Saturday, December 5, 2009

Pengenalan Teori Raut Wajah @ Muka Dari Perspektif Islam: Satu Penerokaan Bab IV

Buku yang diterbitkan awal pada tahun 2010 oleh Pustaka A-Ehsan yang berjudul "Cerita-Cerita Yang DiSelidik Dari Al-Quran Mengenai 25 Rasul Anbiya " oleh Muhammad Abu Anisa telah mencoretkan tentang perhal Zulaikha yang mengundang para wanita kejamuan dirumahnya untuk memperlihatkan Nabi Yusuf kepada mereka.Mereka diberikan pisau tajam bagi mengupas buah-buahan dan Zulaikha menyuruh Nabi Yusuf keluar melintasi wanita-wanita tersebut dan alangkah terkejutnya tentang wajah Nabi Yusuf seraya berkata " Masyallah, barangkali ini malaikat dan bukannya manusia ".Mereka begitu terpesona dengan ketampanan wajah Nabi Yusuf hinggakan pisau yang tajam itu menghiris jari-jari tangan mereka dan menjadi terluka.Hal ini disebut dalam Al-Quran yang maksudnya " Masyallah, ini bukan manusia,ini tidak lain dari malaikat yang mulia ",Surah Yusuf,ayat 31 (Muhammad Abu Anisa,2010:98)

Seterusnya dalam Kisah 25 Nabi-Nabi Siri Ketiga oleh Tarikuddin bin Haji Hassan, Tahun 2008 dalam bab Nabi Yusuf AS ketika memperkenalkan dirinya kepada saudara-saudaranya tentang misteri dirinya yang ketika itu adalah Menteri Ekonomi Kerajaan Mesir, saudara-saudaranya bila memandang wajah atau muka Nabi Yusuf AS, barulah saudara-saudaranya terbayang akan wajah atau rupa Nabi Yusuf AS yang terlintas dalam fikiran mereka dan jelaslah terpampang dalam pandangan mereka bahawa inilah saudara mereka yang mereka buang kedalam perigi buta berberapa tahun lalu dan kini telah menjadi pemimpin besar negara Mesir.Nabi Yusuf telah mengaku dan seraya berkata " Ya, akulah Yusuf saudara kamu semua, inilah saudaraku yang seibu dan sebapa dengan ku,Bunyamin.Sesungguhnya Allah S.W.T telah melimpahkan kurnianya kepada kami.Sesungguhnya barangsiapa yang bertakwa dan bersabar,maka sesungguhnya Allah tidak akan mensia-siakan pihak orang yang berbuat baik.Nabi Yusuf AS kemudiannya telah meminta saudara-saudaranya pulang kePalestin dengan membawa bajunya untuk diletakkan kemuka ayahnya dan dengan itu akan membolehkan ayahnya dapat melihat kembali iaitu Nabi Ya'qub AS.

Nabi Yusuf AS telah berkahwin dengan Siti Zulaikha dan telah dikurniakan putera iaitu Ifrasyim (Ifrayam) dan Al-Raqim, manakala puteri pula ialah Rahmah.Dari catatan sejarah terdahulu mendapati dari susurgalur Nabi Yusuf AS tiada yang menjadi nabi tetapi adalah dari susurgalur saudara-maranya iaitu Yahuza dan Lawi.Misalnya Nabi Musa AS ,Nabi Harun AS,Nabi Isyas AS dan Nabi Ilyasa AS adalah susurgalur dari Lawi bin Ya'qub AS.Manakala Nabi Daud AS,Nabi Sulaiman AS,Nabi Zakaria AS,Nabi Yahya AS dan Nabi Isa AS adalah dari susurgalur Yahuza bin Ya'qub AS.Jadi diantara mujizat Nabi Yusuf AS ialah baginda boleh mentafsir mimpi dengan tepat,dapat mengetahui apakah jenis makanan yang sampai sebelum makanan itu sampai kepada baginda.Selain dari itu wajah baginda sungguh luarbiasa cantik dan kacak dan baju baginda dapat menyembuhkan penglihatan mata ayah baginda iaitu Nabi Ya'qub yang telah buta.Nabi Yusuf AS telah wafat pada usia 110 tahun dan telah disemadikan ditepi Sungai Nil dan kemudian telah diambil peti jenazah baginda itu oleh Nabi Musa AS untuk dikebumikan pula diBaitul Muqaddis.Sebelum baginda wafat baginda telah menyebut akan lahir Nabi Musa AS yang katanya, "...hingga dikeluarkan oleh Allah S.W.T dari anak cucu Israil (Nabi Ya'qub AS) seorang lelaki dari anak cucu Lawi anak Ya'qub namanya Musa anak Imran anak Qahit anak Lawi anak Ya'qub,besar panjang tubuhnya dan lebat bulu dadanya, dan amat elok rupanya ".(Tarikuddin,2008:75)

Nabi Musa AS ,yang bererti kayu (Mu) dan Air (Sa) adalah dari bahasa Qibti yang ketika berusia 30 tahun adalah merupa seorang pemuda yang tegap dan gagah perkasa,berwajah tampan,tegas dan berbudi perkerti yang mulia.Dimana salasilah baginda ialah seperti berikut Musa bin Imran bin Qahit bin Lawi bin Ya'qub bin Ishaq bin Ibrahim Khailullah.

Bersambung

Dr Aminudin

No comments: