Saturday, December 5, 2009

Memperkenalkan Peribahasa Jepun Digandingkan Dengan Peribahasa Melayu Siri 10


47.Gaden isuida (Sarang burung adalah dari bulunya)
Ada juga peribahasa Melayu kita tentang burung diantaranya ialah Burung hantu kesiangan yang bermakna habis daya upaya.Burung pingai pula bermakna sesuatu yang ajaib.Burung terbang dipipiskan lada pula bermakna berangan-angan.Sedangkan pepatah yang berbunyi Burung yang liar jangan dilepaskan khabar yang mustahil jangan didengar bermakna jangan percaya pada berita yang belum sah.

48.Gaku noshi narazunba shisutomo kaerazu ( Jangan kembali ketanah air sehingga selesai pengajian kita)
Pepatah Melayu ada mengatakan menuntutlah hingga kenegeri Cina,manakala menuntut ilmu itu ialah menghidupkan otak yang bermakna belajar akan membuat kita bertambah pintar.

49.Gakumon ni odo nashi (Tiada Raja dalam mencari ilmu)
Simpulan bahasa Melayu tentang ilmu ilmu karang bermakna ilmu kebal,ilmu kias ialah ilmu sihir,pepatah yang berbunyi llmu katak,serta teringat serta terlompat pula bermakna bertindak tanpa berfikir,manakala ilmu yang tidak diamalkan ibarat pohon kayu yang tiada berbuah membawa erti tidak berguna ilmu kalau tidak diamalkan.

50.Gashin shotan mo aete jisezu (Saya sudah bersedia mengharungi yang nipis dan tebal)
Bidalan Melayu ada menyatakan Biar berputih tulang, jangan berputih mata yang bermakna lebih baik mati daripada hilang maruah.Bagi pepatah yang berbunyi Biar dahi berluluk,asal tanduk mengena yang bermakna biar susah dahulu asalkan dapat yang kita hajati.Begitu jugalah dengan biar sakit dahulu senang kemudian yang ertinya biarlah kita susah dahulu asalkan senang kemudian.

51.Gei wa michi ni yorite kashikoshi (Setiap orang ada dia punya identiti)
Pepatah Melayu tentang orang memang banyak diantaranya Orang dingin tangan bererti orang yang membuat kerja selalu menjadi,orang galang bermakna orang yang sanggup berkorban nyawa,pepatah yang berbunyi Orang kaya jangan dilayan,orang miskin jangan dihina yang bermaksud bahawa orang kaya boleh jadi miskin dan orang miskin boleh jadi kaya.Orang muda selendang dunia bermakna gulungan muda-mudi adalah harapan bangsa.Orang yang menunggu perigi itu,bilakah ia mati dahaga? yang bererti berkawan dengan orang yang berilmu tidak akan susah dan akhirnya Orang udik bermakna orang bodoh.

Dr Aminudin

No comments: