah berlaku pula Perang Uhud yang terjadi dikaki Bukit Uhud ,diluar Kota Madinah.Bilangan anggota tentera musyrikin Quraisy adalah seramai 3000 orang yang dipimpin oleh Abu Suffyan bin Harb.Dalam peperangan ini anggota tentera Islam telah agak kucar-kacir dan ramai dikalangan mereka yang syahid kira-kira 70 orang yang diantaranya termasuklah Hamzah bin Abdul Muttalib,Musab bin Umair,Abdullah bin Jahsyi,Hanzalah bin Abu Amir dan lain-lain.

Setelah berlaku Perang Uhud berlaku pula Perang Khandak yang terjadi pada tahun ke 5 ,Hijrah dengan Nabi Muhammad S.A.W mengali parit disekeliling Kota Madinah.Perang ini juga dikenali sebagai Perang parit yang mana bilangan tentera musyrikin Quraisy seramai 10,000 orang berbanding dengan tentera Islam hanya seramai 3000 orang dan akhirnya perang ini dimenangi oleh tentera Islam dengan diikuti oleh Perang Mustaliq yang turut dimenangi oleh tentera Islam yang mana puteri al-Harith bin Abu Dhirar telah ditawan dan menjadi isteri kepada Nabi Muhammad S.A.W.Setelah berlaku Perjanjian Hudaibiyyah berlaku pula Perang Khaibar yang terjadi pada bulan Muharram tahun ke7 Hijrah yang diketuai oleh Nabi Muhammad S.A.W menentang kaum Yahudi yang berkesudahan dengan dimenangi oleh tentera Islam.Setelah Khalid bin al-Walid,Amru bin al-Ass dan Uthman bin Talhah memeluk Islam, tentera Islam semakin kuat dan pada tahun Hijrah yang ke8 terjadi Perang Mu'tah dinegeri Syam bagi membalas perbuatan Raja Arab Ghassan yang membunuh utusan Nabi Muhammad S.A.W. Dalam peperangan ini tentera Arab Ghassan yang bergabung dengan tentera Rom berjumlah 200,000 orang yang berjuang dengan tentera Islam hanya 3000 orang yang dipimpin oleh Abdullah bin Rawalah dan kemudian terpaksa dibawa berundur untuk sementara waktu oleh Khalid bin al-Walid.

Bersambung

Dr Aminudin

No comments: