Friday, December 11, 2009
Pengenalan Teori Raut Wajah @ Muka Dari Perspektif Islam : Satu Penerokaan Bab X
Setelah Perjanjian Hudaibiyyah dikhianati,Nabi Muhammad S.A.W telah bersedia dan bertekad untuk menakluki Kota Mekah.Pada 10 Ramadhan Tahun 8,Hijrah bersamaan dengan bulan Januari ,tahun 630 Masehi,maka Kota Mekah telah dikuasai dan hanya 15 orang sahaja penduduk Mekah dikenakan hukuman mati,manakala yang lain dibebaskan.Selepas berlaku juga perang Hunain pada tahun ke8,Hijrah itu yang dipimpin juga oleh Nabi Muhammad S.A.W dengan menentang tentera musyrikin dari kaum Hawazin, diTaif.Dimana dimenangi oleh tentera Islam.Kemudian dari itu terjadi pula Perang Tabuk yang berlaku pada bulan Rejab tahun ke9 ,Hijrah untuk melawan tentera Rom.Dalam perang ini sahabat-sahabat Nabi telah berderma termasuklah Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq bagi semua hartanya,Sayyidina Omar ,Sayyidina Uthman bin Affan menderma sebanyak 1000 ekor unta,70 ekor kuda dan 1000 dinar,Zainal Ariifn Abas menderma 200 ekor unta dan 200 kilo emas,Rahman Auff menderma separuh hartanya,Al-Abbas bin Abdul Muttalib dan lain-lain.Namun Perang Tabuk tidak terjadi dan tentera Islam memperolehi kemenangan moral.Walaubagaimanapun perang ini memberi kesan kepada 3 orang tentera yang tertinggal semasa nak pergi perang iaitu Kaab bin Malik,Mararah bin Rabi dan Hilal bin Umayyah al-waqifi dan mereka telah dikenakan hukuman iaitu tidak boleh bercakap-cakap dengan orang ramai dan tidak boleh melakukan hubungan sex dengan isteri mereka.
Pada 25 haribulan Zulkaedah tahun ke10,Hijrah telah berangkat keKota Mekah dengan 114,000 orang Islam untuk menunaikan Haji Wida bersama dengan semua isteri baginda dengan menaiki unta bernama al-Qaswa dan setelah selesai menunaikan haji baginda pulang keMadinah.Nabi Muhammad S.A.W telah wafat pada 12 haribulan Rabiulawal tahun ke11,Hijrah pada usia 63 tahun 3 hari mengikut kiraan tahun Qamariah.Nabi Muhammad S.A.W yang wafat tiadalah meninggal sebarang harta buat warisnya namun begitu baginda meninggalkan dua pusaka untuk diwarisi oleh ahli keluarganya dan umat Islam yang mana baginda bersabda " Aku telah meninggalkan kepada kamu dua pusaka yang akan menjadikan kamu tidak sesat selagi kamu berpegang teguh kepada dua perkara iaitu Kitab Allah (Al-Quran) dan Sunah Rasulullah (hadis)".Selain dari itu inilah diiktisarkan diantara mukjizat-mukjizat Nabi Muhammad S.A.W untuk dijadikan pangajaran kepada kita semua :-
i.Al-Quran adalah satunya mukjizat terbesar dari baginda.
ii.Bulan jadi terbelah dua- ketika orang kafir Quraisy meminta tanda kenabian baginda,baginda telah memohon kepada Allah S.W.T dan waktu itu bulan telah terbelah dua bahagian ,satu bahagian diatas Gunung Abu Qubais dan satu bahagian lagi dikaki gunung tersebut.Peristiwa ini terjadi pada tahun ke9 kerasulan baginda.
iii.Memberitahu tentang kedudukan bentuk Baitul Maqdis dalam peristiwa Israk bila baginda ditanyakan oleh kaum musyrikin Quraisy kepada baginda tentang bentuk Baitul Maqdis yang belum pernah baginda lihat atau lawati dan baginda mendapat pandangan ini dari malaikat Jibril.
iv. Menangguh matahari dari terbenam ketika baginda dalam perjalanan pulang dari peristiwa Israk.
v.Matahari muncul semula setelah terbenam ketika baginda berdoa kepada Ali bin Abi Talib bagi membolehkan Ali dapat menunaikan solat Asar tepat pada waktunya.
vi.Air terpancar dari celah-celah jari Nabi Muhammad S.A.W sehingga dapat menghilangkan dahaga sepasukan tentera Islam,unta-unta dan kuda-kuda.
vii,Memberi makan dengan hanya secupak gandum kepada 1000 orang tentera Islam.
Viii.Sebatang kayu bertukar menjadi pedang kepada Ukasyah bin Muhshan dalam Perang Badar.
ix.Dari riwayat al-Baihaqi dan Thabrani bahawa Fudaik bin Amir menemui Rasulullah S.W dengan kedua matanya telah tidak dapat melihat akibat kena bisa telur ular dan Rasulullah S.A.W telah meniup kematanya dan telah sembuh hingga keusia beliau 80 tahun masih boleh menjahit dan boleh memasukkan benang dalam lubang jarum.
X.Diriwayatkan oleh Ibnu Abdul Bar bahawa Rasulullah S.A.W telah memercikan air ke Wajah atau Muka anak tirinya iaitu Zainab binti Ummu Salamah RA hingga menjadikan Wajah Zainab adalah Wajah yang tiada orang dapat menandinginya. Wajah Zainab tetap cantik hingga lanjut usia dan bila dia berkahwin dengan Abdullah bin Zamah, mereka mendapat anak yang sangat cantik dan cerdik.
Xi.Dari Imam Bukhari dan diriwayatkan oleh Barra bin Azib, dia pernah ditanya tentang Wajah Rasulullah S.A.W , apakah ia seperti pedang ?,Dia menjawab " Tidak, akan tetapi seperti bulan purnama ".Begitu juga diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Thufail Amir bin Watsiah al-Laisy RA, beliau berkata " Aku pernah melihat Rasulullah S.A.W dan aku tidak mendapati orang lebih baik daripadanya dimuka bumi ini ".Manakala para wanita Anshar membacakan beberapa bait syair kepada baginda bila tiba diMadinah yang bunyinya sedemikian :-
Telah datang kepada kami bulan purnama
Dari sebelumnya telah dinanti-nanti
Kita wajib bersyukur diatasnya
Serta berdoa agar Allah selalu melindunginya
Wahai Nabi yang diutus kepada kami
Engkau datang dengan perintah yang ditaati.
(Syeikh Ibrahim Jalhum dan Abdul Salam Hammad, Mukjizat Rasulullah S.A.W,2009:188)
Bagi huraian mendalam tentang mukjizat Nabi Muhammad S.A.W,bolehlah dibaca buku diatas yang diterbitkan oleh Pustaka Al-Shafa,2009)
Bersambung
Dr Aminudin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment