Thursday, December 17, 2009

Memperkenalkan Peribahasa Jepun Digandingkan Dengan Peribahasa Melayu Siri 12


57.Gishin anki o shozu (Menakutkan orang dengan raksaksa dan kegelapan)
Pepatah Melayu juga ada seperti Takut akan hantu, lari kepandan yang bermakna takut rugi sedikit lansung dapat rugi banyak pulak.Takut itik, lalu tumpah yang bermakna takut rugi sedikit lansung rugi semua.Manakala Takutkan bayang-bayang sendiri bermakna takut kepada kesalahan yang kita lakukan.Sedangkan Takut akan tuma dibuang kain yang bermakna takut kepada risiko kecil tetapi untung besar dilepaskan.

58.Go jippo hyappo ( Kalau kita tertinggal bermakna kita terkebelakang sebatu )
Tinggal bersiul bermakna bersenang-lenang.Tinggal jangat,pembalut tulang bermakna sangat kurus.Tinggal kain sehelai sepinggang bermakna habis semua harta benda.Manakala Tinggal ditabung,diuntungkan,tinggal diaweh dikiraikan bermakna semua ilmu sudah diturunkan atau diajarkan.

59.Gorimuchu ni mayou (Hilang sebuah kompas)
Pepatah Melayu berbunyi Hilang dimata,dihati jangan bermakna jangan lupa walaupun berpisah.Hilang kabus, teduh hujan bermakna kita akan senang selepas kesusahan.Hilang kepala kura-kura ditelan oleh dadanya yang bermaksud orang biasa tetapi berilmu akan tetap dihormati.Hilang penjahit berkerbau-kerbau bermaksud lebih mahal benda-benda sampingan dari benda yang sebenar.Hilang tentu rimbanya,mati tentu kuburnya yang bermaksud tahu akan duduk perkara.Berbeza dengan Hilang jasa beliung,timbul jasa rimbas yang bermakna lain yang dibuat, lain pula yang dipuji orang.

60.Gyakkyo ni zensho seyo (Buat yang terbaik bagi kerja terburuk)
Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali yang bermakna buat baik biarlah sederhana dan jangan sesekali buat jahat.Buat dengan sekelip mata adalah buat dengan sangat cepat.Buat nama ialah membuat diri jadi terkenal.Buat masa panas ialah buat sesuatu dengan segera.

61.Gyuto o motte niwatori o saku ( Bunuh seekor lalat dengan sebatang lembing)
Pepatah Melayu kita tentang lalat pun ada juga iaitu Lalat memanglah mencari puru yang bermaksud lelaki jahat suka mencari perempuan jahat.Lalat pun belum terbang bermakna masih pagi sangat.Lalat hijau bermakna orang hina dan perangai pun buruk.

62.Hachi wa kinben no kagami (Lebah adalah pola sebuah industri)
Lebah menghimpun madu bermakna sangat rajin.Madu satu tong, jikalau rembes, rembesnya pun madu juga yang bermakna kalau asalnya baik ia pasti baik.

Dr Aminudin

No comments: